Syabas kepada Halaqah Maya yang mengambil insiatif mewujudkan page Presiden Dr Muhammad Mursi yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Sila pakat-pakat like Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir].
Transformasi Islamik : Ikrar Dr
Morsi Buat Semua
Paluan gendang perjuangan dan
kemenangan pasca Revolusi Mesir 2011 – kian rancak dan ia digencarkan lagi oleh
pimpinan wajah baru Mesir yang diketuai oleh Presiden Republik Arab Mesir yang
baru, Dr Mohammed Morsi Isa Al-Ayyat.
Saya, anda dan kita semua
tertanya-tanya apakah langkah sulung beliau di saat memasuki pejabat rasmi
Presiden Mesir yang terletak di Istana Presiden Kaherah, Mesir. Gagasan apakah
yang akan beliau cetuskan untuk hari-hari awal sebagai presiden dan ke manakah
halatuju beliau dalam menjenamakan Mesir yang “baru”.
Rancangan 100 Hari # 1
Saya tertarik dengan ucapan
sulung beliau sejurus diisytiharkan sebagai pemilik kerusi tertinggi Mesir :
“ Saya berjanji menjadi presiden
untuk semua rakyat Mesir. Apa yang saya harapkan, kita semua dapat mengukuhkan
perpaduan negara yang tercinta ini kerana perpaduanlah satu-satunya jalan
keluar pergolakan yang sedang berlaku.”
Beliau kotakan janji itu dengan
meletakan semua jawatan dalam parti yang dipimpinnnya dan juga di dalam gerakan
yang didokonginya iaitu Ikhwanul
Muslimin. Dan fokus beliau terarah kepada satu sahaja iaitu “Membangunkan Mesir
Yang Baru” melalui satu kot pakaian sahaja iaitu Presiden Republik Arab Mesir.
Kemenangan ini hanyalah titik mula bagi Dr Morsi dan angkatannya dalam memimpin
Mesir ke arah sebuah negara Madani.
Rancangan 100 Hari # 2
Slogan beliau : “ Menjadi
presiden untuk semua rakyat Mesir.” – amat-amat dialukan.
Secara umunya, kita dapat lihat –
Dr Morsi ingin membawa perubahan yang berasaskan kepada ideologi gerakan yang
didokongi dan transformasi yang akan dijulung adalah berpaksikan Islam yang
syumul, sederhana dan murni. Dengan berlatar belakangkan pendidikan professional
– PhD kejuruteraan dan juga “sheikh” – sahsiah mukmin dan hafal 30 juzuk :
tentunya ia adalah ciri-ciri kepimpinan yang ideal buat masa ini. Bahkan,
beliau juga –secara tidak langsung- telah meletakan batchmark yang tinggi untuk “bakal-bakal” presiden di masa hadapan
dan inilah suatu transformasi kepimpinan negara yang dihajati.
Justeru, transformasi Islamik
yang ingin diketengahkan seperti serasi, secocok dan masuk line dengan apa yang dijanjikan.
Rancangan 100 Hari #3
Kini,
tibalah saat dan ketikanya gerakan yang tersohor di seantero dunia itu
merealisasikan segala idea, falsafah, janji dan prinsip mereka kepada seluruh
rakyat Mesir. Seluruh mata melihat setiap perancangan, perlaksanaan dan menanti
hasil yang berlaku. Cabaran yang menanti beliau di hadapan amat hebat dan
besar. Jurang antara impian, hasrat dan kemahuan rakyat Mesir yang
tertunggu-tunggu serta ternanti-nantikan perubahan yang drastik pastinya
menguji kesabaran, kecekalan dan kekentalan beliau untuk mengurus tadbir Mesir
dengan transformasi yang dicanangkan.
Sejauhmanakah kemampuan beliau
mampu “bertahan” dalam jangkamasa yang lama memerintah Mesir, - ia masih
menjadi tanda tanya - dan sekiranya hal ini berlaku ia merupakan suatu legasi
yang baru kerana inilah kali pertama Mesir diperintah dan ditadbir urus oleh
rakyatnya sendiri. Sebelum ini, Mesir mengamalkan sistem kerajaan beraja,
tentera dan sistem berpresiden yang diamalkan secara authoritarian penuh.
Namun, kini semuanya bertukar atas kemahuan dan kehendak rakyat yang mahukan
perubahan demi masa hadapan Mesir yang lebih cerah, aman, harmoni dan adil.
Rancangan 100 Hari # 4
Menarik untuk kita amati, banyak
sejarah politik dunia Islam memperlihatkan bahawa begitu “rapuh” kerajaan
pimpinan gerakan Islam di beberapa negera. Kerajaan-kerajaan yang terbentuk
melalui revolusi atau pelbagai cara yang ada tidak mampu bertahan lama,
terutama apabila berhadapan dengan kemelut dunia politik dunia tempatan serta
global yang mencabar dan turut menerima tekanan daripada negara-negara kuasa
besar yang lain.
Parti Islam FIS, Parti Refah di
Turki serta beberapa kerajaan Islam yang ditubuhkan secara revolusi seperti di
Iran, Iraq, Afgahistan dan Libya mengalami suatu sindrom “pendek umur” akibat
daripada serangan “musuh” yang dahsyat serta tidak mampu bertahan dengan
gelombang politik global serta tekanan yang luar biasa dari pelbagai pihak.
Rancangan 100 Hari # 5
Namun, kemenangan Dr Morsi adalah
suatu tamparan yang hebat buat dunia barat – Amerika serta konco-konconya - dan
musuh-musuh Islam yang sebelum ini dilihat tidak akan memberi peluang kepada
mana-mana gerakan Islam untuk memperlihatkan “kepakaran” mereka mengurus tadbir
negara. Jelas, rakyat Mesir meletakan harapan yang tinggi buat Dr Morsi untuk
melakarkan sebuah kejayaan dalam mengisi kemenangan yang telah diraih bagi
mewujudkan sebuah negara Mesir yang baru.
Berjayakah Dr Morsi membawa gagasan bau ini kepada Mesir?
Mampukah beliau meruntuhkan presepsi bahawa gerakan Islam hanya mampu
bertahan seketika sahaja dalam memerintah negara?
Sanggupkah beliau terus bertahan dengan cabaran-cabaran yang dahsyat
di masa mendatang?
Bagaimanakah beliau melunaskan semua janji-janji yang telah ditaburkan
untuk rakyat Mesir?
Kita, tunggu dan lihat. Dan – titipan doa buat mereka agar Allah SWT
berikan kekuatan, kesabaran dan kecekalan untuk menjayakan usaha-usaha murni
ini.
Sesuatu signifakan akan berlaku antara realiti dan mimpi.
Antara kenyataan dan keajaiban.
BroHamzah
Rasa Bahagia Melihat Sinar Islam Kian Terang Benderang!
Dr Mursi : Gagasan Baru Untuk Mesir - Mengisi Kemenangan
Sunday, June 24, 2012
Presiden Mesir Baru - Auranya bergelombang ke seluruh dunia.
Bermula tercetusnya Revolusi Mesir Januari 2011 yang lepas,
seantero dunia menumpukan mata, wajah dan jiwa mereka kepada Mesir. Satu
persatu peristiwa – baru, mengejut dan menggembirakan - berlaku dalam sejarah
Mesir bagi tahun 2011.
Satu persatu terakam kisah duka dan suka buat rakyat mesir.
Harapan, impian dan cita-cita yang tertanam begitu lama
dalam mimpi mereka mulai menjelma ke alam realiti. Revolusi yang berlaku
mengorbankan hampir 1,000 nyawa telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada
mereka dan hari ini pengorbanan itu “bagaikan” tertebus dengan sebuah permulaan
kejayaan bagi rakyat Mesir.
Saya begitu kekok untuk mencatat sesuatu berkaitan Mesir
ini. Ingin mencetuskan buah fikiran, pandangan dan pendapat pun tidak berhasil
baik. Sudah lama, tidak meninggalkan jejak di teratak ini terutamannya,
berkaitan isu Mesir. Tidak tahu mengapa, tetapi saban hari saya mengikut
perkembangan Mesir dengan perasaan yang berdebar-debar dan teruja.
24 Jun 2012 – Dengan izin dan kuasa Allah SWT.
Prof Dr Muhammad Mursi, calon Presiden Mesir daripada Parti
Kebebasan dan Keadilan yang ditaja oleh sebuah gerakan Ikhwanul Muslimin secara
rasminya telah diisytiharkan sebagai Presiden Mesir pasca Revolusi Mesir tahun
lepas.
Boleh jadi juga, Dr Mursi akan menjadi parameter, kayu aras
dan juga “standard” syarat yang harus dimiliki oleh seseorang pemimpin Islam di
masa hadapan untuk abad ke 21 untuk
memikul tanggungjawab kubra ini. Latar belakang akademik yang menyakinkan,
bidang kepakaran yang mengagumkan dan juga keperibadian Islam yang menyejukan. –
Bayangkan dia merupakan seorang muslim yang menghafal 30 juzuk Al-Quran.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Kini, seluruh dunia meletakan harapan buat kepimpinan baru
Mesir terutama Dr Musri dalam mengencarkan corak pemerintahan Negara Madani
yang pernah diwar-warkan sebelum ini. Tanggungjawab, bebanan dan amanah yang
digalas oleh Dr Mursi amat-amat berat, besar dan sungguh-sungguh menguji.
Menang satu aspek dan mengisi kemenangan suatu aspek yang lain.
Dua perkara yang berbeza dan jauh jurangnya.
Agenda kini adalah agenda mengisi kemenangan yang baru
diraih. Agenda sebenar baru bermula, gendang perjuangan mula diketuk penuh hikmah
dan himmah agar iramanya terus kencang dan bergema.
Semoga rahmat, inayah dan hidayah Allah SWT mengiring setiap
langkah perjuangan mereka. Mereka? Bukan – kita jua. InsyaAllah.
BroHamzah
Sujud Syukur
Seusai Pengisytiharan Rasmi.
Labels:
Isu Semasa,
Tokoh Islam
Anak-Anakmu Bukanlah Anak-Anakmu
Thursday, June 21, 2012
Lihatlah mereka, apa yang mereka tahu tentang kita sebagai ibu ayah?
Mereka ada dunia mereka, tetapi pernah kita sebagai ibu bapa berjaya "memasuki" dunia mereka.
Sembang-sembang
sambil memandang ke matanya yang sangat bulat.
“
Anak-anak adalah individu yang berlainan dengan kita. Kita sebagai ibu ayah
hanyalah berusaha untuk mendidik mereka dengan nilai-nilai Islam dan cinta.
Mereka punyai fikiran, potensi, kekuatan dan kelemahan sendiri.”
Ditambah
lagi.
“
Usahlah mendidik anak-anak kita untuk menjadi diri kita. Tetapi didiklah mereka
untuk menjadi apa yang Allah SWT kehendaki.”
Hampir
semua orang mengiyakan dan menganggukan kepala ketika seorang penyair Arab
Yahudi bernama Khalil Ghibran bertutur :
“ Anak-anakmu bukanlah anak-anakmu
Mereka adalah putra putri
Yang merindukan kehidupan
Mereka datang melaluimu tetapi bukan
darimu
Meskipun mereka bersamamu,
Namun mereka bukanlah milikmu
Engkau dapat memberi mereka cintamu,
Tetapi bukan fikiranmu,
Kerana mereka memiliki fikiran
sendiri
Engkau dapat mengurung tubuh mereka
di rumah, tetapi
Bukan jiwa mereka….”
Jika kita
memiliki cita-cita hidup yang tidak tercapai maka anak adalah tumpuan paling
baik agar teraihnya cita-cita itu kembali.
Jika kita
menyesali perjalanan yang tersia-siakan maka anak adalah harapan paling mungkin
untuk mengukir sejarah hidup baru yang diidam-idamkan.
Jika kita
seorang yang berjaya dalam hidup ini maka anak adalah insan paling baik untuk
meneruskan legasi perjuangan kita dan memperkasakannya.
Jika kita
merasa lemah dalam pengabadian kepada Allah SWT maka anaklah manusia paling
mungkin membantu kita menambah pahala dan meringankan siksa akhirat kelak dengan
doa-doa dan amal solehnya.
Dengan cara
inilah kita menyantuni dan melihat anak kita, maka kehadirannya semestinya
disyukuri dan disambut dengan suka, cinta dan cita. Anak-anak adalah mad’u
anugerah. Insan yang dikurniakan Allah SWT untuk kita pelihara, santuni,
didik, jaga dan besarkannya dengan kasih sayang, cinta dan tauhid kepada-Nya.
Sehingga
kini, bagaimana kita memandang anak-anak kita? Sekadar terbatas apa yang mampu
dilihat atau melihat menembusi apa yang “patut” dilihat.
BroHamzah
Anak adalah milik Allah. Anak adalah
Amanah.
Read more...
Labels:
Anak
Subscribe to:
Posts (Atom)








