Adik-adik, Kuatkan Semangatmu!

Wednesday, June 13, 2012




Petak-petak kejayaan, - Ia bermula dengan diri kita.

Semalam – Selasa, 12 Jun -  saya menghubungi seorang pelajar lepasan SPM 2011. Beliau pelajar yang pintar, bijak dan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM. (9 A &  1 C).

Setelah beliau tidak mendapat kursus yang diminati yang ditaja oleh pihak MARA, beliau memohon untuk memasuki bidang perguruan dan setelah itu beliau menunggu keputusan maktab. Semalam juga keputusan maktab keluar, dan saya hubunginya untuk mengetahui keputusannya.

 Saya dan rakan-rakan membantunya untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Teknologi Darulnaim (KTD).

“ Bagaimana, keputusan maktab? Dapat kah?.”

“ Tidak abang, saya tak dapat,”

“ Sabar adik, ada hikmahnya itu,”

“ Abang, saya sangat-sangat sedih. Semalaman saya tidak tidur kerana memikirkan masa depan saya,”

Lama saya bersembang-sembang dan menenangkannya. Kedengaran tangisan dan esakannya di corong telefon. Jiwanya bebenar kacau dan penuh dilemma.

“ Saya rasa sudah malas untuk belajar. Saya patah semangat.Saya asal dari keluarga yang susah abang. Jika boleh, saya tidak mahu susahkan ibu bapa saya,”

“ Kamu pelajar yang bijak dan pandai. Perjalanan kamu baru bermula. InsyaAllah, abang akan bantu. Nanti abang pergi ke rumah kamu. Boleh ka?.”

“ Tak pa la, abang. Tak perlu susah-susah. Nanti saya akan ke kolej berjumpa abang. Saya tidak mahu susahkan sesiapa.”

Itu sebahagian dialog saya dengan seorang pelajar lepasan SPM yang cemerlang, tetapi Allah SWT uji dengan sedikit dugaan kepada-Nya. Apabila direnungkan, sesungguhnya setiap orang ada ujian, dugaan dan mehnah yang Allah SWT ditimpakan kepadanya.

Beliau berasal daripada Gua Musang, dari keluarga yang susah dan mempunyai adik-beradik yang ramai. Sayu rasa hati mendengar kisahnya. Dan, itulah realiti dan hakikat yang ada. Usaha untuk membantunya agar dapat menyambung pelajar ke KTD sedang diusahakan oleh kami di sini. Doakan.


Kolej Terbaik Dunia

Kini, hampir 230 orang pelajar yang mendaftar ke Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), selamat datang saya ucapkan. Pelbagai latar belakang keluarga, keupayaan akademik  dan taraf sosial yang berbeza yang dipilih oleh Allah SWT untuk melanjutkan pelajaran di “kilang” ini.

Adik-adik, inilah titik asas  anda untuk memulakan langkah pertama dalam membina mercu kejayaan anda. Ada yang mendaftar kerana terpaksa, ada yang hadir penuh sukarela, ada yang melangkah 50-50 pasti atau tidak dan ada yang samar-samar lagi halatuju.

Ingin saya katakan, di mana sahaja kita diletakan dan dipilih untuk berada – di situ sebenarnya ada asbab-asbab dan titik-titik untuk kita berjaya. Pokok pangkalnya, kembali kepada kita untuk membuat suatu perubahan yang besar kepada diri.

SPM yang lepas itu, biarkan ia berlalu. Usah difikir-fikirkanlah. Membebankan jiwa sahaja kalau direnung lama-lama. Kini, saatnya kita memulakan suatu kehidupan yang baru. Ujian, cabaran, dugaan dan halangan di alam baru ini perlu dihadapi dan disantuni. Justeru, persoalannya bersiap sediakah kita?

Di sini, saya sudah melihat bagaimana seorang pelajar yang dahulu mendapat keputusan yang rendah semasa SPM, tetapi diperingkat diploma cemerlang setiap semester pengajiannya.

Di sini juga, saya temui insan yang dahulunya “nakal-nakal” tetapi berubah 180% lantaran disapa hidayah daripada Allah SWT.

Banyak yang luar biasa berlaku dengan izin Allah SWT. Buat yang ragu-ragu, masih berbelah bagi dan hati semakin tawar – dirikanlah solat hajat serta bermunajatlah kepada Allah SWT. Pohon kekuatan daripadanya kerana semua masa depan kita dalam genggaman-Nya. Lihatlah secara big picture, - perkara yang prinsip dan asasi bukannya kepada masalah-masalah yang cabang dalam membuat penilaian serta keputusan. Jika telah bulat hati, - terus berlari sih ke puncak, usah pikir-pikir lagi!

Usirkan kekecewaan yang lalu, bungkuskan ia dalam memori silam dan campaklah ia jauh-jauh mulai saat ini. Jangan berpaling lagi ke belakang. Tetapkan hati dan jiwa – hadapan diri ke hadapan dan teruslah berjalan dengan tekad dan keazaman.

Jika rebah kita bangkit semula,
Jika rebah lagi, kita bangkit sekali lagi,
Jika rebah berkali-kali, terus kita bangkit dan bangkit!


Jika jatuh kita bangun semula,
Jika jatuh lagi, kita bangun sekali lagi,
Jika jatuh berkali-kali, terus kita bangun dan bangun!

Kita tidak akan menyerah kalah dan mudah berputus harap. Bak kata murabbi saya MAZA :

" Tiada istilah putus asa dalam diari kehidupan mukmin!."


Pasakkan Asa Di Jiwa Kita.
Kobarkan Ia Di Jiwa Hamba.

BroHamzah
13 Jun 2012
Memandang Masa Depan Sendiri. Semboyan Untuk “Berjuang”  Ke Peringkat Seterus Sudah Berbunyi.



5 comments:

Isyraf Imrani June 13, 2012 at 7:50 AM  

Moga Allah memberi kekuatan kepadanya.

hashimi92,  June 13, 2012 at 8:16 AM  

trase keikhlasan antum...alhamdulillah....3x

~Setanggi Syurga~ June 13, 2012 at 8:55 AM  

salam alaik..

Semoga mereka kuat & semangat..Allah ada bersama mereka.. InsyaAllah..

usta 'Ali.. ana minta izin copy gambaq kawen ustaz yang ustaz postkan kat satu entri baitul muslim..ana nak bg cth salah satu pemakaian yang bersyariatkan Islam dalam entri ana..Boleh ka?

BroHamzah June 14, 2012 at 3:38 PM  

Isyraf Imrani & hashimi92

Alhamdulillah, semalam dia telah mendaftar di KTD. Semoga Allah SWT berikan jalan, peluang dan kekuatan kepadannya untuk menjadi insan yang berguna untuk keluarga, masyarakat, negara dan Islam. InsyaAllah.

BroHamzah

BroHamzah June 14, 2012 at 3:39 PM  

Setanggi Syurga

Alhamdulillah, itulah yang diharapkan. Berkaitan gambar, dipersilakan. InsyaAllah.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP