Cetusan Idea : Kaya Legasi

Tuesday, October 25, 2011

Ruangan Label : Cetusan Idea - membina perkongsian yang sihat, bermakna dan praktikal!


Cetusan Idea
Memulakan, coretan ringkas di pondok teduhan ini.

Saban hari, kita akan dikemukan, disarankan dan diberikan idea-idea yang mungkin belum pernah kita dengar atau diberikan dalam bentuk “nafas” baru di sepanjang kehidupan seharian kita. Justeru, adalah suatu yang baik sekiranya hal-hal ini dikongsikan untuk tatapan, cernaan dan perbincangan kita.

Kongsikan cetusan idea ini ;

(1) Catatan daripada pembacaan buku-buku, majalah-majalah, bahan-bahan bacaan dan akhbar yang menengahkan idea yang bernas, menarik dan bernilai.

(2) Kupasan daripada sinaran radio, forum-forum, diskusi-diskusi, wacana-wacana, seminar-seminar, konvesyen-konvesyen dan apa jua medium perkongsian ilmiah yang sihat. Ia menjana ke arah menyemarakan keintelektualan dan budaya keilmuaan. Di samping, mewujudkan – medium cetusan idea di alam maya terutama dunia blog.

(3) “Sengaja” :- saya catat, kongsikan dan letakan ia untuk diketengahkan, diwar-warkan dan disebarluaskan sesama kita. Diperbincangkan, difikirkan, digerakan dan sama-sama cuba mengoperasikan dalam perlaksanaan harian dalam kehidupan kita.
Wallahu’alam.



Majalah Solusi No 37 - Kaya Antara Realiti dan Ilusi."

Cetusan Idea : Legasi kekayaan.

Sebagai permulaan, saya tertarik dengan kupasan fokus Majalah Solusi keluaran terbaru Isu No 37 – yang membincangkan tentang “Kaya Antara Realiti dan Ilusi.” Ideanya, dalam dunia moden hari ini kekayaan boleh dibahagikan kepada tujuh kategori :

(1) Kaya Dalaman
(2) Kaya Kesihatan
(3) Kaya Perhubungan
(4) Kaya Legasi
(5) Kaya Kerjaya
(6) Kaya Pengalaman
(7) Kaya Ekonomi

Saya tertarik, dengan no 4 ;- Kaya Legasi. Kita melakukan sesuatu yang akan “terus hidup” setelah kita mati. Ia akan memberikan impak, pengaruh, kesan dan signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi mendatang setelah pemergian kita.

Konsepnya, ialah amal soleh yang berterusan. Justeru, apa yang boleh kita jadikan sebagai legasi kita?

(1) Ilmu yang kita ajarkan kepada orang. Untung, bagi sesiapa yang bergelar guru, murabbi, pensyarah, ustaz dan ustazah. Bagi yang tidak, anda juga berpeluang – ajarkan sahaja kebaikan, ilmu, kemahiran dan pengetahuan yang ada miliki.

(2) Mengasaskan institusi pendidikan seperti tadika, sekolah, universiti dan pusat pengajian yang akan terus dimanfaat zaman berzaman. Untungnya menjadi pengasas sebuah institusi pendidikan – pahala akan terus mengalir kepadanya selagi mana institusi terus dimakmurkan.

(3) Hulurkan sumbangan berbentuk kewangan, keperluan dan tenaga – untuk membangunkan masjid, madrasah dan sekolah-sekolah untuk pendidikan generasi muda.

(4) Mengasaskan projek-projek yang akan membina jatidiri, keperibadian dan apa jua modul yang berguna untuk remaja hari ini.

(5) Bagi yang mampu menulis, tulislah kitab-kitab dan buku-buku yang akan menjadi rujukan sesiapa sahaja – kini dan akan datang. Para Cendiekawan, Ulama dan Cerdik pandai terdahulu berjaya mempelopori legasi melalui dunia penulisan.

(6) Bagi yang berkahwin, kita punyai “legasi” yang sangat berharga iaitu cahaya mata. Legasi yang akan mendoakan kita setelah kita tiada. Inilah projek terbesar yang harus menjadi fokus ibu bapa, agar anak-anak mereka mampu menjadi “soleh” dan “solehah”.

(7) Kita berusaha membentuk dan mendidik seseorang individu agar menpunyai kesedaran dan kefahaman Islam yang syumul dan kamil. Dan, ia menjadi penggerak dan pewaris kepada legasi kebaikan yang sama-sama kita bawakan.

(8) Jika mempunyai harta, wang dan kekayaan ekonomi, maka bolehlah wakafkannya kepada institusi yang membina generasi mendatang, gerakan Islam yang memperjuangkan Islam, rumah-rumah fakir miskin dan sebagainya.

Ia itulah, cetusan yang ingin dikongsikan. Moga ada yang sudi berkongsi sesama kita. Akhirnya, saya ingin memetik sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Bukanlah kekayaan itu dengan harta benda tetapi kekayaan yang sebenar ialah kaya hati.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

BroHamzah
Negeri Serambi Makkah
Darulnaim

4 comments:

Nur Mayamin October 25, 2011 at 10:13 PM  

Alhamdulillah..satu suntikan baru dalam usaha nak berkongsi apa yang ada pd diri dengan orang di sekeliling..luasnya rahmat Allah sampai kita boleh usahakan dalam apa jua bentuk/keadaan.

ingin bertanya pendapat,
mcm mana nak mengimbangkan antara kemahiran kita dalam berkongsi secara lisan dengan nak berkongsi secara penulisan(blog etc).

berdasarkan pengalaman ana sendiri,kadang2 rasa sukar untuk mengimbangkan/selarikan kemahiran dalam 2 bentuk tersebut. akibatnya,blog yg ada dh lama x update..banyak sebab2 yang mempengaruhi.

wallahua'alam

brohamzh October 26, 2011 at 1:58 AM  

Nur Mayamin

Soalan yang bagus. Alhamdulillah.
Caranya ialah jadual dan disiplinkan penulisan kita di blog insyaAllah.

Itulah cara yang paling praktikal.
Wallahu'alam

BroHamzah

Nur Mayamin October 26, 2011 at 3:16 AM  

Jazakallahukhair atas tipsnya. InsyaAllah akan cuba dipraktikkan dan mengubah cara lama.

satu lagi persoalan,lebih kurang sama fokus soalan sebelum.

kadang2,ana rasa nak menyuarakan pendapat,perkongsian dan sebagainya lebih mudah melalui lisan berbanding penulisan. kalau kita bercakap,rasa fasih..lancar malah mencurah-curah pula idea yang dikeluarkan. tidak ketika menulis,rasa kosong,kabur dan sebagainya.*tiada idea*..mungkin kerana rasa diri tidak memiliki ilmu yang tinggi. padahal,konsep antara 2 bentuk ini sama sahaja. tiada banyak perbezaan.

ada pandangan atau tips2 bagi menyelesaikan masalah macam ni??

~sekadar mengutip ilmu~

brohamzh October 26, 2011 at 6:02 AM  

Nur Mayamin

Alhamdulillah, menulis sama seperti bercakap. Kenapa kita lancar dan fasih berkata-kata? Sebabnya, setiap hari kita bercakap, bercakap dan bercakap.

Hal ini, sama dengan menulis. Jika kita selalu, menulis, berlatih menulis dalam apa jua medium.InsyaALLAH - akan menjadi mudah.

Idea, insyaAllah - akan hadir dengan izin Allah SWT. Salah satu, perkara yang tidak boleh dipisahkan dengan menulis ialah banyakan membaca.InsyaAllah.

Sekadarnya, sahaja.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP