Tumbangnya Husni Mubarak. Tahniah buat Rakyat Mesir!

Sunday, February 13, 2011

Thoghut Husni Mubarak - Tumbang. Akan berlaku juga kepada Thoghut Obama.


Tumbangnya Husni Mubarak. Tahniah buat rakyat Mesir!
Oleh : BroHamzah

بسم الله الرحمن الرحيم


Ù‚ُÙ„ِ اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù…َالِÙƒَ الْÙ…ُÙ„ْÙƒِ تُؤْتِÙŠ الْÙ…ُÙ„ْÙƒَ Ù…َÙ† تَØ´َاء Ùˆَتَنزِعُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒَ Ù…ِÙ…َّÙ† تَØ´َاء Ùˆَتُعِزُّ Ù…َÙ† تَØ´َاء ÙˆَتُØ°ِÙ„ُّ Ù…َÙ† تَØ´َاء بِÙŠَدِÙƒ الْØ®َÙŠْرُ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ عَÙ„َÙ‰َ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ قدير


" Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "

(Surah Ali Imran (2) :26)

18 Hari, ia adalah tempoh yang bersejarah buat seluruh rakyat Mesir dan ummat Islam di seluruh dunia.

Bumi Anbiya’ ini telah menyaksikan bahawa telah berlaku satu perhimpunan, bantahan, tunjuk perasaan dan kesatuan kuasa rakyat yang sangat besar dalam sejarahnya. Revolusi era baru buat seluruh lapisan generasi rakyat Mesir, tiada kira muda, berusia, kaya atau miskin malah berbeza anutan agama – mereka bersatu menyatakan laungan suara mereka agar Thoghut Husni Mubarak meletakan jawatannya sebagai pemerintah Mesir dengan segera.

“ Berambus Husni Mubarak, keluar dari Mesir segera!,”

“ Kami ingin nyatakan : Bumi Mesir tidak perlukan kamu!,”

“ Bebaskan Mesir daripada Husni Mubarak!,”

"kami sudah tidak takut mati kerana kami sudah lama 'mati' sejak Hosni memerintah.”

“Get out Mubarak, Down Mubarak” akan terus bergema

Ada juga yang menjerit : “Kami telah memilih jalan ini dan tidak ada jalan untuk kami berpatah kembali.”


11 Feb 2011. 1 Imam 2 Juta Makmum. Solat Jumaat yang penuh berkat. Sujud, doa dan munajat kepada Allah SWT memohon pemimpin yang zalim tumbang!


Pelbagai laungan, slogan, mesej dan luahan hati rakyat Mesir buat pemerintah diktatornya yang telah memerintah hampir 30 tahun secara kuku besi. Penindasan, kezaliman terhadap rakyat, salah guna kuasa, bersekongkol dengan Zionis Israel, merampas kekayaan negara untuk kepentingan diri, pemimpin pembangkak dibunuh, dipenjara dan diseksa sedahsyatnya.

Apa lagi kezalimannya, yang membuatkan rakyat Mesir pendam buat sekian lamanya. Akhirnya, manusia normal ia juga mempunyai kadar kesabarannya – 25 Januari yang lepas, revolusi Mesir mulai tercetus terinspirasi daripada peristiwa penggulingan presiden Tunisia, Ben Ali penghujung tahun 2010.

Ya. Kita semua mengikuti perkembangan revolusi Mesir ini dengan penuh minat semenjak 2 minggu yang lalui. AKhirnya, pada tarikh 11 Februari 2011 detik sebelum azan maghrib di Mesir, Thoghut Husni Mubarak telah digulingkan daripada pemerintahannya ke atas Republik Arab Mesir oleh rakyatnya sendiri.

Pelbagai insentif, taburan gula-gula, dan pujukan ditawarkan oleh Hosni Mubarak, memecat kabinet dan melantik Perdana Menteri yang baru, malah buat pertama kalinya mewujudkan jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh anak didik CIA kesayangannya, Omar Suleiman, segalanya ditolak dengan aman oleh seluruh rakyat. Mereka hanya mahukan satu.

Hosni Mubarak meletakkan jawatan!

Bagi saya, wajar untuk kita ucapkan sekalung penghargaan dan ucapan tahniah buat rakyat Mesir. Kesatuan dan usaha mereka melakukan pengorbanan yang sangat tinggi harganya sehingga terpaksa – terpaksa melumpuhkan kegiatan ekonomi sendiri, mengerakan seluruh rakyat menyertai perhimpunan yang besar, bertempur dengan pihak tentera, mengharungi suasana huru hara serta darurat yang mencemaskan dan sebagainya – akhirnya kemenangan berpihak kepada mereka.

Medan Tahrir menjadi saksi akan kejatuhan rejim Thogut Husni Mubarak!

Ada yang kurang sensitif tentang soal ini, bagi mereka – Rakyat Mesir menyusahkan diri mereka sendiri. Negara sudah elok-elok aman, buat hal.

Pedih hati mendengar, seolah-olah buta tentang sejarah dunia dan sejarah Mesir. Tidak pernah mahu membaca kisah sejarah Raja Farouk, Jamal Naseer, Anwar Sadat, Hosni Mubarak, Omar Suleiman. Tidak pernah peduli dengan ramainya alim ulama yang dipenjara panas dipadang pasir, digantung, ditembak, dibunuh dan diseksa rakyat bawahan.

Kisah pembunuh As Syahid Hassan al- Banna yang dirancang rapi dan pembongkaran dalang yang terlibat disebaliknya. Kematian As-Syahid Syed Qutb, ditali gantung oleh pemerintah Mesir ketika itu. Benar tragis dan mengharu. Dihukum mati kerana menegakan kalimah Allah SWT. Kisah, pembuangan ulama-ulama yang soleh dan penegak kebenaran serta penyeksaan di dalam penjara oleh mereka yang zalim harus didedahkan kepada dunia, agar mereka benar-benar tahu akan hakikat semua ini.

Tidak pernah kisah pengkhianatan jijik pemerintah Mesir dan Arab terhadap Palestin dan Islam. Membekalkan senjata, ubat dan makanan untuk tentera Isreal melawan penduduk Palestin. Ah! Ia sangat menyakitkan jiwa dan hati ini.

Ia adalah satu permulaan buat generasi hadapan Mesir.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Ini merupakan hasil daripada doa, kesedaran dan jihad seluruh rakyat terutamanya para pemuda di Mesir, dunia Islam dan seluruh dunia. Berkat doa para ulamak yang soleh ,orang-orang soleh, orang-orang yang dizalimi dan seluruh umat Islam maka dengan izin Allah swt, maka telah jatuh Thoghut ini dengan hinanya.

Kegembiraan rakyat Mesir. Ia adalah satu harapan buat mereka.


Selepas ini?

(1) Cabaran yang terbesar kini, adalah memulihkan semula wajah Mesir yang baru dengan corak yang lebih baik, adil dan menepati sunnah kebenaran. Ia dilihat lebih mencabar, getir dan segala persiapan dan kesediaan bakal ditempuhi oleh bakal pemerintah Mesir yang baru. Adakah pembangkang terbesar di Mesir iaitu Ikhwanul Muslimin akan menjadi prime move kepada pembangunan Mesir yang baru?

(2) Sesungguhnya, musuh-musuh Islam tidak pernah berdiam diri dan melihat begitu sahaja. Bagi saya, mereka telah bersiap dengan pelbagai perancangan dan pelan yang jauh menjangkaui apa yang kita ketahui dan miliki. Mari kita berfikir daripada kotak dan view mereka berfikir. Agak-agaknya, mereka hanya melihat sahaja? – Sesuatu yang lebih besar akan berlaku.

(3) Mesir kini, dibawah pemerintahan tentera. Kuasa dan bidang kuasa tentera tentunya dikawal dan dimiliki oleh pihak-pihak tertentu. Kuasa Mubarak sebagai Presiden dipindahkan kepada Supreme Council of the Egyptian Armed Forces, yang diketuai oleh Jeneral Mohammed Tantawi buat sementara waktu ini. Kita hajatkan satu peralihan kuasa, pemilihan tampuk pemerintahan yang baru dan intipati pembangunan Mesir yang mendatang – menjadi salah satu model baru bagi mencorakan pemerintahan yang Islamik di masa hadapan. Adakah itu yang akan terjadi?

(4) Kebangkitan Mesir dalam revolusi Hari Kemarahan ini adalah digerakan dan dicetuskan oleh golongan pemuda yang membesar dibawah pemerintahan thoghut Husni Mubarak. Siapakah yang telah membangkitkan dan melakukan suatu gerakan proses kesedaran kepada mereka? – Bagi saya, sebuah revolusi tidak akan berlaku secara spontan. Ia tentunya, melalui satu proses yang panjang dan dirancang sama ada secara sedar atau pun tidak. Mesir memiliki satu aset yang sangat berharga iaitu pemuda-pemudinya. Dan, saya benar-benar yakin bahawa Revolusi Mesir 2011 dipacu dan digerakan oleh keberanian para pemudanya yang berhasrat melihat perubahan kepada tanah air mereka. Sinar harapan dan kejayaan inilah yang kian memancar terang di celah sebuah harapan yang menggunung ini.

Demostrasi di Algeria mulai bangkit

(5) Selepas, kejayaan kebangkitan rakyat Tunisia dan Mesir, kini api revolusi rakyat mulai menular ke negara Arab yang lain. Kini, Algeria, Yaman dan Sudan – mulai memanaskan api kebangkitan mereka. Warga Algeria berkumpul di Algiers menuntut Presiden Abdelaziz Bouteflika meletak jawatan. Di Yaman pula, beribu-ribu penunjuk perasaan yang mendesak kerajaan pimpinan Presiden, Ali Abdallah Saleh dibubarkan bertempur dengan penyokong kerajaan di Sanaa. Manakala di Sudan pula, beribu-ribu penduduk berarak ke pejabat badan penyiaran rasmi kerajaan bagi menuntut pembentukan kerajaan baru.
Apakah kesudahannya sama seperti di Tunisia dan Mesir?

(6) Apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir – memberikan satu lambang keagungan dan kekuasaan Allah SWT. Ia seolah-olah tidak dijangka oleh kebanyakan manusia, dan ia berlaku begitu pantas. Inilah keyakinan yang harus ada pada diri mukmin iaitu setiap menyakini janji-janji Allah SWT. Kemenangan akan berpihak kepada Islam. Keyakinan inilah yang mewarnai jiwa dan hati generasi awal para sahabat Rasulullah SAW sehingga mereka melakukan satu revolusi yang besar suatu masa dahulu.

Rakyat Yaman turut bangkit. Revolusi kian menular.

Saya berhajat mengulangi, keyakinan ini melalui firman Rabbi.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

( Ali Imran (2) : 26)

Pemerintah Rejim Diktator, dihinakan oleh Allah SWT dengan kebangkitan dan penentangan oleh rakyatnya sendiri.

Kezaliman, penindasan, ketidakadilan, pemerintahan kuku besi, memberi tekanan, rakus terhadap kekayaan rakyat, hidup kaya raya yang sangat melampau, boros dalam mengemudi kewangan negara, menyekat sebaran dakwah serta kebenaran – adalah tanda-tanda pemerintah yang akan tumbang!

Generasi Muda dan Perubahan.

Ia adalah kata-kata keramat yang penuh dengan semangat kebangkitan. Dalam sejarah dunia yang panjang, para pemudalah yang mencetuskan pelbagai perubahan demi perubahan.

Dunia kini akan menyaksikan satu anjakan baru! – “ Syabab Wa Tagyir”

6 comments:

rahsiahati February 13, 2011 at 4:42 AM  

alhamdulillah,
semarak kebangkitan islam semakin lihat sinarnya.
sungguh revolusi ini membuka mata dunia,
semoga Mesir dapat bangun semula dengan aman dan 'bersih'...amin ya rabb..

dCb February 13, 2011 at 4:52 AM  

Allahuakbar...! buka mata, buka hati, gerakkan diri, ayuh semua! masa makin suntuk..

BroHamzah February 13, 2011 at 7:38 AM  

1)- Kasturi jiwa

Alhamdulillah, semoga kebangkitan demi kebangkitan berasaskan kepada kefahaman, keimanan dan matlamat ubudiyah yang jelas.

InsyaAllah

BroHamzah

BroHamzah February 13, 2011 at 7:41 AM  

1)- dcd

InsyaAllah, teruskan usahanya. Pemuda pemudi persiapkan diri anda untuk memimpin diri, masyarakat dan negara di masa hadapan.

BroHamzah

tintahati February 13, 2011 at 6:25 PM  

slm alaik..

ana nak tnye..ustaz rase2 la kan..siape y akan menggnti husni tu??

dengar2 omer sulaiman..dengar2 pula die tu kristian katolik..cne pulak tu..

BroHamzah February 13, 2011 at 9:08 PM  

1)- Tintahati

Walaikumusalam, saya dah tulis dalam artikel terkini. Boleh rujuk.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP