Catatan Demi Catatan : Titik Untuk Diri.
Bismillah, catatan ini dinukilkan.
[#] Bibit-bibit kejayaan
Dr Morsi dari Parti Keadilan dan Kebebasan kelolaan Ikhwanul Muslimin dalam
pilihan raya Mesir memberikan suatu sinar harapan buat seluruh pejuang,
pencinta dan penegak Islam yang syumul. Perkembangan suasana “baru” di Mesir
kebelakangan ini – telah membuka seluas-luasnya tumpuan seantero dunia terhadap
fasa-fasa baru perubahan dunia kepada corak pemerintahan yang lebih adil,
harmoni dan islamik.
Banyak telaah, analisis, pandangan dan buah fikiran
pemerhati, penganalisis dan juga orang ramai tentangnya. Congakan, kiraan , pemerhatian,
dan andaian yang dibuat dari pelbagai sudut dan prespektif. Dunia seolah-olah
sedang menanti sesuatu yang signifikan yang akan berlaku.
Sama-sama kita doakan dan nantikan dengan tembakan doa,
tadahan munajat dan rayuan munajat kepada Allah SWT.
[#] Menulis itu
memerlukan “kekuatan” dari pelbagai sudut. Menulis adalah proses output yang
berlaku setelah segala “input” itu diproses, dianalisis dan dicernakan dengan “peralatan”
– ilmu, akal, pengetahuan dan pengalaman - yang ada. Seseorang tidak dapat
memberikan sesuatu jika ia tidak memiliki sesuatu.
Agak janggal menemui seseorang yang begitu ghairah menulis,
berkongsi melalui medium penulisan dan aktif dalam dunia pengkaryaan ini – tetapi
dia adalah seorang yang malas membaca, tidak suka bertanya, terperap dengan
dunia khayalan buatan sendiri dan gemar
menyisih daripada komuniti.
[#] Mulai Jun
ini, saya meneruskan usaha-usaha perkongsian dalam Langit Ilahi melalui ruangan
Motivasi. Kali ini lebih bersahaja, ringkas, santai-santai dan berbentuk tips.
Dengan bidang kerja yang tidak menentu dan tidak diduga – saya kira bentuk ini
amat serasi dengan saya untuk tempoh ini. Yang penting, saya boleh kekalkan
momentum penulisan dan mood berkongsi untuk terus subur dalam minda, jiwa dan
perasaan saya. Syukran buat sahabat saya, Hilal Asyraf atas lontaran idea yang sangat bernas dan praktikal ini.
Sehingga kini, sudah 3 tips yang saya kongsikan untuk
sama-sama kita janakan dan gerakan. Klik untuk semak tipsnya :
Ayuh sama-sama kita ambil manfaat. Di mana? Hanya di LangitIlahi.
Com. – Mari Menjadi Hamba.
[#] Skop Tarbiyah
diri. Bagi yang telah lama menjadi usrah, halaqah, liqo atau bulatan gumbira
sebagai medium mendidik dan memperingkatkan diri dalam usaha mendekati Allah SWT,
tentunya ia sudah sebati dan serasi dengan jiwa anda.
Tetapi, jika semakin hari semakin lesu, hambar, jemu, jenuh
dan bosan dengan pertemuan-pertemuan sebegini – kita harus cepat-cepat semak
akan keberkesanan, perjalanan dan pengisian bulatan gumbira anda. Lebih separuh
usia saya adalah terbina melalui nadi pembentukan ummah ini.
Setiap fasa, pastinya akan ada perubahan teknikal
perjalanan, kaedah penyampaian, agenda-agenda penstrukturan semula, tips dan
trik baru pengendalian halaqah dan bentuk-bentuk baru yang lebih segar,
bertenaga dan baru untuk semua peringkat.
Saya begitu gembira dengan penghasilan sebuah buku “Tip
& Trik Usrah” yang ditulis oleh sahabat seuniversiti dahulu, Syed Faiz Syed
Mahmad dan rakannya, Yusry Yusopp. Syabas dan tahniah. Semoga usaha “memasyarakat
usrah” mampu direalisasikan dengan titik mula ini. Ternyata, - usrah, halaqah,
liqo dan bulatan gumbira bukan hanya untuk indvidu yang terpilih, eksklusif,
tertentu, baik-baik dan berkopiah serta bertudung labuh sahaja.
Targetnya – ia mampu dimasyarakatkan sehingga pengaruhnya
menjadi sinonim dengan semua orang. Bagi saya, ia adalah usaha murni yang harus
disokong dan didokong.
BroHamzah
Setiap hari
adalah hari-hari baru untuk lebih maju!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum akhi, first time dengar kat Malasyia nie ade buku yang temanya suapaya perjalan halqah lebih muntijah? yang anan tau sahabt indon memnag banyak buat, terutama buku Menggairahkan perjalanan Halaqah, so boleh ana tau, nak dapatkan buku tu kat mane ya, buku yang sahabt anta tu tulis?
hashimi92
Walaikumusalam, buku ini baru sahaja diterbitkan. Ana beli semasa pesta buku tempoh hari. Boleh rujuk laman web ini : http://www.creativesifu.com.my atau www.pelima.com.my/media.
Wallahu'alam.
BroHamzah
Post a Comment