Bumi Syria Berdarah, pedulikah kita?

Sunday, February 12, 2012

Syria, Syria & Syria - Mereka saudara kita.

Bismillah, coretan ringkas ini saya kongsikan bersama.

(1.) Ada yang bertanya, apakah sebenarnya yang berlaku di bumi Syria? - Tiba-tiba heboh sahaja. Ketahuilah, apa yang berlaku ini bukan baru seminggu dua, tetapi sudah berbulan-bulan.

Bashar al-Assad

(2.) Sudah lama saya tidak berkongsi tentang isu semasa dan global. Untuk menulisnya, memerlukan masa, kajian, pemerhatian dan maklumat yang berfakta dan sahih. Justeru, dalam memahami dan cakna dalam isu apa yang berlaku di Syria ini - kita harus ambil tahu suatu perkara yang utama. Kenali, rejim yang sedang memerintah Syria sekarang iaitu, Bashar al- Asad.


Susuk tubuh yang menjadi "master mind"
kepada apa yang berlaku di Syria kini.

(3.) Kenali, mengkaji, membaca dan layari internet ini untuk mengambil tahu tentang siapakah pemerintah Syria ini. Keturunannya, sikapnya, kehidupannya dan kezaliman-kezaliman yang beliau lakukan. Dan - selidiki jua siapakah sekutunya.

Lambaian seorang diktator

(4.) Bashar al- Assad, adalah individu yang akan menjejaki rejim diktator yang telah tumbang, tewas dan dikalahkan oleh rakyat mereka sendiri. Husni Mubarak, Ben Ali, Muammar Gaddafi dan lain-lain telah tercatat sejarah hitam dalam revolusi kebangkitan rakyat era baru ini. Kita nantikan episod-episod seterusnya.

(5.) Jika, sahabat pembaca ingin berkongsikan maklumat, video, gambar-gambar serta apa jua yang berkaitan tentang isu Syria - saya alu-alukan. Sama-sama kita sebarkan untuk membantu saudara-saudara kita di sana. Sekiranya, diberikan kesempatan saya akan kongsikan untuk makluman sesama kita.

Selamatkan Syria, tanggungjawab kita bersama!

BroHamzah
Kota Bharu, Kelantan

8 comments:

^ FA NORIZAN ^ February 12, 2012 at 7:55 AM  

Ya Allah, Hancurkanlah tentera Bashar!

Muhammad Muzakkir February 12, 2012 at 8:07 AM  

Sumpah ikrar jutaan rakyat Syria untuk berjihad
http://www.youtube.com/watch?v=c3YSPvIn6ec

Anonymous,  February 12, 2012 at 8:33 AM  

skdr prkngsian

http://www.youtube.com/watch?v=liKp7K2DhGU

rusnarusli February 12, 2012 at 12:01 PM  

Salam wrt wbt.. boleh rujuk di sini untuk info sebenar :

http://rusnarusli.blogspot.com/2012/02/basyar-asad-grrrrr-grrrrr.html

WA

BroHamzah February 12, 2012 at 7:13 PM  

FA NORIZAN

Buat mereka sahaja, tetapi semua tentera thogut yang memerangi Islam.

BroHamzah

BroHamzah February 12, 2012 at 7:14 PM  

Muhammad Muzakkir, Fathi Ridhuan & RusnaRazali

Syukran atas perkongsiannya. Alhamdulillah.
BroHamzah

Anonymous,  February 13, 2012 at 6:06 PM  

sejauh mana anta mengukur kethiqahan seseorg itu?

BroHamzah February 13, 2012 at 7:42 PM  

Anonymous

Apakah yang saudara/i maksudkan? Mohon penjelasan. Syukran.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP