Terkini : Hujan rahmat membasahi bumi kering Somalia

Sunday, October 16, 2011


Perkongsian ini diteruskan, Alhamdulillah.

1. Saya mengikuti setiap perkembangan misi LL4S ini dengan penuh minat, teruja dan - rasa - simpati yang dalam. Bukan itu sahaja, isu-isu global yang lain turun mendapat perhatian hati ini. Entah mengapa, ia semakin hari - perasaan yang ada ini - melihat akan nasib ummah ini yang sangat meruntun jiwa.


2. Semangat, kecekalan dan ketabahan ; teman-teman team kedua misi LL4S ini membuatkan saya banyak terfikir. Sungguh, mereka dahulunya terlibat dalam misi kemanusiaan Palestin sebelum-sebelum ini kini,sekali lagi tampil dengan semangat sukarela dengan sepenuh jiwa. Seolah-olah jiwa mereka dekat dengan nilai-nilai kemanusiaan dan kebajikan. - Suka berkhidmat, membantu dan menolong.


3. Saudara Nizam Awang, Dr Arbain Syawal dan juga Ustaz Abu Ubaidah melalui pengalaman berbeza kali ini, apabila dapat merasai simbahan hujan rahmati membasahi bumi Somalia. Tidak terbayang akan perasaan saudara-saudara kita di sana - terutama rakyat Somalia sendiri. Setelah, 2 tahun tidak merasai hujan yang lebat ini - ia bagaikan rahmat buat mereka.


4. Murabbi saya menyebut : " Tiada pahala, bagi yang mengagumi pengorbanan, kesungguhan dan keseriusan insan lain dalam beramal." Kita sering, mengucapkan ucapan-ucapan kekaguman, keterpersonaan dan ketakjuban dengan amalan orang lain, namun sebenarnya ia tidak akan mendatangkan apa-apa pengaruh dan kesan kepada "tabung" pahala kita. Melainkan, ia menggerakan kita untuk segera dan terus beramal!. - Terkena panahan buat saya!

5. Mereka telah berusaha untuk melakukan yang terbaik di sana, dan kita juga mampu melakukan sesuatu di sini. Doa, huluran bantuan sumbangan, khidmat kepakaran dan apa sahaja yang termampu harus diglembengkan dengan kerjasama yang erat. InsyaAllah.

6. Saudara-saudari, teman-teman dan rakan-rakan boleh ikuti perkembangan sesama berkaitan misi ini di web rasmi HALUAN Malaysia di sini. Atau terus sahaja, ke laman sosial popular saat ini facebook : HALUAN. Segala isu terkini akan dikemaskinikan secara berkala.


Agihan makanan untuk mereka di sana. Semoga ia membantu mereka untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik. InsyaAllah.


Ustaz Abu Ubaidah dengan seorang putri Somalia - namanya Palestin. Senyumannya memberikan suatu gambaran perasaan yang penuh makna.

Hujan Lebat di Disso, 2 km dari sempadan Kenya - Somalia.

Air hujan turun mencurah-curah. Menyejukan kawasan sekeliling.


" Banjir - mungkin ini fenomena luar biasa di sana."

Laluan yang berlumpur, berselut dan dipenuhi air. Menykarkan bantuan makanan kepada mereka. Semoga Allah SWT permudahkan.

12 comments:

puteri cahaya October 16, 2011 at 8:20 PM  

alhamdulillah..subhanallah..

brohamzh October 16, 2011 at 8:56 PM  

puteri cahaya

Itulah kuasa Allah SWT.InsyaAllah
BroHamzah

brohamzh October 17, 2011 at 4:52 PM  

nadia mustafa

Alhamdulillah
BroHamzah

musafir kehidupan October 17, 2011 at 11:28 PM  

Murabbi saya menyebut : " Tiada pahala, bagi yang mengagumi pengorbanan, kesungguhan dan keseriusan insan lain dalam beramal."
Iya...sangat mengesankan...semoga kita semua diberi kekuatan untuk mencontohi segala yang baik dengan praktikal bukan setakat mengetahuinya sebagai satu ilmu baru.

NURUL ASHIKIN October 18, 2011 at 3:37 AM  

maha suci ALLAH.. teringinnya nak gi sana.. mudah-mudahan ALLAh beri kesempatan

Nur Mayamin October 18, 2011 at 5:33 AM  

benarlah.. disebalik tirai ujian Allah kepada hamba-Nya, pasti akan terserlah cahaya apabila ia disingkapkan. ujian Allah mendidik mereka untuk terus bersabar dan kesabaran mereka terbalas. Maha Pengasih Allah, Rabb semesta alam. semoga peristiwa ini dapat mendidik jiwa2 kita yang mungkin masih terlena..amin2

brohamzh October 18, 2011 at 5:37 PM  

musafir kehidupan

InsyaAllah. - Penghayatan dan pengamalan dalam alam realiti untuk meraih keredhaan-Nya.

BroHamzah

brohamzh October 18, 2011 at 5:38 PM  

Nurul Asihikin


Semoga ALlah redha.InsyaAllah
BroHamzah

brohamzh October 18, 2011 at 5:39 PM  

Nur Mayamin

Didikan ini adalah didikan Allah SWT.InsyaAllah
BroHamzah

.::: mr IQ :::. October 20, 2011 at 7:38 PM  

alhamdulillah, subhanallah...

(musim-musim yg berlalu)

brohamzh October 23, 2011 at 3:52 AM  

mr

Alhamdulillah.
BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP