Nota Dakwah : Jalan yang benar itu, bagaimana?

Sunday, October 9, 2011

" Menapaki kaki di jalan yang benar - memerlukan penelitian kepada titik asas dan permulaan yang nyata."

Catatan, ini dimulakan dengan lafaz bismillah. Mudahan ia adalah dalam pimpinan dan hidayah Allah SWT. InsyaAllah.

Ramai yang tertanya-tanya, akan jalan yang benar? Jalan yang harus digenggami di dalam lautan suasana Islam yang gharib (asing), pelik dan aneh ini. Islam berada dalam suatu sudut yang lain, mana kala ummatnya jauh menyimpang daripada landasan penghayatan Islam yang benar.

Murabbi saya seringkali menyebut :

“ Islam berada satu lembah yang lain, dalam ummat Islam berada disuatu lembah yang lain.”

Harus sama-sama kita berhenti sejenak, mencermati, mendalami dan mengamati jalan yang diiktiraf benar, sahih dan benar-benar melorongkan kita kepada Allah SWT. Jalan yang membawa kita kepada Allah SWT.

Nota Dakwah, saat ini ingin berkongsi tentang asas yang harus kita sedari, fahami, amati, yakini dan telusuri dengan benar-benarnya. Ramai yang berhajatkan kepada suatu – pengiktirafan – bahawa mereka berada dalam jalan yang benar. Jalan yang benar bukannya mengikut tafsiran sendiri, acuan pemikiran ahli bijak pandai yang ada, atau diwar-warkan kerana ia dikuti ramai orang.

Bahkan, trendnya bukan dan seharusnya bukan begitu. Semestinya ada ASASnya dan HUJJAHnya yang kuat, kukuh lagi asli.

Membelek-belek, kitab Maza Yakni Intima’ Lil Islam ( Apa Ertinya Saya Menganut Islam?) karangan Mujahid Fathi Yakan - suatu garis panduan yang jelas tentang jalan kebenaran. Katanya, jalan itu adalah jalan yang dikuti oleh Rasulullah SAW. Jalan yang terakam dalam sejarah dan sirah perjuangan Islam yang lampau untuk diteladani, dicontohi, diikuti dan dijadikan sebagai laluan kehidupan.

Bagaimanakah corak, trend dan bentuk mereka-mereka yang berada di landasan jalan kebenaran itu? Jalan yang diikuti oleh Rasulullah SAW? Di sana, terdapat tiga asas penting yang harus kita semak dan lihat. Apakah perkara itu?

Pertama : Pengisytiharan Ubudiyah kepada Allah SWT sejak awal-awal lagi. Mindsettingnya jelas, nyata dan diletakan awal-awal dalam permulaan perjalanannya.

Ianya bukan direka-reka, dibuat-buat atau melencong dari landasan yang sebenar. Tetapi, ianya ditekan sentiasa, ditubi-tubi dan diulang-ulang tanpa jemu. Jelas, kesemua perkara dipusatkan kepada satu pengertian sahaja :

“Mengabdikan manusia kepada Allah SWT semata-mata dalam semua urusan kehidupan mereka.”

Jelas, seperti dalam kalamullah yang bermaksud :

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah Yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa Yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa Yang mahu kufur ingkar, biarlah Dia mengingkarinya"

( Al-Kahfi 18 : 29)

Kedua : Mewujudkan satu kelompok yang bergerak yang terikat dengan aqidah dan keimanan kepada Allah SWT.

Bahkan mereka-mereka ini tunduk dan patuh kepada kepimpinan serta pergerakan yang berjalan di bawah lindungan dan naungan petunjuk dan nur (cahaya) Allah SWT.

Bagaimana ciri-ciri mereka?

[1] Mereka tidak meraba-raba dalam sebarang tindakan kerana mereka punyai panduan.
[2] Tidak diganggu oleh perkara-perkara sampingan dan remeh-temeh
[3] Sentiasa beramal dengan amalan-amalan yang Islami
[4] Sentiasa membuat persediaan untuk mencapai matlamat Islam
[5] Mereka menambat masa depan mereka dengan masa depan Islam.
[6] Mereka dididik dalam sebuah institusi atau pusat pendidikan unggul – Madrasah Rasulullah
[7] Jihad dan pengorbanan mereka luar biasa, melewati batasan pemikiran manusia biasa.

Itu, bentuk keperibadian kelompok manusia yang meniti jalan kebenaran.
Saya simpulkan :

“ Mereka sangat luar biasa!.”

Ketiga : Menentang Jahiliyah habis-habisan tetapi dengan penuh kesedaran dan kewaspadaan. Justeru, perubahan atau islah yang dilakukan adalah secara menyeluruh, total dan mencangkumi semua perkara.

Kerana apa? Rasulullah SAW mengetahui dengan jelas bahawa, perubahan itu memerlukan perubahan yang menyeluruh dalam seluruh aspek kehidupan manusia.

Perubahan dalam ;

[1] Pemikiran dan aqidah keyakinan
[2] Cara hidup dan adat istiadat
[3] Sistem dan undang-undang
[4] Pendidikan dan keilmuan
[5] Seluruhnya, harus berubah dengan satu titik yang jelas.

Penentangan kepada jahiliyah merangkumi semuanya, secara bersistem. Justeru, Rasulullah SAW lakukan semua ini dengan sekelompok barisan yang benar-benar beriman serta bersiap sedia dengan segala persiapan dan persediaan untuk melaksanakan amanah yang berat, cabaran yang sengit dan matlamat yang besar.

Segala bentuk rawasib (karat-karat) jahiliyah, cara hidup jahiliyah dan segala-gala hal yang berakar umbi jahiliyah dicabut secara menyeluruh tanpa juz’i-juz’I (separuh-paruh) atau (sebahagian-bahagiaan)

4 comments:

Rabitah,  October 10, 2011 at 1:35 PM  

Assalamualaikum wbt

Artikel ini macam tergantung saja..
Biasa ada komentar drpd BH sendiri..

BroHamzah October 10, 2011 at 6:05 PM  

Rabitah,

Walaikumusalam, ajakan untuk sama-sama merenungi dan berkomentar.Wallahu'alam

BroHamzah

Manmanan November 16, 2011 at 10:45 AM  

Assalamualaikum sahabat,
Semuga Allah SWT menunjuki kita ke jalanNya yang benar lagi lurus, Amin.

Persoalan paling serius yang saya kira sedang dihadapi oleh Umat Islam hari ini adalah mengenai 'salah' dalam persoalan memahami Islam itu sendiri.

Apabila sesuatu yang maqruf menjadi mungkar dan sesuatu yang mungkar menjadi maqruf, itulah petanda bahawa Islam itu telah kembali kepada 'gharib'nya

Setiap ayat al Quran yang ketika turunnya ditujukan kepada Yahudi dan Nashrani (Ya Ahlil Kitab), yang jelas pada hari ini keseluruhan ayat itu jika diamati adalah untuk mereka yang mengaku 'Islam'. Sepatutnya kita telah mula menafsirkannya menjadi 'wahai mereka yang mengetahui kitab' iaitu termasuklah mereka yang mengetahui mengenai kitab Al Quran itu juga.

Semuga Allah memberikan kekuatan buat saudara meneruskan penulisan yang baik sebegini.

Salam dari saya.

BroHamzah November 16, 2011 at 6:19 PM  

Manmanan

Walaikumusalam, Alhamdulillah - perkongsian saudara sangat jernih fikrahnya. Syukran.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP