Dr Mursi : Gagasan Baru Untuk Mesir - Mengisi Kemenangan

Sunday, June 24, 2012


Presiden Mesir Baru - Auranya bergelombang ke seluruh dunia.


Bermula tercetusnya Revolusi Mesir Januari 2011 yang lepas, seantero dunia menumpukan mata, wajah dan jiwa mereka kepada Mesir. Satu persatu peristiwa – baru, mengejut dan menggembirakan - berlaku dalam sejarah Mesir bagi tahun 2011.

Satu persatu terakam kisah duka dan suka buat rakyat mesir.

Harapan, impian dan cita-cita yang tertanam begitu lama dalam mimpi mereka mulai menjelma ke alam realiti. Revolusi yang berlaku mengorbankan hampir 1,000 nyawa telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka dan hari ini pengorbanan itu “bagaikan” tertebus dengan sebuah permulaan kejayaan bagi rakyat Mesir.

Saya begitu kekok untuk mencatat sesuatu berkaitan Mesir ini. Ingin mencetuskan buah fikiran, pandangan dan pendapat pun tidak berhasil baik. Sudah lama, tidak meninggalkan jejak di teratak ini terutamannya, berkaitan isu Mesir. Tidak tahu mengapa, tetapi saban hari saya mengikut perkembangan Mesir dengan perasaan yang berdebar-debar dan teruja.

24 Jun 2012 – Dengan izin dan kuasa Allah SWT.

Prof Dr Muhammad Mursi, calon Presiden Mesir daripada Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditaja oleh sebuah gerakan Ikhwanul Muslimin secara rasminya telah diisytiharkan sebagai Presiden Mesir pasca Revolusi Mesir tahun lepas.

Boleh jadi juga, Dr Mursi akan menjadi parameter, kayu aras dan juga “standard” syarat yang harus dimiliki oleh seseorang pemimpin Islam di masa hadapan untuk abad ke 21  untuk memikul tanggungjawab kubra ini. Latar belakang akademik yang menyakinkan, bidang kepakaran yang mengagumkan dan juga keperibadian Islam yang menyejukan. – Bayangkan dia merupakan seorang muslim yang menghafal 30 juzuk Al-Quran.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Kini, seluruh dunia meletakan harapan buat kepimpinan baru Mesir terutama Dr Musri dalam mengencarkan corak pemerintahan Negara Madani yang pernah diwar-warkan sebelum ini. Tanggungjawab, bebanan dan amanah yang digalas oleh Dr Mursi amat-amat berat, besar dan sungguh-sungguh menguji.

Menang satu aspek dan mengisi kemenangan suatu aspek yang lain.

Dua perkara yang berbeza dan jauh jurangnya.

Agenda kini adalah agenda mengisi kemenangan yang baru diraih. Agenda sebenar baru bermula, gendang perjuangan mula diketuk penuh hikmah dan himmah agar iramanya terus kencang dan bergema.

Semoga rahmat, inayah dan hidayah Allah SWT mengiring setiap langkah perjuangan mereka. Mereka? Bukan – kita jua. InsyaAllah.

BroHamzah
Sujud Syukur Seusai Pengisytiharan Rasmi.

1 comments:

~Setanggi Syurga aka NurHidayah Ali June 25, 2012 at 6:55 AM  

alhamdulillah..mengharapkan ianya berlaku di tempat tumpahnya darahku.. InsyaAllah..

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP