Bismillah.
Hampir 8 tahun saya terlibat dengan dunia berblog ini –
sejak tahun 2005 -. Ada yang bertanya apa yang saya dapat? Justeru, saya
kongsikan apa yang saya rasakan melalui dunia blog ini. Saya cetuskan ia
melalui akronim B-L-O-G.
B - Bina Jaringan
Dengan mempunyai blog, tanpa sedar kita sedang membina satu
rangkaian serta jaringan sesama sahabat, rakan dan pengguna maya yang lain.
Menariknya – ia tidak terhenti di alam online sahaja. Jika boleh, rangkaian itu
dijelmakan juga di alam offline.
“ Ini BroHamzah kan?. Saya selalu ke blog saudara.”
“ Pak Cik kerap ke blog anta. Bagus-bagus. Teruskan menulis.”
Selalunya, ada yang akan menyapa lalu, membina talian persaudaraan
tanpa kita pinta. Justeru, blog mampu menjadi medium ukhuwah serta merapatkan
hubungan sesama manusia.
L - Ledakan Semangat
Ramai di kalangan kita suka meluahkan, mencoret dan
berkongsi melalui pelbagai medium. Bagi saya, blog ini sangat-sangat sinonim
dengan saya kerana, ia memberikan suatu motivasi dan inspirasi. Apabila
berkongsi, mencatat dan menukilkan sesuatu di sini – saya terasa suatu perasaan
yang lebih bertenaga, gembira dan bersemangat.
Justeru, bagaimana dengan kalian?
O - Optimakan Masa
Saya “cuba” mengagendakan budaya menulis dalam hidup dan
keluarga saya. Menulis itu semakin sebati dan serasi dengan jiwa dan perasaan
saya. Bagaimanakah ia bermula? Saya membiasakan budaya ini melalui menulis di
blog semenjak tahun 2005 lagi.
Semasa zaman student, jujurnya saya boleh menulis setiap
hari. Berkongsi apa sahaja tanpa diganggu hal-hal lain kerana fokus ketika itu
hanya belajar dan aktiviti-aktiviti yang relevan dengan saya sebagai seorang
mahasiswa.
Tetapi, apabila memasuki alam bekerja – timbul suatu masalah
yang belum pernah saya terfikir. Ketika mula bekerja sebagai pensyarah pada
tahun 2009 – saya “terberhenti” berblog selama 6 bulan. Adjustment, penyesuaian
dan mencuba mengurus masa membawa suatu dimensi baru kepada saya. Membawa suatu
fahaman - mengurus masa itu kepada mengurus diri, sikap dan tekad.
Alhamdulillah, saya belajar mengoptimukan masa dengan
berblog. ( Walaupun, ia sebenarnya perlu usaha yag lebih. Saya masih belajar
lagi.)
G - Gandakan Pahala
Pelik bunyinya? Bagaimana menggandakan pahala dengan
berblog. Mudah sahaja, tulis, sebarkan dan kongsikan hal-hal yang baik, benar
dan sahih. Nasihat yang kita petik daripada Al-Quran, Hadis, buku, bingkai pengalaman hidup dan
sebagainya amat “sihat” untuk dikongsikan.
Apa lagi? Sebenarnya banyak perkara yang boleh dinukilkan di
blog anda. Oleh itu, bergantung kepada kita untuk merancang, melaksanakannya
dan me”maintain”kannya.
BroHamzah
6 Jun 2012
Terima kasih
kepada sahabat-sahabat pembaca yang sering berteduh di pondok saya ini. Pohon
maaf atas segala kelemahan, kekurangan dan kedaifan.
3 Papan Tanda Yang "Tiada" Harga
Berapa nilai sebuah papan tanda bagi anda?
Hari-hari, lelaki kurus itu tetap setia dengan penyapu dan
penyodoknya. Kerjanya dilakukan dengan tekun dan bersungguh. Ramai yang memuji
kebersihan yang dijaga olehnya. Dia kelihatan sentiasa optimis, tenang dan
sentiasa tersenyum. Jika berbicara sentiasa menuturkan yang positif, baik dan
bernada lemah lembut sehingga menyentuh hati yang mendengarnya.
Ramai yang hairan dengannya. Jika diselidiki latar belakang
keluarga dan kehidupannya – dia berasal daripada
susur galur keluarga yang susah. Getir kehidupannya usah diceritakan lagi.
Namun, suatu hari seorang temannya memasuki “pejabat”nya di
stor belakang yang menyimpan alatan tugasan harian sebagai seorang penyapu
sampah dan penyelenggaraan bangunan.
Tergantung 3 papan tanda
di gantung berdepan dengan pintu “pejabat”nya.
“ Papan apa ini?,”
Lalu dibacanya.
Pada papan pertama bertulis : “ Hari Kita adalah Sekarang,
Hari Kita adalah Sekarang.”
Pada papan kedua bercatat : “ Fikirkanlah dan bersyukurlah.”
Pada papa ketiga bernyata : “ Jangan marah.”
Kawannya itu sedikit kehairanan. Papan apa sebegini rupa.
“ Mad, apa yang kamu gantung ini?,” Soal rakannya itu
“ Ooo… itu papan tanda kebahagiaan aku.” Katanya ringkas.
---------------------------------------------------------
Ketiga-tiga papan ini merupakan tiga nasihat yang akan
menghantar kita kepada kebahagiaan melalui cara yang paling singkat, mudah,
cepat dan berkesan.
“ Hari Kita adalah Sekarang, Hari Kita adalah Sekarang.” –
Bererti hiduplah kita dengan memfokuskan pada yang telah kita miliki.
“ Fikirkanlah dan bersyukurlah.” – Bermakna fikirkan tentang
nikmat Allah SWT, kemudian syukurilah.
“ Jangan marah.” – Ia adalah penawar kehidupan yang mujarab.
Titik kawal diri yang utama.
Mad, seorang tukang penyapu meraih bahagia apabila 3 papan tanda
yang tiada harga itu benar-benar menjadi dan meresapi ke setiap sendi-sendi
kehidupannya. Setiap hari, itulah perkara pertama yang ditatapinya ketika tiba di pintu pekerjaan sehariannya.
Kita pula bagaimana? Hari-hari terhimpit dengan tekanan dan
bebanan kerja. Lambakan tugasan dan assignment. Hilang seri wajah yang cerah
ceria. Terpamer raut muka yang masam dan dahi yang berkerut-piruk.
BroHamzah
5 Jun 2012
Tidak ramai
yang “tahu” apa yang kita alami, rasai dan hadapi. Apatah lagi untuk memahami.
Hebat Dengan Super 10
Monday, June 4, 2012
S.U.P.E.R 10 [ Sumber ]
Terima kasih buat sahabat saya, Ibnu Fuad Of Langit Ilahi yang me"design" poster Super 10 yang simple, kreatif, cantik dan osem.
Semoga Allah SWT rahmati anta sheikh!
Apakah Super 10 ini?
Saya kongsikan perincian elemen-elemennya di Sini.
Jemput singgah, berteduh dan mengambil ibrah.
Bukannya susah, hanya klik sahaja tanpa lelah.
___________________
BroHamzah
4 Jun 2012
Ahlan Wasahlan I Selamat Datang I Welcome
Kepada para pelajar baru Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)
Datang dari seluruh negeri di Malaysia.
Serta para pelajar antarabangsa - Thailand, Indonesia, Kemboja, Myammar dan menanti yang akan tiba pelajar sulung dari Somalia.
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)



