Juara Istana PasirHasilkan yang terbaik
Wah besarnya kawasan IstanaMacam Masjid di Palestin saja
Kegembiraan terpancar di wajah
Penat ke? MENCIPTA SEJARAH
Assalamualaikum WBT, Saya kini di Sri Pantai, Melawi bersama-sama dengan para peserta Kem Jatidiri 2009/2010. Maaf kerana tidak dapat update Blog ini sepeti biasa kerana di sana tidak ada kemudahan Internet. Ini pun sempat saya, update kerana pulang ke pejabat sekejap.
Alhamdulillah, Allah SWT banyak membantu kami semua dalam mengendalikan program sebesar dan selama ini. Penat, letih, tertekan, tension, gembira, tertawa, senyuman dan sebagainya menghiasi perjalanan hidup kami di sini.
Gambar di atas adalah sebahagiaan aktiviti peserta Lelaki di tepi pantai. Saya suka melihat gelagat dan kesungguhan mereka dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Kerjasama mereka sangat terserlah dan menggagumkan.
AJAKAN DAN DORONGAN
Saya ingin mengajak dan menjemput sahabat-sahabat Haluan Siswa untuk menyertai kami di sini. Untuk Fasilitator, kami sangat kekurangan tenaga Fasi ini. Namun, kami cuba buat yang terbaik dalam mengurus dan mengendalikan progam ini.
Jika anda ingin membantu, berkongsi syuur dan turun ke medan amal yang praktikal MARILAH Menyertai Angkatan Urusetia dan Fasilitator kami.
PENGALAMAN YANG BERHARGA
Saya sangat gembira dapat berkenalan dan berkongsi cerita dengan Pak Cik/ Mak Cik yang sudi datang dan tidak kekok membantu dalam menjayakan kem ini.
Ayuh.! Gunakan peluang ini sebaiknya. Hubungi saya jika anda berminat untuk membantu : 019-5 263 264. SMS Nama, No Tel, Wakil HaluanSiswa Negeri mana, Tempoh masa dan tarikh yang boleh berkhidmat.
3 comments:
adakah benar kem ini terus dalam keadaan baek???
Assalamualaikum,
Harap Bro Hamzah dapat menulis lebih banyak mengenai pengalaman dan gambar semasa menjadi Ketua Fasi di Kem ini.
bila tengok gambar2 nie rasa terkenang kenangan bersama rakan2...
Post a Comment