Rancang Untuk Berubah!
Saturday, January 2, 2010
Bersama Pelajar UiTM Saya.
2009 – Laluan sebuah kehidupan ( Rancang Untuk Berubah!)
Oleh : BroHamzah
Setahun berlalu, pastinya banyak perkara yang kita perolehi. Bagi saya 2009, adalah tahun yang banyak memberi sesuatu yang baru kepada saya.
Tahun 2009, saya mulakan dengan melangkah kaki ke alam kerja. Bekerja sebagai seorang pendidik atau pensyarah sambilan di UiTM Arau dan juga disamping itu bergiat aktif sebagai jurulatih bagi sebuah syarikat pembangunan insan iaitu RMC Training Centre.
Di samping saya turut membantu Ustaz-ustaz saya di Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Tunjung Perlis dengan kemampuan yang saya ada terutamanya dalam soal Tarbiyah pelajar dan juga program-program yang melibatkan pelajar.
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, ARAU
Pada peringkat awal, banyak perkara yang saya lakukan bermula daripada bawah senang kata daripada zero. Penyediaan nota syarahan, menyesuaikan diri dengan suasana sekitar, membina hubungan dengan semua staff di sini dan juga bergaul dengan para pelajar. Di sinilah cabarannya, dan saya sukakan cabaran, dan inilah peluang terbaik untuk diri saya.
RMC TRAINING CENTRE
KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILL)
MERANCANG PENINGKATAN DIRI
Perkara yang terpenting yang saya pelajari sepanjang tahun 2009 ini adalah, kita seharusnya mempunyai perancangan untuk meningkatkan diri kita. Tanpa TARGET, dan MISI untuk meningkatkan segala potensi yang terpendam di dalam diri, kita akan hilang fokus dan tidak akan berusaha untuk menggilap diri ke tahap yang lebih baik.
Proses Tarbiyah atau pun pendidikan bukan sahaja proses untuk membersihkan jiwa dan hati sahaja. Tetapi ia adalah proses pendidikan yang menyeluruh mencakupi semua aspek pembangunan modal insan. Soft skill kita boleh dibangunkan dengan medan tarbiyah Islamiyah. Bagaimana? Anda sendiri yang tentukan. Gali dan cari kekuatan diri, dari situ kita bina kekuatan potensi yang ada.
“ Saya tidak layak.”
“ Saya tidak mampu.”
“ Siapa la ana nak buat perkara-perkara ini.”
“ Bagilah tugasan ini kepada orang lain dulu.”
Ungkapan-ungkapan inilah yang akan MEMBUNUH kita dalam proses peningkatan. Kenapa kita tidak pernah ada hasrat dan keinginan untuk mencuba sesuatu yang bermanfaat kepada kita.
“ InsyaAllah, saya cuba yang terbaik.”
“ Ya, ini peluang kepada saya. Terima kasih kerana mempercayai saya.”
“ Alhamdulillah, ana akan ambil ini sebagai cabaran kepada diri.”
Proses peningkatan akan berlaku apabila kita BERSEDIA DILATIH dan MAHU MENCUBA. Mungkin pada peringkat awal kurang menjadi atau tidak sempurna. Itu perkara biasa, tetapi saya yakin apabila anda sudah mencuba akan tertingkat satu tahap keyakinan dalam diri anda. Inilah kunci kejayaan bagi mereka yang telah Berjaya.
“ Membuka lorong dan peluang kepada diri untuk DILATIH dan MENCUBA.”
MOTIVASI TARBAWI
Setiap hari, kita perlukan perubahan kepada diri. Dengan membangunkan diri kita sudah menapak ke lorong perubahan.
Bangkitkan semangatmu, agar usaha sentiasa konsisten tanpa putus asa
Semangat yang membara dan jitu sangat diperlukan dalam apa jua tindakan dan kerja. Kerana ia akan menjadi bahan bakar yang sentiasa membakar jiwa dan tekad untuk terus berusaha.
Semoga tahun 2010, bakal menyaksikan banyak peningkatan dan perubahan kepada diri kita semua.
0 comments:
Post a Comment