Belajar dan Mencari Ilmu
Satu senjata penting untuk terus kekal proaktif serta produktif
dalam dunia yang kian mencabar ini.
Saya melihat kerja-kerja PA ini sebagai
amanah. Amanah yang harus dilaksanakan sehabis baik dan melakukan
dengan terbaik. Saya meletakan kerja-kerja ini sebagai medan untuk
mengumpul amalan kebaikan dan pahala berganda.
Baru ini, saya dihubungi seorang
sahabat saya yang menggantikan posisi saya. Cuak dan gementar beliau
dengan amanah yang baru ini. Beliau meminta sedikit tips, nasihat dan
perkongsian daripada saya. Kemudian, saya terfikir untuk mencoret
sedikit sesuatu untuk beliau sebagai perkongsian dan panduan yang berguna untuk dimanfaatkan dalam melaksanakan segala rutin hariannya kelak.
------------
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Moga anta dalam lindungan dan kasih
sayang Allah SWT.
Pertama, tahniah dan takziah untuk
lantikan anta sebagai PA KE yang baru. Moga ia menjadi titik mula
pengalaman berharga dan amal berganda.
Secara umumnya, anta pun dah dapat
gambaran tentang kerja PA melalui skop kerja yang pernah ana buat dan
ana tinggalkan di pejabat PA sebelum ana berangkat ke Bagan Datoh.
Justeru, anta perlu cepat belajar dan sedia mahu belajar apa jua
kerja dan amanah yang diberikan. Tips dia, anta cuba dulu. Terima
dengan hati yang tenang, lapang dada dan terbuka. Jika ada masalah
atau apa-apa yang tidak boleh serta perlukan bantuan – segera rujuk
sesiapa yang berkenaan.
Sahabat budiman,
Dulu, masa ana buntu tidak mampu buat
satu kerja, tidak tahu atau kurang kemahiran – ana segera rujuk :
(1) Kak O ( Dia sudi membantu terutama
kerja teknikal, cuma sangat sibuk – kena pandai deal sikit)
(2) Puan M ( Terbuka dan mesra untuk
tunjuk ajar – sangat penting untuk urusan pentadbiran)
(3) Haji H ( Jika ada apa-apa masalah
yang sedikit rumit – view orang lama penuh pengalaman)
(4) Kak T ( Ini urusan kewangan KE
sebab banyak perkara pakai duit – kena roger selalu)
Sememangnya, setahun jadi PA terlalu
banyak pengalaman baru dan terlalu banyak juga kesilapan yang ana
buat. Akibatnya, banyak lah impaknya kepada pihak pengurusan
tertinggi. Tapi, satu sahaja pantang larangannnya – jangan buat
kesilapan untuk kali ke dua! Itu KE pantang. Hihi. Bukan KE saja,
semua orang pun macam tu.
Lantaran itu, ana syorkan anta tulis sedikit catatan dalam buku peribadi atau tulisan anta sebagai reminder akan
tugasan-tugasan pernah tersalah buat atau kurang mutunya untuk
peringatan di masa hadapan.
Kepuasan akan anta rasai apabila dapat
siapkan kerja on time, kemas, menepati piawaian dan KE puas hati. Itu yang ana dapat,
apabila penilaian prestasi kerja dibuat – kita dapat markah yang
tinggi, kita akan rasa berbaloi dengan segala susah payah ini. Suka,
bersemangat dan ingin menyumbang lagi. Paling penting, nak kerja
keras lagi.
PA baru yang osem,
Ana sendiri pernah tidur lewat malam sampai pukul dua
hingga tiga pagi hendak siapkan kerja bagi mengikut dateline
KE. Kepala memang pusing, mata lip lap lip lap dan badan
lenguh semacam tapi puas hati sebab on time siap. Tetapi, ada
juga kerja yang ana tidak siapkan on time dan terlebih dateline
kerana sebab-sebab tertentu. Langkah penting, maklum kepada KE dan
mohon maaf serta jelaskan sebab. Hal ini kalau boleh elakkan serta
jangan ada dalam minda seorang PA. Pendek kata, jangan buat!
Kerja kita ini kerja multitasking,
banyak tugasan dan kerja-kerjanya sehingga sukar untuk digambarkan.
Apatah lagi, dalam sebuah institusi pendidikan sebegini dan kita
berada di posisi pentadbiran. Untuk mudahkan kerja, ana cadangkan
anta buat betul-betul list kerja mengikut agihan harian serta
mingguan. Kemudian, mana yang segera dan tidak segera. Dan, penting
dan tidak kurang penting.
Kemudian, fokuskan kepada segera dan
penting. Buat satu-satu mengikut tahap keutamaan dan cuba sama-sama
kita elak menangguh-nangguhkan kerja. InsyaAllah, Allah SWT akan
permudahkan segala urusan, tugasan dan kerja-kerja kita.
Mungkin, setakat ini dahulu coretan ana
khusus untuk anta. Mudahan kerja dan amanah baru ini menjadi medan
untuk gandakan amal serta pahala. Happykan diri, bahagiakan hati dan
asahkan kemahiran kendiri selalu. Hal ini akan banyak membantu nanti.
Sekian.
Ex-PA tidak pencen.
Penutup : Keperluan PA Lelaki Di Masa Mendatang
Saya melihat bahawa di masa-masa mendatang, PA lelaki akan menjadi satu kerjaya yang penting dalam sebuah organisasi yang berskal besar mahupun besar. Lantaran perkembangan kesedaran islam dan kesungguhan ramai insan hajatkan kepada kebenaran Islam, hal ini akan memberikan satu lagi bentuk peluang kerjaya yang sangat unik ini.
Read more...