Titik permulaan dan perubahan : Membina mahligai kebahagiaan
Kehidupan Baru & Nafas Baru
Oleh : BroHamzah
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah
Tiada lafaz yang lebih mulia dan agung daripada ungkapan syukur ke hadrat Ilahi atas segala-galanya ini. MasyaAllah. Saya kian terasa akan kekerdilan dan kedhaifan diri. Begitu banyaknya nikmat pemberian-Nya dan kurniaan-Nya kepada saya. Benar-benar terasa akan hakikat bahawa diri ini tiada upaya dan sangat-sangat lemah, hina dan dhaif. Segala-galanya di muka bumi ini adalah ketetapan, ketentuan dan keizinan Allah SWT.
Pernikahan itu
Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Tarikh 12 Mac 2011, telah berlalu pergi. Dan bermula detik itu saya : dipertanggungjawabkan 1 amanah dan tanggungjawab baru. Lebih berat dan sarat dengan pertanggungjawaban.
Bergelar suami
Menjadi Imam keluarga
Pemimpin dan pendamping kepada permaisuri hati
Dan, pengurus rumah tangga
Ia merupakan langkah saya yang seterusnya dalam melengkapkan diri dalam sistem kehidupan Islam yang syumul, kamil dan lengkap. Sistem kekeluargaan sangat-sangat dititikberatkan dalam syariat Islam, malah ia menjadi nukleus kepada pembangunan dan pembentukan masyarakat Islam yang madani & harmoni. InsyaAllah.
Sehubungan dengan itu :
Saya & Zaujah (Isteri) dengan penuh kerendahan ingin melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Allah SWT yang mengurniakan satu kurniaan yang sangat berharga buat kami. Ikatan dan jalinan hati melalui talian perkahwinan yang suci, bersih dan halal. Pernikahan yang akan menjadi pertemuan di antara hati-hati yang ditegakan di atas luna-lunas kasih mesra, cinta mahabahfillah, saling simpati, saling melengkapi, saling berbudi di samping tertegak di atas lunas menjaga dan memelihara kesucian diri.
Saya teringat akan satu kata-kata yang pernah saya baca :
“ Insan suci, menjaga kesuciannya dengan pernikahan & menjaga pernikahannya dengan kesucian.”
Membuat pemilihan untuk bernikah, haruslah bertitik atas dasar keimanan, kesedaran, kefahaman dan keyakinan yang jelas serta nyata. Berkahwin dan bernikah, bukannya dilakukan kerana trend, ikut-ikutan atau kerana faktor-faktor yang lain. Justeru itu, marilah kita sentiasa memperbaharui setiapnya dengan kejelasan matlamat, niat dan jalan-jalannya.
Keluarga baru, kehidupan baru & nafas baru
Saya bersyukur sangat-sangat. Dikurniakan dan dianugerahi ahli keluarga yang baru.
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Seorang emak yang sangat baik hati, berjiwa keibuaan, sangat mesra, dadanya dipenuhi kesabaran, keteguhan dan ketabahan. Saya mengaguminya seperti saya kagum terhadap ibu kandung saya. Gelaran “ Emak” : kini, semakin serasi dibibir saya ketika memanggilnya.
Mendapat seorang abang ipar yang penyayang & caring,
Adik-adik ipar (lelaki&perempuan) yang melengkapkan kehidupan berkeluarga,
Dan, saudara-mara yang baru.
Ketika bersama-sama mereka, mudah saya suaikan diri. Keluarga yang mesra, sentiasa “riuh” dengan pelbagai bahan senda gurau dan ia benar-benar melegakan saya. Terasa bahagia, tenang, selesa dan kekadang mengalir air mata kegembiraan merenungi semua ini.
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Fasa pertunangan, ujiannya dan hikmahnya
Fasa pertunangan saya adalah fasa yang sangat mendidik jiwa dan hati saya. Melaluinya dengan ketabahan, kesabaran, keteguhan dan ketenangan. Tempoh yang mematangkan dan mendewasakan saya. Ketika bersembang-sembang dengan zaujah (isteri) saya, dapat kami simpulkan ia adalah satu didikan yang terbaik daripada Allah SWT buat kami.
Berkemungkinan, inilah pengalaman dan bentuk ibrah yang Allah SWT berikan kepada kami untuk melaluinya sendiri. Fasa pertunangan yang sangat mencabar, menguji, mendidik dan mengesani hati. Bayangkan tidak pernah keluar berdua-dua (dating) walaupun sekali, jarang berhubung ketika peringkat awal perhubungan kecuali ketika waktu pernikahan semakin hampir, dan sentiasa berusaha memelihara kebersihan diri sepanjang tempoh itu.
Ia bukanlah sesuatu yang mudah, hati & jiwa kami pernah goyah.
Pernah tertusuk dengan duri-duri fitnah, tersentak dengan pelbagai cerita yang melukakan jiwa, mengalir air mata lantaran dugaan yang datang silih berganti dan banyak lagi. Namun, saat itu – saya sentiasa yakin dan mengembalikan semua perasaan hanya sanya kepada Allah SWT. Dialah Rabb, Dialah Ilahi, Dialah Tempat Luahan rasa, Dialah Sandaran, Dialah Kekuatan Utama dan bagi saya, Dialah Segala-galanya.
Kini, Alhamdulillah. Fasa itu telah berlalu pergi. Segala kenangan manis, pahit dan segala bentuk warna-warnanya saya abadikan dalam kenangan memori yang sangat mempengaruhi kehidupan saat ini.
Maha Suci Allah SWT yang memberikan semua ini. Yang mengatur ketetapan dan perjalanan kehidupan hamba-hambaNya. Dialah yang menjadi tempat pergantungan, persandaran dan pengharapan. Dialah yang saya luahkan iringan doa,munajat bisikan seorang hamba dan pengaduan demi pengaduan kekerdilan seorang insan yang hina.
Disinilah, saya sangat-sangat sedar : Hamba Allah SWT itu harus dekat, hampir dan selalu berdampingan denganNya di setiap saat, ketika & detik kehidupan . Sama ada ketika gembira, senang dan lapang mahu pun ketika sedih, susah dan sempit!
Minggu di awal nafas baru : 7 hari penuh makna
7 hari awal pertama, pupuklah dan semailah kebiasaan yang baik (sunnah hasanah) agar ia akan lebih membuahkan buah-buah kebaikan, keberkatan, kesolehah dan amal soleh. Saat ini, hati masing-masing saling terbuka dan mudah berbicara. Saat untuk memudahkan kita untuk istiqamah dengan kebaikan baru yang mulai kita semai dan tumbuhkan.
7 hari pertama perkahwinan, ia adalah detik-detik yang dipenuhi haruman bunga kebahagiaan. Relung-relung jiwa dipenuhi segala yang segar, indah dan mendamaikan hati 2 insan yang baru bergelar suami dan isteri. Umpama berada disebuah taman bunga yang sedang mekar dan subur dengan aroma yang mewangikan segenap sudut kehidupan. Ia membangkitkan semangat kehidupan, membakar tekad kemahuan untuk terus berjuang, menyuburkan rasa kecintaan dan kehambaan kepada Allah SWT dan menumbuhkan perasaan cinta suami isteri dalam keindahan yang sangat manis.
7 hari pertama pernikahan, ia dilalui dengan kebersamaan, kecintaan dan keharmanonian jiwa. Setiap perkara cuba dilakukan bersama kerana ia adalah tempoh penyesuaian dan mengenali diri pasangan masing-masing.Ia adalah titik kebahagiaan yang terpenting. Mengenali, bertaaruf dan hidup bersama perlukan semua perkara ini sebagai sesi mindsetting dan ice breaking yang berkesan.
7 hari pertama perkahwinan, setiap perkara dilakukan dengan meniti beratkan soal keberkatan, keserasian, dan kesesuaian . Setiap harinya, dimulai dengan solat berjemaah bersama-sama, membaca Zikir al-Mathurat bersama-sama, saling melantunkan bacaan Al-Quran bersama-sama, bergurau serta bermesra bersama-sama, bersembang-sembang bersama-sama, keluar membina jambatan hati bersama-sama, dan mengenali kehendak hati bersama-sama. Mudah kata, semuanya ia dilalui bersama.
7 hari pertama pernikahan, ia adalah saat proses taaruf yang sangat sensitif. Detik untuk membumikan “proses” taaruf dalam ruangan lingkup yang sebenarnya. Bersedia untuk mengenali dan bersiap siaga untuk dikenali. Keterbukaan, lapang dada, kesabaran, kebijaksanaan, kepekaan dan ketulusan : - sangat-sangat membantu melancarkan proses taaruf ini.
Saya teringat pesanan seorang Murabbi : “ Biasanya proses taaruf suami isteri memakan masa sehingga 10 tahun. Selepas itu, barulah ia benar-benar mengenali pasangan masing-masing.”
Teringat satu kata-kata daripada Ummul Mukminin ‘Aisyah RA yang pernah berkata :
“ Pernikahan itu sangat sensitif dan tergantung kepada peribadi masing-masing untuk mendapatkan kemuliaannya.” [1]
Dan, saya baru melangkah kaki di fasa permulaan. Perjalanan saya masih lagi jauh. Ya, masih jauh.
18 Mac 2011
Alhamdulillah, tarikh ini sangat istimewa. Ia merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke 26 tahun. Sudah dewasa saya rupanya. Kini sudah bergelar suami kepada seorang wanita. Dan, hadiah yang sangat berharga dan bermakna : adalah kehadiran insan yang teristimewa buat diri sebagai teman perjalanan hidup, peneman setia dalam perjuangan Dakwah dan Tarbiyah ,permaisuri di mata hati, kekasih jiwa tambatan sanubari dan seorang isteri yang solehah."
Tarikh ini jugalah, buat pertama kalinya saya bersama-sama zaujah, bersama-sama dalam halaqoh keluarga buat pertama kalinya untuk sama-sama berkongsi visi, misi, prinsip dan nilai kehidupan secara bersama. Alhamdulillah, kami sama-sama bersepakat untuk menjadi nilaian syara’ sebagai asas pegang dan prinsip asasi dalam mengemudi kehidupan yang penuh cabaran di masa hadapan. Semoga Allah SWT memudahkan perjalanan baitul muslim ini.
Isteri, permaisuri dan pendamping diri.
Saya suka satu ungkapan isteri saya dalam FB nya :
“Cinta yang disimpan sebaiknya hanya utk yg teristimewa, membuahkan keindahan yg tak terungkap oleh bicara kata.Alhamdulillah. Maka, sahabat dan teman, simpanlah cintamu.Biar cinta hanya berlabuh pada yg selayaknya sahaja. Kau pasti (insya-allah) akan mengkagumi keindahannya!” – Hanisah Hazni
Benar sekali, Alhamdulillah. Semoga Allah SWT merahmatinya, mengasihinya dan mencintainya. Dialah adalah peneman, pendamping dan insan yang saya hajati untuk bersama-sama dalam perjuangan ini. Semoga Allah SWT memayungi rumah tangga kami dengan sakinah, mawaddah dan rahmah. Mudahan juga, ikatan perkahwinan kami ini akan mengeratkan lagi hubungan perasaan, jiwa dan sanubari antara kami berdua.
Penutup : Komentar seorang hamba
1) Melangkah ke fasa perkahwinan memerlukan persiapan dan persediaan. Hati yang sedia menerima, jiwa yang rela dan keikhlasan untuk berjuang bersama-sama.
2) Pernikahan itu harus memiliki visi dan misi yang dikongsi secara bersama. Justeru itu, bagi saya kita harus bebenar meniti beratkan soal pemilihan calon isteri atau suami. Letakan kayu penilaian dalam memilih yang ditetapkan oleh nilaian syara’. InsyaAllah, anda tidak akan kecewa dan menyesal. Percayalah.
3) Penghargaan, ucapan dan terima kasih buat semua sahabat-sahabat, teman-teman, rakan-rakan dan saudara mara yang datang ke majlis kami. Sungguh, saya benar-benar terharu atas kehadiran kalian. Dan juga yang tidak berkesempatan hadir - doa, ucapan, coretan dan bingkisan kalian benar-benar menyejukan hati. Hadiah, kad ucapan dan titipan kata-kata : benar-benar mencuit dan menggamit perasaan kami. InsyaAllah. Syukran sekali lagi.
4) Satu bingkisan puisi yang sangat saya suka yang dinukilkan oleh zaujah saya. Simple, unik, istimewa dan meresap ke jiwa. Saya akhir perkongsian ini dengan menyertakan puisi jiwa daripada isteri tercinta.
SOULMATE
People will say
To find a soulmate,
Text him, date him and be with him all the time.
Then, you decide
But,
I will say
To find a soulmate, NEVER do those stupid things
As you will definitely REGRET
either in this world or NEXT
or both
Yet,
To find a soulmate,
Please
Date ALLAH, be with ALLAH, and take care ALLAH’s
all the time.
Then, you decide
Insya-allah,
You will NEVER REGRET
As ALLAH
is the CREATOR of your soul
and his
Very much indeed,
He knows you, and He knows him
Why do you still doubt
on His CHOICE?
on His WORD?
on HIS TIME?
“Take care ALLAH’s, He WILL take care of YOU!”
With my soulmate
Baiti Jannati, Kg. Bukit Kerang, Perlis
15 Mar 2011 10.03pm
---------------------------------------------------------------------
[1] Mohammad Fauzil Adhim, Mencapai Pernikahan Barakah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
26 comments:
Mabruk...
Barakallah...
Sungguh menarik bingkisan ini..moga menjadi panduan kpd semua InsyaAllah :)
Teruskan perjuangan untuk antum berdua :)
allahuakbar..
tahniah buat k.maryam&a.ali irfan..
moga Allah kekalkan keserasian antara kalian..
sangat terkesan dgn entri ni :)
lama nya menanti post selepas majlis..huhu
alf mabruk akh! :)
mabruk alaikum...Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma,Wa jamaah baina kuma fee khair..
1)- Anonymous
Alhamdulillah, semoga ia bermanfaat buat kita semua. Doakan kami agar terus tegar dalam perjuangan yang haq.
BroHamzah
1)- bintu fadeen
Terima kasih, Maha Suci Allah SWT yang memberikan, mengurniakan dan menganugerahkan semua ini. Semoga Allah SWT redha.
BroHamzah
1)- Aeisha Insyirah
Selepas seminggu, agar benar-benar fokus dan memaksimakan minggu taaruf.
BroHamzah
1)- rihaz razak
Alhamdulillah, syukran. syukran atas ucapan. Doa ini insyaAllah akan memayungi kami dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT.
BroHamzah
akh,ana mohon share puisi tu...
1)- rihaz razak
Dipersilakan. Kreditkan kepada zaujah ana ya. Hak milik terpelihara.('',)
BroHamzah
membaca dgn jiwa yg tersenyum sendiri,
entah knp ya? (",)
assalamualaikum
tahniah...menarik bingkisan kali ini..
part yg paling suka :
Cinta yang disimpan sebaiknya hanya utk yg teristimewa, membuahkan keindahan yg tak terungkap oleh bicara kata.Alhamdulillah. Maka, sahabat dan teman, simpanlah cintamu.Biar cinta hanya berlabuh pada yg selayaknya sahaja. Kau pasti (insya-allah) akan mengkagumi keindahannya!” – Hanisah Hazni
Moga berbahgia buat antum berdua.
1)- MQ
Membaca dengan jiwa yang berbunga-bunga.
Kenapa? - Mungkin anta menyelami dengan hati yang dipenuhi cinta, kasih sayang dan belas ihsan.
BroHamzah
1)- Noor Azlean Bt Haron
Walaikumusalam,
Terima kasih. Alhamdulillah. Semoga Allah SWT merahmatinya.
Ya, saya sangat suka ungkapan ini. Ada benarnya. Pelihara dan simpanlah perasaan cinta hanya untuk yang teristimewa.InsyaAllah, ianya sangat manis.
Terima kasih sekali lagi.
BroHamzah
^__^
1)- kasturi jiwa
Komentar dan jejak yang paling simple, simbolik, ringkas tetapi penuh makna dan mendalam ertinya.
BroHamzah
assalamualaikum
minta izin share ungkapan trsebut..
1)- Noor Azlen Bt Haron
InsyaAllah, dipersilakan. Terima kasih atas usahanya.
BroHamzah
Selamat pengantin baru abg ali.
1)- Syed Ahmad Fathi
Terima kasih, alhamdulillah. Semoga Allah meredhai dan merahmati anta, wahai bakal pengantin.
BroHamzah
..perjalanan masih panjang, semoga bahtera yang ada dapat bergabung dengan bahtera-bahtera penyelamat mukminah yang lain dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.
1)- Bro Abu Salman Said
Syukran, alhamdulillah atas peringatan dan nasihat. Bahtera yang masih baru ini perlukan titipan panduan dan tiupan semangat daripada mereka yang lebih arif, berpengalaman dan hidup lebih lama dalam kehidupan ini.
Semoga sahabat-sahabat dapat memberikan taujih yang sentiasa buat kami ini. InsyaAllah
BroHamzah
alhamdulillah akhirnye korang selamat melayari alam perkahwinan :)
rugi nye xdpt pegi kenduri :(
1)- Nur Syafiqah
Alhamdulillah, terima kasih.
BroHamzah
salam...
mohon share..
1)- Anonymous
Salam, dipersilakan. Terima kasih
BroHamzah
Post a Comment