Kematian Tragis Rejim Diktator

Sunday, October 23, 2011

Muammar Gaddafi di era kegemilangan dan penguasaanya.



Saya mulakan catatan perkongsian di pondok teduhan ini dengan kalimah agung,
Bismillah.

1. Berakhirnya episod seorang pemimpin rejim diktator Libya, Muammar Gaddafi yang berkuasa lebih 42 tahun di negaranya itu. Khamis, 21 Oktober yang lalu kisah kematiannya yang saat kini masih menjadi tanda tanya punca sebenar kematiannya. Terbunuh atau dibunuh? Wallahu’alam. Apa pun, pasca kejatuhan rejim beliau tentunya membawa suatu perubahan yang besar buat generasi baru Libya. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa beliau dan di akhirat sana jualah tempat pengadilan yang sebenar. Dan – mudahan-mudahan Allah SWT memberikan kita semua taufiq dan hidayah-Nya dengan apa yang berlaku.



Kata-kata egonya suatu masa dahulu memakan diri. Gaddafi mengelarkan para penentangnya sebagai "tikus" dan akan menjejaki mereka sehingga ke lubang cacing. Akhirnya, beliau ditemui di lubang ini.

2. “Kebenaran pasti tertegak, dan kezaliman akan runtuh dan musnah” : - Itulah hakikat sunnatullah. Dalam sejarah peradaban dunia, kepimpinan yang zalim, menindas dan angkuh akhirnya, akan tumbang, musnah dan hancur dengan keizinan Allah SWT. Maha Firaun, Hamman, Namrud, Qarun dan lain-lain – terbukti musnah dengan pelbagai kisah bencara dan peristiwa. Belajar, menyemak dan meneliti sejarah yang lampau – sesungguhnya terlalu banyak iktibar buat kita semua.


"Salam perkenalan dari saya"
Mustafa Kamal Ataturk, al-Ghazi -
Presiden pertama Negara Republik Turki.

3. Seusai membaca kisah bapa Sekularisme Turki, Mustafa Kamal Ataturk buat kali keduanya melalui novel yang digarap dan ditulis oleh Abdul Latip Talib :- memberikan suatu kejelasan yang benar kepada saya tentang hakikat sebuah kekuasaan Allah SWT!. Benar, sehebat – sekuat –segagah – seangkuh mana pun manusia, sebenarnya dia adalah hamba Allah SWT yang kerdil, hina dan kecil. Tiada apa-apa. Dan, Maha Agung dan besar jualah Allah SWT.

4. Ramai daripada kita, tahu siapa Mustafa Kamal Ataturk. Seorang manusia durjana yang memusnahkan institusi khalifah Islam dalam sekelip mata. Musuh Allah SWT, Yahudi dan konco-konconya beratus-ratus tahun merancang, merencana, melaksanakan dan berjuang bersungguh-sungguh meruntuhkan kerajaan Islam Uthmaniah – namun, beliau iaitu Ataturk melakukannya dalam beberapa tempoh masa sahaja dengan mudah.



Tulisan jawi dan bahasa Arab terus dilupuskan dan usaha melenyapkannya adalah konsisten diera pemerintahannya.

5. Kekejamannya, penindasannya, segala usaha-usahanya membaratkan Turki serta rakyatnya adalah suatu dosa yang terbesar yang pernah dilakukan dalam sejarah manusia. Kesanggupannya, tekadnya dan sesungguhnya memerangi “ruh” Islam adalah suatu yang sangat luar biasa. Strategi, kebijaksanaan dan perancangan yang sangat-sangat licik itu, membuatkan beliau pernah diangkat sebagai hero, pejuang dan pahlawan Islam suatu masa dahulu. Ternyata, helahnya itu berjaya! Beliau sebenarnya, adalah pengkhianat!.



Tarian barat yang dipeloporinya di dunia pemerintahan Turki era moden.


6. Dosa-dosa beliau : - membuang seluruh kehidupan Islam dalam kehidupan rakyat Turki adalah dosa yang sangat-sangat-sangat besar. Tekadnya, mengarahkan pembudayaan pakaian barat, serban diubah kepada topi, tudung menutup aurat muslimat diarah agar ditanggalkan, laungan azan dialih bahasakan kepada bahasa Turki, begitu juga Al-Quran - diterjemahkan ke bahasa Turki dan hanya dialunkan dalam bahasa Turki, memperkenalkan tarian-tarian barat, mempopularkan minuman arak sebagai minuman asasi, sekolah agama ditutup, alim ulama ditangkap, dipenjara dan dibunuh sehingga mencecah 500 ribu orang - dan terlalu banyak dosanya!

" Buat apa yang saya suruh! " Jeritan Diktator itu dengan nada yang sinis.

7. Saya membaca dengan penuh kesedaran, terusik segala perasaan dan terbangkit akan ruh yang dalaman. Bahawa, inilah realiti kemusnahan yang terancang oleh musuh-musuh Allah SWT. Kamal Ataturk, hanya lembu yang diheret hidung oleh mereka. MasyaAllah, benar – dia adalah penegak agenda Yahudi. Usah terperanjat apabila kenapa beliau boleh bertindak dan menjadi “manusia” yang sedemikian rupa. Bacalah, kisah-kisa awal kehidupannya dan anda akan faham kenapa hal ini boleh berlaku.


Kematian yang diraihkan oleh rakyat Turki yang cintakan ruh Islami.

8. Ternyata akhir hayat - Ataturk dipenuhi dengan “nanah-nanah” yang menyiksakan dan membuatkan beliau hidup seperti neraka dunia. Beliau dihinggapi pelbagai penyakit-penyakit misteri, kulit gatal yang bersangatan, badan menjadi panas, darah tinggi, menjadi nyayuk pelupa, dan sebagainya. Kisah-kisahnya ini boleh dibaca dengan penuh keinsafan buat kita di dalam novel garapan Tuan Abdul Latip Talib ini.

9. Pemergian beliau, adalah diiringi tangisan air mata kegembiraan bukannya kesedihan. Mayatnya diawet untuk tempoh beberapa hari. Berlaku perbincangan di kalangan menteri-menterinya dalam mengurus jenazahnya. MasyaAllah – Allah SWT menghina dan mengazabnya. Terakhirnya, ialah jenazahnya yang hendak dikebumikan tidak diterima oleh bumi. ( Saya sendiri tidak memahami bagaimana keadaan dan rupa suasananya, namun mengikut kisah mungkin bumi menolak atau kuburnya berlubang. Wallahu’alam).



Jasadnya disemadikan disisi. Marmar binaan yang dibuat khusus untuknya setelah bumi tidak menerima jenazah diktator ini.


10. Kini, jasadnya disemadikan di Muzium Kamal Ataturk, di Ankara – Turki buat iktibar dan pedoman buat seluruh ummat manusia. Saya kongsikan kisahnya bukan untuk mengaibkannya atau memburuk-burukan dirinya yang telah sedia dimaklumi kisahnya tetapi, sebagai suatu pengajaran yang besar buat kita ialah, Allah SWT itu Maha Agung, Maha Kuasa dan Maha Adil!


Muzium Mustafa Kamal Ataturk, di Ankara Turki.

11. Novel, terbaru Abdul Latip Talib – Mustafa Kamal Ataturk, penegak agenda Yahudi ;- ini sangat-sangat bagus untuk dibaca oleh generasi muda. Saya sangat-sangat syorkan. Bagi adik-adik yang telah habis peperiksaan dan sebagainya, mintalah ibu bapa belikan novel ini dan bacailah ia sebagai mengisi waktu terulang anda. Saya bagi 5/5!. Syabas!

12. Ini adalah kali kedua saya membaca kisah Mustafa Kamal Ataturk, selepas membacanya buat pertama kalinya ketika tingkatan dua (tahun 1999) melalui buku Turki Dua Wajah, oleh Dr Abdullah Azzam. Selamat membaca dan mengambil ibrah melaluinya. InsyaAllah.



Ilustrasi Gambar Ariel Sharon yang digambarkan. Wallahu'alam

13. Ariel Sharon, bekas presiden Israel juga kini – menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebagai mumia hidup dengan penuh penyeksaan dan penderitaan. Beliau adalah manusia yang busuk hatinya, sangat-sangat kejam sifat keluarmanusiaannya dan sejarah merekodkan segala kezaliman-kezalimannya buat untuk rakyat Palestin. Beliau telah koma hampir empat tahun dan kini, terus tidak sedarkan diri. Umurnya mencecah 82 tahun dan berat badannya digambarkan hanya seberat 15 kg sahaja. Kisahnya, buat kita semua berfikir!

14. Buat semua pengdiktator yang masih ada, masa anda akan menyusul tiba. Nantikan sahaja, teruskan dengan kezaliman, penindasan dan bersuka ria di takhta kegemilangan kalian. Gah dengan kuasa, harta dan wanita sahaja tidak punyai apa-apa, jika rakyat terus dihina, ditindas, ditakut-takutkan dan ditekan-tekan sedemikian rupa. – Kuasa rakyat, mampu meruntuhkan takhta walaupun sekukuh manapun tampuk kerajaan pemerintahan dengan keizinan Allah SWT.

15. Akhirnya, kepada Allah SWT jualah kita akan kembali! Justeru, usahlah sombong, bongkak dan ego dengan kediktatoran anda.

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”

( Fusillat 41 : 53)

Fahami Istilah ( Kamus Dewan, Edisi Empat)

(a) Diktator ;- pemerintah mutlak, terutamanya yang merampas kuasa tanpa mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim.

(b) Rejim ;- sistem kerajaan, pemerintahan atau pentadbiran.

(c) Khalifah ;- seorang yang diamanahkan untuk menguruskan dan mentadbir dunia mengikut lunas syariat Islam.

15 comments:

cikNafiesaMansor October 23, 2011 at 11:49 PM  

subhanallah
terima kasih di atas perkongsian saudari
teringin nak baca novel tersebut
insyaallah

BroHamzah October 24, 2011 at 12:45 AM  

cikNafiesa

InsyaALlah, boleh dapatkannya di kedai-kedai buku yang berhampiran.InsyaAllah

BroHamzah

hamba Ilahi October 24, 2011 at 2:29 AM  

perkongsian yang memberi banyak pengajaran buat kita yang masih hidup di dunia
alhamdulillah.

sememangnya buku tulisan abdul latif talib amat2 menarik untuk dibaca berulang kali.

cuba ustaz dapatkan kisah sultan muhammad al fateh, khalifah yang benar..

banyak sangat pengajaran yang boleh diambil dan mencari kekuatan dalam kehidupan

insyaAllah
amin~

Unknown October 24, 2011 at 5:26 AM  

subhanallah... mohon share.

Nur Mayamin October 24, 2011 at 6:23 AM  

perkongsian berbaur peringatan kepada kita semua.

peringatan ini sememangnya penting untuk panduan generasi2 pemuda pemudi masa kini..yang berpangkat pengawas,mpp even hamba..masing2 memegang 1title,Hamba Allah berbekalkan 1matlamat. Jangan terlalu taksub dengan pangkat shgga sanggup meninggi diri di hadapan Allah..na'uzubillah.

BroHamzah October 24, 2011 at 4:52 PM  

hamba Ilahi,

Alhamdulillah, saya sudah membaca kisah Sultan Muhammad al-Fateh. Menarik dan sangat mengasyikan.Pengajaran, tentang - bagaimana untuk lahirkan generasi al-Fateh utk masa hadapan.

Terima kasih atas komentarnya.
BroHamzah

BroHamzah October 24, 2011 at 4:56 PM  

Bintu Rafee

Terima kasih atas usahanya, semoga ALlah redha.Dipersilakan.

BroHamzah

BroHamzah October 24, 2011 at 4:59 PM  

Nur Mayamin

Alhamdulillah, terima kasih atas coretan dan perkongsiannya.Syukran

BroHamzah

lowprof October 24, 2011 at 11:00 PM  

assalamualaikum abg ali,

mintak sedikit komen berkenaan ngan kenyataan media ini...

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150337341445942&set=a.469813215941.261399.175868780941&type=1&theater

BroHamzah October 24, 2011 at 11:48 PM  

M.Hasyimi

Walaikumusalam, syukran atas titipan anta. Dalam soal ini, kita tidak punyai kuasa atau hak untuk memberikan apa-apa penilaian terhadapnya. Apatah lagi menghukum.Sejarah hidupnya, beliau telah berusaha untuk melakukan sesuatu untuk kehidupannya. Nilaian pandangannya, kepercayaan dan sikapnya, semuanya beliau lakukan melakukan amalan-amalannya.

Justeru, dalam soal ini semoga Allah SWT ampuni kehidupan beliau dan di sanalah pengadilan sebenaran. Banyak artikel, pandangan dan juga sumber yang pelbagai berbau negatif serta positif tentang beliau. Dan - kita sendiri tidak tahu mana yang betul.Justeru, biarkan semua ini berlalu dan kita yang masih hidup kita soalkan diri kita, apa yang harus kita lakukan.

Masa depan kita adalah akhirat, perkongsian artikel di atas untuk membawa kita semua melihat ke hadapan dan masa depan kita dengan menoleh ke belakang - iaitu sejarah-sejarah lampau.Di sana ada ibrah buat diri kita.

Wallahu'alam

Hamba kerdil,
BroHamzah

lowprof October 25, 2011 at 1:56 PM  

syukran akhi,

tepat dan padat huraian nta

moga Allah redha.

BroHamzah October 26, 2011 at 3:04 AM  

M.Hasyimi

Sekadar pandangan seorang hamba yg kerdil.
BroHamzah

Abdul Atan May 28, 2012 at 9:52 PM  

syabas brohamzah..article yg menarik..agak2 pemimpin umno kemungkinan jadi seperti bro tulis tu x?

aneuk line August 22, 2012 at 11:11 AM  

semoga menjadi pelajaran buat kita ..salam kenal :)

Anonymous,  June 24, 2016 at 1:55 AM  

Saya harap penulis dpt membetulkan info tentang Muammar Gaddafi. Beliau adalah pejuang Islam yg menentang sekularisma barat. Harap penulis kaji dgn lebih mendalam akan sejarah Libya dan perjuangan beliau.

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP