KTD Aku Disini
Saturday, January 2, 2010
Oleh : BroHamzah
Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) merupakan sebuah kolej swasta yang terletak di Kelantan yang menekankan aspek kecemerlangan Sahsiah diri dan Akademik. Dua aspek ini diterapkan secara seimbang sehingga ia melahirkan pelajar yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling dan juga kepada mereka-mereka yang memerlukan bantuan. Maklumat Lanjut boleh layari website KTD (http://www.ktd.edu.my/)
Saya sangat tertarik dengan ungkapan Ketua KTD Prof Madya Dr Abdullah Sudin Abdur Rahman tentang Trendmark atau Motto KTD yang mudah dan ringkas dalam loghat Kelantan :
“ Ngaji biar pandai, Perangai biar juruh, Hidup boleh tupe.”
Maksudnya Belajar biarlah sehingga pandai, Perangai biarlah elok dan hidup boleh ditumpangi atau dimanfaatkan oleh orang lain.
Misi dan Visi KTD dalam menjadi sebuah institusi pengajian tinggi amatlah besar dan berwawasan. Kini, KTD dalam usaha murninya menyediakan tempat pengajian yang mampu melahirkan pelajar yang bijak pandai dan juga berkemahiran dalam bersaing dalam dunia yang penuh cabaran ini.
SAYA MULAKAN LANGKAH
3 Januari 2010, tarikah rasmi saya berkhidmat dan berkerja di KTD. Kenapa saya memilih KTD? Jawapannnya ada di atas. Di samping itu, saya mahukan pengalaman-pengalaman baru dalam usaha mendidik masyarakat dan bangsa saya untuk mengenal Allah SWT.
Niat saya, semua ini adalah medan Ubudiyyah saya kepada Allah SWT.
Mencari kasih dan redhaNya adalah cita-cita Utama dalam hidup ini.
Hasrat saya juga, ingin menimba dan mengutip pengalaman daripada mereka-mereka yang telah lama berkecimpung dalam soal pendidikan manusia ini. Saya masih baru dan memerlukan panduan, tunjuk ajar dan didikan daripada mereka.
PESANAN
Seorang mentor, murabbi dan teman saya ada berpesan secara ringkas :
“ Semoga dikurniakan Allah pengalaman-pengalaman yang lebih berharga sebagai bekalan untuk penerusan dakwah di masa hadapan.”
Untuk semua, doakan saya.
2 comments:
wua..congratulation brother..what a really worthful sacrifice you have done..Actually, KTD is also one of the reason who pushed me to choose this way. By the way, you been there earlier than me..huhu
please pray for me..my final exams start this 5 Jan.
And after the exams, I will travel around this Hashimate Kingdom! hehe
mabruk ya Ali :)
Post a Comment