Terkini : Di Sebalik Air Mata Somalia

Monday, October 10, 2011

Dr Arbain Syawal :- Saya kagum dengannya, Doktor yang berjiwa luar biasa. Tiada aircond, keselesaan dan kemudahan seperti doktor biasa.

Bismillah, Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1. Sekadar catatan ringkas di waktu ini. Alhamdulillah team kedua - Lifeline For Somalia (LL4S) telah berada di Somalia selepas berangkat pada Sabtu, 6 Oktober 2011 yang lepas. MasyaAllah - Saudara Nizam Awang (Ketua Misi), Dr Arbain Syawal dan Ustaz Abu Ubaidah Musa, terpilih untuk berada di sana. Cemburu saya!

2. Suatu yang menarik untuk dikongsikan, suatu usaha untuk membangunkan anak-anak Somalia dengan batu batan pendidikan Al-Quran melalui sistem pondok "Dugsi". Mereka diajarkan menulis ayat-ayat Al-Quran sejak dari kecil, dalam tulisan tangan mereka sendiri, menghafal setiap baris hingga hadham, memadamnya dan menulis ayat-ayat baru sambungan pula. Kaedah ini terbukti berbaik bagi masyarakat Somalia yang kekurangan Quran mushaf untuk meneruskan proram pendidikan Al-Quran.

3. Masjid Istanbul : - satu kompleks yang didirikan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih menyeluruh dan jangka masa panjang untuk pelarian. Di dalamnya, masjid, pusat pengajian, klinik dan sebagainya. MasyaAllah, usaha-usaha yang murni. Salah satu usaha berterusan kerajaan Turki. Syabas!


Seawal 5 pagi, mereka generasi muda Somalia bangun untuk belajar. Mereka memulakan hari sebelum Subuh. Lifestyle sunnah para Rasul, Nabi-nabi, Salafusoleh dan para ulamak. Didikan yang luar biasa.


Asrama mereka, berehat seketika untuk memulakan hari yang baru. Lihatlah, penginapan mereka yang ala kadar. Kita?

Memulakan hari baru, papan pengajian dibersihkan daripada catatan semalam. Hari ini, mereka akan belajar sesuatu yang baru. Tersentuh!


Ayat-ayat Suci Al-Quran yang ditulis dengan tangan-tangan mereka. Allah persaksikan semua ini.


Seusai Subuh dan terbitnya fajar baru. Mereka memulakan suatu yang baru dengan nafas, semangat dan tekad yang baru. Sinaran harapan buat generasi "baru" Somalia.


Puteri Somalia, tekunnya dia. Semoga Allah redha denganmu. Al-Quran menyinari hatimu dan inilah, asas pembentukan keperibadian mukmin yang Allah SWT redhai.

"Sama-sama kita belajar ya kerana Allah SWT ," Mungkin itu yang mereka bualkan. Al-Quran mengalir dalam hati dan jiwa mereka.


Putera-putera Somalia, jiwa mereka dekat dengan Al-Quran. Didikan Al-Quran menghiasi perjalanan hidup mereka.


Wajah-wajah mereka berdebu tetapi, hati bersih dan jernih.

Namanya, ialah Palestin. Senyuman harapan buat kita.

4. Bantuan, sumbangan dan apa jua pertolongan untuk Somalian anda boleh rujuk website HALUAN. Atau terus ke Facebook HALUAN untuk maklumat terkini. Kredit : Kesemua gambar ini saya ambil di sana.

5. Saya teringin ke sana. Namun, tiada peluang dan peluang. Mampukah saya? Jika anda punyai peluang dan kesempatan maka, sambutlah.

BroHamzah
11 Oktober 2011
Kota Bharu, Kelantan.

12 comments:

mujahidah October 10, 2011 at 10:16 PM  

MasyaAllah,
gambar-gambarnya sungguh indah
semoga kita sentiasa mengambil pengajarannya.

notahati: saya juga teringin ke sana

brohamzh October 10, 2011 at 11:23 PM  

Mujahidah

InsyaAllah, hajat yang perlu ditunaikan.Bagaimana?
BroHamzah

brohamzh October 10, 2011 at 11:53 PM  

Insan Bernama Kekasih

Alhamdulillah, Alhamdulillah,Alhamdulillah
BroHamzah

Ariffah9 October 11, 2011 at 12:04 AM  

terasa betapa diri terlalu sedikit amalan .

mereka yang serba kekurangan duniawi, namun ukhrawi kelihatannya menebal !

SubhanAllah . MasyaAllah ..

brohamzh October 11, 2011 at 2:03 AM  

Ariffah9

Cantik : " Mereka yang serba kekurangan duniawi, namun ukhrawi kelihatannya menebal!."

BroHamzah

Manan Qayyim October 11, 2011 at 3:20 AM  

tabahnya mereka menuntut ilmu...

Manan Qayyim

kimi,  October 11, 2011 at 4:21 AM  

salam abg ali irfan

masya allah! perkongsian yang mengesankan

ana cuba buka facebook HALUAN yang disebut di atas, tapi kenapa tak boleh?

brohamzh October 11, 2011 at 5:14 PM  

Manan Qayyim

Setiap hari mereka menadah jiwa dengan Al-Quran. Tarbiyah ummah "terbaik" zaman berzaman.

BroHamzah

brohamzh October 11, 2011 at 5:16 PM  

kimi

Wassalam, kenapa ya? Saya buka boleh sahaja. InsyaAllah

BroHamzah

MISG USA October 11, 2011 at 5:30 PM  

salam, ana minta izin untuk kongsikan di laman fb MISG USA ya? Jazakumullah khairan jazak atas usaha antum

brohamzh October 11, 2011 at 6:44 PM  

MISG USA

Wassalam, masyaAllah syukran atas usaha untuk berkongsi dan share perkara ini. Semoga Allah SWT rahmati antum juga. Dipersilakan.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP