Bismillah.
Hampir 8 tahun saya terlibat dengan dunia berblog ini –
sejak tahun 2005 -. Ada yang bertanya apa yang saya dapat? Justeru, saya
kongsikan apa yang saya rasakan melalui dunia blog ini. Saya cetuskan ia
melalui akronim B-L-O-G.
B - Bina Jaringan
Dengan mempunyai blog, tanpa sedar kita sedang membina satu
rangkaian serta jaringan sesama sahabat, rakan dan pengguna maya yang lain.
Menariknya – ia tidak terhenti di alam online sahaja. Jika boleh, rangkaian itu
dijelmakan juga di alam offline.
“ Ini BroHamzah kan?. Saya selalu ke blog saudara.”
“ Pak Cik kerap ke blog anta. Bagus-bagus. Teruskan menulis.”
Selalunya, ada yang akan menyapa lalu, membina talian persaudaraan
tanpa kita pinta. Justeru, blog mampu menjadi medium ukhuwah serta merapatkan
hubungan sesama manusia.
L - Ledakan Semangat
Ramai di kalangan kita suka meluahkan, mencoret dan
berkongsi melalui pelbagai medium. Bagi saya, blog ini sangat-sangat sinonim
dengan saya kerana, ia memberikan suatu motivasi dan inspirasi. Apabila
berkongsi, mencatat dan menukilkan sesuatu di sini – saya terasa suatu perasaan
yang lebih bertenaga, gembira dan bersemangat.
Justeru, bagaimana dengan kalian?
O - Optimakan Masa
Saya “cuba” mengagendakan budaya menulis dalam hidup dan
keluarga saya. Menulis itu semakin sebati dan serasi dengan jiwa dan perasaan
saya. Bagaimanakah ia bermula? Saya membiasakan budaya ini melalui menulis di
blog semenjak tahun 2005 lagi.
Semasa zaman student, jujurnya saya boleh menulis setiap
hari. Berkongsi apa sahaja tanpa diganggu hal-hal lain kerana fokus ketika itu
hanya belajar dan aktiviti-aktiviti yang relevan dengan saya sebagai seorang
mahasiswa.
Tetapi, apabila memasuki alam bekerja – timbul suatu masalah
yang belum pernah saya terfikir. Ketika mula bekerja sebagai pensyarah pada
tahun 2009 – saya “terberhenti” berblog selama 6 bulan. Adjustment, penyesuaian
dan mencuba mengurus masa membawa suatu dimensi baru kepada saya. Membawa suatu
fahaman - mengurus masa itu kepada mengurus diri, sikap dan tekad.
Alhamdulillah, saya belajar mengoptimukan masa dengan
berblog. ( Walaupun, ia sebenarnya perlu usaha yag lebih. Saya masih belajar
lagi.)
G - Gandakan Pahala
Pelik bunyinya? Bagaimana menggandakan pahala dengan
berblog. Mudah sahaja, tulis, sebarkan dan kongsikan hal-hal yang baik, benar
dan sahih. Nasihat yang kita petik daripada Al-Quran, Hadis, buku, bingkai pengalaman hidup dan
sebagainya amat “sihat” untuk dikongsikan.
Apa lagi? Sebenarnya banyak perkara yang boleh dinukilkan di
blog anda. Oleh itu, bergantung kepada kita untuk merancang, melaksanakannya
dan me”maintain”kannya.
BroHamzah
6 Jun 2012
Terima kasih
kepada sahabat-sahabat pembaca yang sering berteduh di pondok saya ini. Pohon
maaf atas segala kelemahan, kekurangan dan kedaifan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
apa jugak perkara, kalau digunakan dengan baik, insyaAllah baiklah kesannya..
dan sebaliknya juga akan berlaku..(",)
fuad ansari
Syukran atas coretan dan kalam peringatan.
BroHamzah
masyaALLAH got new spirit!
dah lma tak jenguk kesini. semoga aLLAH memberkati kita semua :-)
Firas Al-Zahra'
Semangat yang harus dibakar setiap hari. InsyaAllah
BroHamzah
Post a Comment