3 Papan Tanda Yang "Tiada" Harga

Tuesday, June 5, 2012


Berapa nilai sebuah papan tanda bagi anda?


Hari-hari, lelaki kurus itu tetap setia dengan penyapu dan penyodoknya. Kerjanya dilakukan dengan tekun dan bersungguh. Ramai yang memuji kebersihan yang dijaga olehnya. Dia kelihatan sentiasa optimis, tenang dan sentiasa tersenyum. Jika berbicara sentiasa menuturkan yang positif, baik dan bernada lemah lembut sehingga menyentuh hati yang mendengarnya.

Ramai yang hairan dengannya. Jika diselidiki latar belakang keluarga dan kehidupannya – dia  berasal daripada susur galur keluarga yang susah. Getir kehidupannya usah diceritakan lagi.

Namun, suatu hari seorang temannya memasuki “pejabat”nya di stor belakang yang menyimpan alatan tugasan harian sebagai seorang penyapu sampah dan penyelenggaraan bangunan.

Tergantung  3 papan tanda di gantung berdepan dengan pintu “pejabat”nya.

“ Papan apa ini?,”

Lalu dibacanya.

Pada papan pertama bertulis : “ Hari Kita adalah Sekarang, Hari Kita adalah Sekarang.”

Pada papan kedua bercatat : “ Fikirkanlah dan bersyukurlah.”

Pada papa ketiga bernyata : “ Jangan marah.”

Kawannya itu sedikit kehairanan. Papan apa sebegini rupa.

“ Mad, apa yang kamu gantung ini?,” Soal rakannya itu

“ Ooo… itu papan tanda kebahagiaan aku.” Katanya ringkas.

---------------------------------------------------------

Ketiga-tiga papan ini merupakan tiga nasihat yang akan menghantar kita kepada kebahagiaan melalui cara yang paling singkat, mudah, cepat dan berkesan.

“ Hari Kita adalah Sekarang, Hari Kita adalah Sekarang.” – Bererti hiduplah kita dengan memfokuskan pada yang telah kita miliki.

“ Fikirkanlah dan bersyukurlah.” – Bermakna fikirkan tentang nikmat Allah SWT, kemudian syukurilah.

“ Jangan marah.” – Ia adalah penawar kehidupan yang mujarab. Titik kawal diri yang utama.

Mad, seorang tukang penyapu meraih bahagia apabila 3 papan tanda yang tiada harga itu benar-benar menjadi dan meresapi ke setiap sendi-sendi kehidupannya. Setiap hari, itulah perkara pertama yang ditatapinya ketika tiba di pintu pekerjaan sehariannya.

Kita pula bagaimana? Hari-hari terhimpit dengan tekanan dan bebanan kerja. Lambakan tugasan dan assignment. Hilang seri wajah yang cerah ceria. Terpamer raut muka yang masam dan dahi yang berkerut-piruk.

BroHamzah
5 Jun 2012
Tidak ramai yang “tahu” apa yang kita alami, rasai dan hadapi. Apatah lagi untuk memahami.

2 comments:

School Of Tots June 5, 2012 at 8:29 AM  

Alhamdulillah kerana perkongsian cerita ini. Sesungguhnya terlalu banyak nikmat Allah untuk kita. Mengapa harus kita mengeluh? Bersyukurlah.

BroHamzah June 5, 2012 at 5:40 PM  

School Of Tots

Semoga perkongsian ini ada manfaat dan memberikan tindakan proaktifnya.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP