Komitmen Dai' ( Sang Penyeru)

Tuesday, April 26, 2011

Dakwah, ia adalah seni yang lahir daripada hati. Ia juga adalah lahir daripada ketulusan, kesungguhan dan komited yang luar biasa


Nota Dakwah : Komitmen Dai’ (Sang Penyeru)

Oleh : BroHamzah

Komitmen Dai, ia bukannya cetusan fikiran yang berlegar dimainan minda tanpa arah dan tujuan. Komitmen ia bukanlah sesuatu bicara biasa yang meniti manis di hujung kalam bibir insan.

Komitmen juga ia bukannya gerak kerja yang biasa-biasa yang dilaksanakan oleh pekerja –pekerja seperti amalan rutin, namun ia adalah suatu tindakan amalan yang dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dengan kehadiran ruh dan perasaan.


Saya benar-benar tersentuh dengan tulisan Muhammad Abduh dalam bukunya Komitmen Dai Sejati. Ternyata ia adalah karya tulus dan segar daripada seorang dai’ yang menjiwai perjalanan dakwahnya kepada masyarakat. Katanya :

***

Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar ikhlas, maka tidak akan banyak dai yang berguguran di tengah jalan. Dakwah akan terus laju dengan lancar untuk meraih tujuan-tujuannya dan mampu menanam prinsip-prinsipnya dengan kukuh.

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka dia tidak akan peduli ketika ditempatkan di barisan depan atau belakang. Komitmennya tidak akan berubah ketika dia diangkat menjadi pemimpin yang boleh mengeluarkan keputusan dan ditaati atau hanya sebagai jundi yang tidak dikenal atau tidak dihormati.

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka semua orang akan sangat menghargai waktu. Bagi setiap dai, tidak ada waktu untuk terbuang sia-sia kerana dia akan selalu menggunakannya untuk beribadah kepada Allah di sudut mihrab, atau berjuang melaksanakan dakwah dengan menyeru kepada kebaikan atau mencegah kemungkaran. Atau, menjadi murabbi yang gigih mendidik dan mengajari anak serta isterinya di rumah. Dai yang aktif di masjid untuk menyampaikan nasihat dan membimbing masyarakat.

Jika komitmennya benar-benar ikhlas, maka setiap dai akan segera menunaikan kewajipan kewangannya untuk dakwah tanpa dihinggapi rasa ragu sedikitpun. Semboyannya adalah


“Apa yang ada padamu akan habis dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.”

[an Nahl (16) :96]

Jika komitmennya benar-benar ikhlas, maka setiap dai akan patuh dan taat tanpa berasa ragu dan bimbang. Di dalam benaknya tidak ada lagi erti keuntungan peribadi dan menang sendiri.”

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka akan muncul fenomena pengorbanan yang nyata. Tidak ada kata “ya” untuk dorongan nafsu atau segala sesuatu yang seiring dengan nafsu untuk berbuat maksiat. Kata yang ada adalah kata “ya” untuk setiap perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah.

Jika komitmen para dai benar-benar ikhlas, maka setiap anggota akan menaruh kepercayaan yang tinggi kepada para pemimpin fikrah. Setiap yang bergabung akan melaksanakan aspirasi pemimpinnya dan menegakkan prinsip-prinsip dakwah dalam hatinya.

Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar ikhlas, maka setiap orang yang kurang teguh komitmennya akan menangis, sementara yang bersungguh-sungguh akan menyesali dirinya kerana ingin berbuat lebih banyak dan berharap mendapat balasan serta pahala dari Allah.

***

MasyaAllah, saya benar-benar terisi dan tersentuh dengan nasihatnya. Bagaikan sebuah pukulan, hentakan dan peringatan yang sanga-sangat mengesani jiwa.

Komitmen memerlukan kesediaan jiwa yang membulat kepada Allah SWT. Mereka menyakini, menyerahkan sebulatnya diri mereka dan segala-galanya untuk deen Allah SWT. Kesanggupan untuk melalui apa jua rintangan, ujian, mehnah dan segala bentuk tribulasi menjadikan diri mereka semakin tabah dan kuat.

Dan, ketahuilah komitmen kita akan diuji dan terus diuji. Sama ada kita sedar, semakin hari ia semakin tertingkat dan ia saatnya, ia semakin menurun sehingga tersungkur menyembah bumi.
Soal diri kita, bagaimanakah komitmen kita sebagai mukmin dalam melaksanakan ubudiyah kepada Ilahi? Jiddiyah (kesungguhan), keiltizaman (konsistensi) dan sifat disiplin yang ada dalam diri di tahap yang bagaimana?

Persoalan-persoalan ini harus dijawab dengan segera? Tanya hati kita, apakah jawapan yang akan kita berikan apabila inilah yang disoalkan kepada kita di hadapan Allah SWT?

BroHamzah
27 April 2011
Pengkalan Chepa I Kota Bharu
7.55 Pagi



12 comments:

Anonymous,  April 26, 2011 at 7:17 PM  

alhamdulillah...
sekarang saya sedang bercuti dalam tempoh yAng sangat panjang.... saya sedang buntu bagaimana mahu menghasilkan cuti yg bermakna dalam tempoh 5 bulan ini...bolehkan cdgn diberikan... sekrg all foundation's student sdg bercuti... bagaimana mahu komited diri kita yg sedang berada pada zon yg sgt selesa ini...
syukran

Anonymous,  April 26, 2011 at 8:31 PM  

tersentak dengan nasihat muhammad Abduh

[[bangzai08]]

BroHamzah April 26, 2011 at 11:28 PM  

1)- Anonymous

Alhamdulillah, anda sedang berada dalam nikmat cuti yang panjang. Cuti ia boleh menjadi sesuatu yang snagat bermanfaat dan bermakna sekiranya kita bijak mengurus dan mengisinya.

Justeru, kebijaksanaan kita harus dipandu dengan nilaian syara' dan nilaian Iman kepada Allah SWT. Inilah kaedahnya.

Kehidupan, ia harus dilalui dengan suluhan dan cahaya Al-Quran dan ajaran Rasulullah SAW.InsyaAllah kehidupan akan terarah dan mempunyai matlamat yang jelas.

Apa yang boleh kita lakukan semasa cuti ini? Banyak, antaranya :

1. Adakan aktiviti riadhah bersama rakan-rakan
2. Membina group rehlah atau mandi manda ke tempat-tempat menarik
3. Mencari badan-badan NGO atau persatuan yang menganjurkan kem atau program untuk disertai
4. Ikuti kelas pengukuhan bahasa atau apa-apa pengajian untuk tingkatkan soft skill
5. Buat sebaran kebaikan melalui alam maya dalam blog, FB, emel dans sebagainya
6. Banyakan membaca buku dengan terancang
7. Sentiasa sibukan diri dengan kebaikan, jangan leka dengan kelalaian.
8. Bina rangkaian persahabatan yang meluas

MasyaAllah, banyak lagi aktivitinya. Sekadar kongsian ringkas.

BroHamzah

BroHamzah April 26, 2011 at 11:29 PM  

2)- anonymous aka bangzai08

Ya, nasihat yang membangun dan mengerakan jiwa

BroHamzah

Nur Hafizah April 27, 2011 at 10:30 AM  

nasihat yang mengesani hati:')

Anonymous,  April 27, 2011 at 12:11 PM  

oh, pernah baca karangan Muhammad Abduh itu..
mungkin perlu dibaca sekali lagi untuk lebih mengesankan jiwa

-syumul

Afiq Ariffin April 27, 2011 at 12:27 PM  

Em..ikhlas, menghargai masa, sisiplin diri...

wah..banyak yang perlu diperbaiki dan diusahakan..

Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian..

BroHamzah April 27, 2011 at 5:16 PM  

1)- nur hafizah

Ia adalah nasihat daripada tokoh dai' yang telah membumikan dakwah dalam kehidupannya dan menjadi dakwah itu sesuatu yang bergerak dalam nadinya.
MasyaAllah

BroHamzah

BroHamzah April 27, 2011 at 5:20 PM  

1)- 3uluwwulhimmah aka syumul

Pembacaan buku, ada masanya perlu diulang dan diulang, Agar ia terus hidup dan menjiwai akar hati kita. Semoga Allah SWT memberikan kepada kita semua untuk tersentuh dengan tulisan mereka-mereka yang menjiwai dakwah dengan ruh keimanan yang hakiki.

BroHamzah

BroHamzah April 27, 2011 at 5:22 PM  

1)- Afiq Tj

Kehidupan ia adalah sesuatu yang harus dilalui dengan proses peningkatan.

" Hari Ini Lebih Baik Daripada Semalam." adalah motto yang menjadi inspirasi mukmin muslim dalam kehidupan seharian mereka.

InsyaAllah, inilah agenda utama kita. Untuk perbaiki hubungan hati dengan Allah SWT, melaksanakan amal soleh dan mengerakan jiwa-jiwa insan yang lain untuk turut sama mendekati Allah SWT.InsyaAllah

Sekian,
BroHamzah

musafir kehidupan April 29, 2011 at 9:57 PM  

Sangat mengesankan hati~Terima kasih bro...
Entri ini sangat menepati situasi sekarang...

BroHamzah April 30, 2011 at 9:51 AM  

1)- musafir kehidupan

Inilah nasihat daripada murabbi dakwah, Muhammad Abduh. Semoga kita mengerakan jiwa dengan kalam naishatnya. InsyaAllah.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP