Transformasi Islamik : Ikrar Dr Morsi Buat Semua

Wednesday, June 27, 2012




Syabas kepada Halaqah Maya yang mengambil insiatif mewujudkan page Presiden Dr Muhammad Mursi yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. 

Transformasi Islamik : Ikrar Dr Morsi Buat Semua

Paluan gendang perjuangan dan kemenangan pasca Revolusi Mesir 2011 – kian rancak dan ia digencarkan lagi oleh pimpinan wajah baru Mesir yang diketuai oleh Presiden Republik Arab Mesir yang baru, Dr Mohammed Morsi Isa Al-Ayyat.

Saya, anda dan kita semua tertanya-tanya apakah langkah sulung beliau di saat memasuki pejabat rasmi Presiden Mesir yang terletak di Istana Presiden Kaherah, Mesir. Gagasan apakah yang akan beliau cetuskan untuk hari-hari awal sebagai presiden dan ke manakah halatuju beliau dalam menjenamakan Mesir yang “baru”.



Rancangan 100 Hari # 1

Saya tertarik dengan ucapan sulung beliau sejurus diisytiharkan sebagai pemilik kerusi tertinggi Mesir :

“ Saya berjanji menjadi presiden untuk semua rakyat Mesir. Apa yang saya harapkan, kita semua dapat mengukuhkan perpaduan negara yang tercinta ini kerana perpaduanlah satu-satunya jalan keluar pergolakan yang sedang berlaku.”

Beliau kotakan janji itu dengan meletakan semua jawatan dalam parti yang dipimpinnnya dan juga di dalam gerakan yang didokonginya  iaitu Ikhwanul Muslimin. Dan fokus beliau terarah kepada satu sahaja iaitu “Membangunkan Mesir Yang Baru” melalui satu kot pakaian sahaja iaitu Presiden Republik Arab Mesir. Kemenangan ini hanyalah titik mula bagi Dr Morsi dan angkatannya dalam memimpin Mesir ke arah sebuah negara Madani. 






Rancangan 100 Hari # 2

Slogan beliau : “ Menjadi presiden untuk semua rakyat Mesir.” – amat-amat dialukan.

Secara umunya, kita dapat lihat – Dr Morsi ingin membawa perubahan yang berasaskan kepada ideologi gerakan yang didokongi dan transformasi yang akan dijulung adalah berpaksikan Islam yang syumul, sederhana dan murni. Dengan berlatar belakangkan pendidikan professional – PhD kejuruteraan dan juga “sheikh” – sahsiah mukmin dan hafal 30 juzuk : tentunya ia adalah ciri-ciri kepimpinan yang ideal buat masa ini. Bahkan, beliau juga –secara tidak langsung- telah meletakan batchmark yang tinggi untuk “bakal-bakal” presiden di masa hadapan dan inilah suatu transformasi kepimpinan negara yang dihajati.

Justeru, transformasi Islamik yang ingin diketengahkan seperti serasi, secocok dan masuk line dengan apa yang dijanjikan.





Rancangan 100 Hari #3

Kini, tibalah saat dan ketikanya gerakan yang tersohor di seantero dunia itu merealisasikan segala idea, falsafah, janji dan prinsip mereka kepada seluruh rakyat Mesir. Seluruh mata melihat setiap perancangan, perlaksanaan dan menanti hasil yang berlaku. Cabaran yang menanti beliau di hadapan amat hebat dan besar. Jurang antara impian, hasrat dan kemahuan rakyat Mesir yang tertunggu-tunggu serta ternanti-nantikan perubahan yang drastik pastinya menguji kesabaran, kecekalan dan kekentalan beliau untuk mengurus tadbir Mesir dengan transformasi yang dicanangkan.

Sejauhmanakah kemampuan beliau mampu “bertahan” dalam jangkamasa yang lama memerintah Mesir, - ia masih menjadi tanda tanya - dan sekiranya hal ini berlaku ia merupakan suatu legasi yang baru kerana inilah kali pertama Mesir diperintah dan ditadbir urus oleh rakyatnya sendiri. Sebelum ini, Mesir mengamalkan sistem kerajaan beraja, tentera dan sistem berpresiden yang diamalkan secara authoritarian penuh. Namun, kini semuanya bertukar atas kemahuan dan kehendak rakyat yang mahukan perubahan demi masa hadapan Mesir yang lebih cerah, aman, harmoni dan adil.





Rancangan 100 Hari # 4

Menarik untuk kita amati, banyak sejarah politik dunia Islam memperlihatkan bahawa begitu “rapuh” kerajaan pimpinan gerakan Islam di beberapa negera. Kerajaan-kerajaan yang terbentuk melalui revolusi atau pelbagai cara yang ada tidak mampu bertahan lama, terutama apabila berhadapan dengan kemelut dunia politik dunia tempatan serta global yang mencabar dan turut menerima tekanan daripada negara-negara kuasa besar yang lain.

Parti Islam FIS, Parti Refah di Turki serta beberapa kerajaan Islam yang ditubuhkan secara revolusi seperti di Iran, Iraq, Afgahistan dan Libya mengalami suatu sindrom “pendek umur” akibat daripada serangan “musuh” yang dahsyat serta tidak mampu bertahan dengan gelombang politik global serta tekanan yang luar biasa dari pelbagai pihak.




Rancangan 100 Hari # 5


Namun, kemenangan Dr Morsi adalah suatu tamparan yang hebat buat dunia barat – Amerika serta konco-konconya - dan musuh-musuh Islam yang sebelum ini dilihat tidak akan memberi peluang kepada mana-mana gerakan Islam untuk memperlihatkan “kepakaran” mereka mengurus tadbir negara. Jelas, rakyat Mesir meletakan harapan yang tinggi buat Dr Morsi untuk melakarkan sebuah kejayaan dalam mengisi kemenangan yang telah diraih bagi mewujudkan sebuah negara Mesir yang baru.

Berjayakah Dr Morsi membawa gagasan bau ini kepada Mesir?
Mampukah beliau meruntuhkan presepsi bahawa gerakan Islam hanya mampu bertahan seketika sahaja dalam memerintah negara?
Sanggupkah beliau terus bertahan dengan cabaran-cabaran yang dahsyat di masa mendatang?
Bagaimanakah beliau melunaskan semua janji-janji yang telah ditaburkan untuk rakyat Mesir?

Kita, tunggu dan lihat. Dan – titipan doa buat mereka agar Allah SWT berikan kekuatan, kesabaran dan kecekalan untuk menjayakan usaha-usaha murni ini.
Sesuatu signifakan akan berlaku antara realiti dan mimpi.
Antara kenyataan dan keajaiban.


BroHamzah
Rasa Bahagia Melihat Sinar Islam Kian Terang Benderang!

6 comments:

Unknown June 27, 2012 at 8:31 PM  

Presiden untuk rakyat. Terasa dekat frasa tu dengan Dr Mursi.

Anonymous,  June 28, 2012 at 1:10 AM  

Tringin nk ade presiden cmni di mlaysia..
mgamalkn islam sbg addeenul hayah..

mg Allah anugerahi beliau kkuatan dn kesabaran dlm memimpin ummah..
Allahu akbar!!!!

Bizteam June 29, 2012 at 7:17 AM  

Salam Saya ismail saliyan. Anda selalu menulis di Majalah Haluan? Saya melayari blog anda dari seorang rakan. Saya akan sentiasa mengikuti perkembangan blog anda JZK.

Bizteam June 29, 2012 at 10:14 AM  

Alhamdulillah jangan lupa kita juga perlu berjuang

BroHamzah July 6, 2012 at 9:35 PM  

Ikram NM

Ya. Itulah yang dirasakan.

BroHamzah

truongmuunghenhan April 7, 2020 at 9:15 PM  

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhậtgửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP