Sulitnya Bangun Sebelum Azan Subuh

Tuesday, February 28, 2012

Ada sesuatu yang menakutkan dan mengerikan ,
sehingga menyebabkan kita sukar untuk bangun daripada buaian lena yang panjang.


Bismillah, saya kongsikan catatan ini.

Sahabat pembaca, perasan atau sedar kah kita – kadang-kadang kita begitu sukar dan sulit untuk bangun awal di sepertiga malam? Mudah kata, bangun dan terjaga dari tidur sebelum azan Subuh dilaungkan dan dikumandangkan.

Walhal, ada saatnya kita begitu mudah bangkit daripada lamunan tidur yang nyenyak dan melenakan kita.

Selimut yang ringan itu, terasa begitu berat seperti besi yang mengeras.

Kepala sendiri bagaikan ditolak sesuatu yang memberatkan. Seolah-olah ada konkrit seberat 100 tan menghempas ke muka kita.- Ia melekat erat berbekas di wajah.

Mata yang terpejam itu, bagaikan di”gam” kan oleh gam cap gajah buatan tahi “mata” sendiri.

Pernah kah kita mengalami keadaan dan situasi sebegini?

Jika saya – sejujurnya, pernah bahkan sentiasa dan selalu. Hambatan, kekangan dan ujian untuk bangkit dan bangun daripada tidur adalah mujahadah dan perjuangan yang terbesar saya di awal pagi yang dingin dan hening itu!

Itulah yang saya alami. Saya mencari-cari apa sebabnya, apa puncanya dan kenapa boleh jadi sebegini ? Mungkin tidur lewat sangat kot. Tetapi tidak juga, kerana saya selalu tidur awal, sekitar jam 11.30 sehingga 12.00 tengah malam biasanya, saya sudah “kaku” di atas katil.

Tidur dengan tenang dan nyaman sekali.

Saya, membelek-belek sebuah buku mencari sesuatu dalam kitab, Tazkiyah hasil tulisan Ustaz Cahyadi Takariawan dan Ghazali Mukri. Buku yang penuh dengan taujih untuk jiwa. Buku yang mereka rumuskan daripada sebuah kitab “ Al Bahrur Ra’iq fiz Zuhdi war Raqa’iq” karya Dr Ahmad Farid.

Perkongsian yang ingin saya petik dan kongsikan di sini ialah berkisar, - kenapa begitu sulit, payah dan sukarnya untuk kita gerakan diri untuk bangkit di awal pagi yang hening untuk mendirikan qiamullail dan melaksanakan munajat khusus kita dengan rabb kita.

Pernah suatu ketika, ada orang bertanya kepada Ibnu Mas’ud RA :

“ Kami tidak mampu dan boleh bangun malam.”

Jawab Ibnu Mas’ud :

“ Ini kerana, dirimu dijauhkan oleh dosa-dosamu.”

Kisah lainnya, ada orang berkata kepada tabiin yang soleh lagi warak iaitu Hassan al-Basri :

“ Saya tidak boleh bangun malam. Berikanlah aku penawarnya!,”

Kata Hassan al-Basri dengan tenang :

“ Janganlah kalian bermaksiat kepada Allah SWT di siang hari, nescaya Dia akan membangunkan kalian di hadapan-Nya di malam hari.”

At-Tsauri pernah berkata :

“ Saya terhalangi untuk melakukan qiamullail selama lima bulan kerana suatu dosa yang telah saya kerjakan.”

Apa yang boleh kita simpulkan? Apakah yang sebenarnya yang menjadi penghalang kita dalam usaha menghidupkan sunnah mengimarahkan malam bersama Allah SWT?

Jelas. Jawapannya ialah kerana hati kita kotor, hitam, jijik dan rosak. Ini semua lantaran dan asbabnya ialah dosa-dosa, maksiat-maksiat dan noda-noda yang kita buat berulang kali kepada Allah SWT!

Lantaran itu, antara nasihat yang berbekas dan menyentuh hati saya ialah :

“ Janganlah memperbanyakan dosa di siang hari, sebab perbuatan dosa akan menyebabkan hati keras dan terhalang untuk mendapat rahmat daripada Allah SWT.”

Jauh mengaudit diri, merenungi akan perjalanan waktu dan hari-hari yang telah berlalu. Persoalannya, bagaimana dengan kita semua? Terlalu, jauhkan kita daripada kasih sayang Allah SWT sehingga kita tidak terdetik dan tersedar langsung untuk berazam dan bertekad untuk menjadi ahli malam dan perindu syurga?

MasyaAllah, saya tersentuh lagi dengan kata-kata Ibnu Munkadir :

“ Tidak ada kelazatan di dunia ini, kecuali pada tiga hal iaitu qiamullail, bertemu dengan saudara-saudara seiman dan solat berjemaah.”

Catatan Seorang Hamba

(1) Bagaimana dengan kita? Soal untuk bangun awal pagi bukannya bergantung kepada kekuatan luaran dan fizikal kita semata-mata, tetapi ia bergantung kepada keadaan dan kekuatan dalaman kita iaitu kondisi hati kita. Bersihkan ia, jernihkan ia dan bagaimana hati ini hidup berhubungan dengan Rabb-Nya ? – Dan, inilah fokus kita apabila berbicara dengan soal kekuatan.

(2) Amalan bangun awal sebelum Subuh, adalah amalan para Rasul, para sahabat salafusoleh, para tabiin, para alim ulamak dan pejuang-pejuang agama Allah SWT daripada dahulu sehinggalah sekarang. Dah, ketahuilah ia menjadi kayu ukur kekuatan dan prasyarat untuk meraih bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT.

(3) Jika kita, menyatakan kita adalah individu yang tegar dalam perjuangan deen, perjuangan agama dan perjuangan demi perjuangan – perhalusi hal-hal ini. Berwaspadalah, tentang hakikat kekuatan sebenar dalam perjuangan ini. Kuantiti, kualiti, angka, nombor dan sebagainya – harus diteliti sedalam-dalamnya dalam membicarakan tentang “akar” perjuangan. Ini kerana, sesebuah perjuangan akan rapuh jika tidak ditunjangi oleh akar kekuatan yang benar-benar utuh, kukuh dan mantap.

BroHamzah
Kampung Paya Batu, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia

16 comments:

Anonymous,  February 28, 2012 at 7:41 AM  

Assalamualaikum..syukran atas perkongsian saudara. Saya juga pernah merasakan, jasad seolah2 menjadi berat apabila hendak segera beribadah disebabkan dosa2 yg dilakukan terutama jika kita tidak menjaga hati & amalan kita. Tidak seperti sebelumnya, walaupun kesempitan waktu, ibadah dpt dilakukan dgn baik & mampu pula membuat ibadah tambahan. Adakah keadaan hati yg kotor disebabkan dosa menyebabkan anggota menjadi berat untuk melaksanakan suruhan-Nya?

Rintihan HambaMu February 28, 2012 at 7:46 AM  

Assalamualaikum..

Allah..perkongsian yang amat menyentuh jiwa..
terkesan sangat2..
bnyak lagi yg perlu diubah dlm diri..
plng pnting..nk bersihkan hati..

jazakallahu khairan kathira atas perkongsian ini.

lowprof February 28, 2012 at 8:46 AM  

masih igt lagi perkongsian abg ali ttg bagun slps azan subuh..

" Islam tidak diperjuangkan & dibangunkan oleh pemuda-pemuda yang bangun tidur selepas azan Subuh!"

Jzkk...

Anonymous,  February 28, 2012 at 12:45 PM  

jzkallah abg 'Ali...prkongsian yg mmbngkitkn muhasabah...sudah lama tdk mndgrnya...mrinduinya...mncri solusi dn itulh solusinya...

jzkallahu khairan kasira abg 'Ali ^^

BroHamzah February 28, 2012 at 8:40 PM  

Anonymous

Alhamdulillah, syukran atas perkongsian saudara/i. Ya, hubungan manusia antara fizikal, ruh dan akal ada hubung kait antara satu dengan lain.

Kekuatan asasi manusia ialah kekuatan dalaman atau ruh. Dan, inilah yang menjadikan manusia itu kuat, gagah, bersemangat dan bertenaga. Justeru, jika hati lemah dan tidak bermaya - ia akan memberikan kesan secara tidak langsung kepada jasad kita.

Dan, hati manusia itu lemah adalah lantaran kecundang mengikut hawa nafsu yang jijik. InsyaAllah, fokus penyucian jiwa melalui didikan Islam mampu menyelesaikan permasalahan ini.

Sekian,
BroHamzah

BroHamzah February 28, 2012 at 8:42 PM  

Srikandi Permata

Sama-sama kita terus menerus berusaha untuk mempertingkatkan kualiti dan kekuatan jiwa kita.

Perjalanan kehidupan dalam mencari keredhaan Allah SWT masih jauh dan panjang. Ia berterusan sehingga kita dipanggil pulang kepada Allah SWT.

Terus gagah, menempuh segala ujian dan dugaan.
BroHamzah

BroHamzah February 28, 2012 at 8:43 PM  

M Hasyimi & Fathi Ridhuan

InsyaAllah, sama-sama saling lengkap menglengkapi antara kita. Teruskan usaha kita dalam mendidik diri melalui TIH ini.

BroHamzah

Unknown February 28, 2012 at 9:22 PM  

Abg Ali, sharing masalah sket:
ana masalahnya bukan rasa berat nak bangun..... masalah tak sedar terus.... ana kalau dah sedar tue InsyAllah lah, bangun terus... masalahny tak sedar langsung.... alarm pun tk dengar, kalau org kejut pn tak sedar...
selaluny ana akan sedar dalam jam yang sama, selagi tak sampai jam tue, slagi tue lah susah nak sedar...
macamana tue?

bab dosa tue ana setuju sgt lah... sbb pengalaman ana kalau tidur tue dengan permulaan yg baik (amek wudhu, witir dll), akhirny juga baik.... mudah sket nak bangun... sgt berbeza drpd tak buat.......WA

BroHamzah February 28, 2012 at 11:37 PM  

Salman Azmin

Berkaitan hal ini, berkemungkinan ia ada kaitan dengan psikologi dan biolagi badan anta. Ana masih ingat, ana juga ada sahabat yang memang payah untuk bangun kerana dia tidur - tidur mati-. Buatlah macamana pun, dia akan bangun hanya pada masa yang biasa dia bangun sahaja.

Namun, alhamdulillah. Semasa di IPT rutin ia berjaya diubah apabila sahabat ana itu bertekad untuk ubah jam biolagi badannya dengan usaha-usaha yang pelbagai. Antaranya, ia bersenam secara konsisten, memelihara amalan ruhaniyah sebaiknya dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT.

Itulah yang boleh ana kongsikan. Mungkin, kita punya biologi badan berbeza - namun, insyaAllah ikhtiyar itu akan membantu kita.

Wallahu'alam, sekadar berkongsi sahaja.
BroHamzah

Anonymous,  March 1, 2012 at 8:12 AM  

syukran bro hamzah..moga Allah s.w.t memberi kekuatan kpd hamba-Nya untuk segera bertaubat & menyucikan hati..insyaallah..

BroHamzah March 1, 2012 at 3:43 PM  

Anonymous

Alhamdulillah. Sasaran tarbiyah ialah hati. Agar ia suci, jernih dan bersih.

BroHamzah

ROBHUNHAYATI March 7, 2012 at 8:08 PM  

terima kasih untuk perkongsian yg insyaAllah bermanfaat untuk semua. mmg x dinafikan untuk bangun awal pagi agak sukar bagi semua org termasuklah saya. cuma, salah satu cara yg diajar oleh abah kpda sy ialah istiqamahkn diri untuk dirikan solat sunat tahajjud 2 rakaat sebelum masuknya waktu subuh. jadi, secara x langsung ia dapat membantu untuk istiqamah bangun awal dan bersiap2 sebelum azan subuh. dan, insyaAllah bila dah istiqamah bangun awal before subuh, akan rasa janggal if terlewat. Wallahu'alam..

BroHamzah May 20, 2012 at 8:28 PM  

Robhunhayati

Alhamdulillah, syukran diatas perkongsian dan coretan tersebut.

BroHamzah

Bangun Sebelum Subuh June 19, 2012 at 8:44 AM  

Joinlah group Bangun Sebelum Subuh

http://www.facebook.com/groups/154659211257779/

Bangun Sebelum Subuh June 19, 2012 at 8:46 AM  

http://www.facebook.com/groups/154659211257779/

BroHamzah June 19, 2012 at 6:13 PM  

Minda Bistari

Alhamdulillah, terima kasih atas infonya. Ada juga usaha yang sebegini baik!

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP