Menghargai Insan Yang Dicintai Kerana Allah SWT

Monday, February 6, 2012

Menghargai Insan Yang Dicintai Kerana Allah SWT

Bismillah, titipan perkongsian ini dicoretkan.

Saat ini, hati kecil ini bercampur baur perasaannya. Mungkin sukar diungkapkan melalui kata-kata mahu pun tutur bicara. Dan, terasa berat untuk dititipkan melalui tinta mahupun pena. Namun, kuatnya rasa hati ini ingin berteduh dan menyapa sahabat pembaca yang budiman yang tidak jemu-jemu bertandang ke sini.

Lama benar rasanya, saya tidak berteduh berkongsi rasa dan cerita di teratak ini. Benar, awal tahun ini Allah SWT berikan lagi pengalaman baru buat saya. Banyak perkara ”baru” hadir serentak dalam titian –perjalanan- kehidupan saya.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.



Putri Sulung Kami : 'Aliyah Mukhlisah


Dalam banyak-banyak perkara, antara yang paling berbekas, mengesani dan mempengaruhi jiwa saat ketika ini ialah :- kehadiran insan yang menyuburkan lagi kasih dan cinta antara kami – saya & zaujati – dalam baitul muslim kami, iaitu putri sulung kami. Sungguh, terlalu banyak perkara yang saya timba, rasa dan alami dengan kehadirannya.

Apakah kesimpulan yang saya dapat daripada semua ini ?

Hargailah setiap insan yang kita cintai kerana Allah SWT selagi mereka masih berdamping di sisi kita. Saya tersentuh dengan banyak hal. Antaranya :

(1) Pengorbanan dan susah payah Emak Abah.

Saya punyai 10 orang adik beradik. Semasa menjaga, bersengkang mata dan memelihara anak sulung saya ( baru seorang anak) – saya membayangkan perasaan emak abah menjaga, memelihara dan membesarkan kami 10 orang adik beradik.

Minggu pertama, saya demam dan selsema. Minggu dua, datang sakit yang lain dan minggu ketiga – diuji pula dengan penyakit yang lain. Itu baru seorang anak. Bagaimana pula dengan 10 orang anak? Saya menitiskan air mata apabila mengenangkan semua itu.

“ Mak & Abah, Ali kasih kepada kalian berdua kerana Allah SWT.”

(2) Keperitan, kesakitan dan kesabaran Zaujati.

Zaujati – banyak perkara saya belajar daripadanya. Setelah dua minggu, ibu mertua saya ( terima kasih mak atas segala pengorbanan, bantuan dan pertolongan) membantu kami ketika zaujati dalam tempoh berpantang dan pulang semula ke Perlis – saya perlu mengambil alih semua tugas rumah tangga ( saya kekok mengerjakannya. ^^).

Bermula dari bangun tidur sehingga melelapkan mata , - memandikan putri kami, memasak, membasuh, mengemas rumah, membasuh pinggan dan sebagainya – membuatkan saya bertambah sayang dan sangat-sangat menghargai seorang insan bergelar isteri.

Begitu penat mengurus hal rumah tangga! Dahulu, saya hanya melihat sahaja – pulang ke rumah, segala-galanya telah dibereskan oleh zaujati. Dan, ternyata ianya bukanlah semudah yang disangka-sangka dan dirasakan.

Justeru, kepada para suami – ambil masa suatu hari suntuk, cuba berikan rehat kepada isteri kita sepenuhnya dan kita lakukan semua tugasannya. Ketika itu, sambil memasak pun air mata kita boleh berkaca-kaca mengenangkan susah payahnya menyediakan yang terbaik buat kita.

“ Sayang, abang cinta kepadamu kerana Allah SWT.”

(3) Keteduhan dan ketenangan wajah permata hati

Saya memandangkan mata, hidung dan seluruh raut wajah putri sulung saya. Bagaikan sesuatu perasaan yang belum pernah menerpa ke dalam relung jiwa saya. Masya-Allah, inilah kurniaan Allah SWT yang harus diperlihara dan dilaksanakan amanah ini sebaiknya.

Wajah suci bayi ini – seolah-olah memanggil kita untuk mengucupnya, melindungi dan mencorakannya dengan corakan yang selari dengan fitrah. Semakin ditatap, direnungi dan dihayati setiap inci raut wajahnya, semakin gementar di hati akan beratnya amanah dan tanggungjawab ini.

“ Mukhlisah, Abi sayang padamu kerana Allah SWT!.”

(4) Kebersamaan, ukhuwah dan setia kawan yang erat

Saat saya memerlukan bantuan, tunjuk ajar dan pertolongan – adik-adik saya, ramai kenalan, sahabat, sanak saudara, rakan sekerja dan jiran yang hadir membantu. Mereka menghulurkan bantuan tanpa rasa terbeban atau mengharapkan bantuan.

Ramai yang datang menziarahi kami.
Syukran. Syukran & Syukran

Masya-Allah, titipan doa dan munajat, tip-tip menjadi ayah, panduan menjaga anak, sedikit bantuan kewangan, hadiah kelengkapan bayi dan sebagainya – hadir ketika saya bagai terpinga-pinga dan “kosong” memikirkannya. Sesungguhnya, perkara inilah menguatkan saya untuk melalui dan menghadapi semua ujian-ujian kehidupan ini.

“ Buat semua, saya kasihkan kalian kerana Allah SWT.”

Syukran dan terima kasih banyak-banyak atas segala bantuan, sumbangan dan pertolongan.
Kerana cinta yang harum ini, melebarkan lagi jalinan persaudaraan sesama kita.

Moga Allah SWT meredhainya.

Nota :

a. Sehingga 6 Februari 2012, demam kuning anak kami masih tinggi. Pelbagai usaha telah dilakukan. Saya akan terus berusaha, berdoa, berdoa dan berdoa – kepada-Nyalah kami berserah.

b. Jika, sahabat pembaca ada petua untuk sembuhkan demam kuning ini sangat-sangatlah saya alukan. InsyaAllah, saya akan ikhtiyarkan. InsyaAllah.

BroHamzah
Kampung Paya Batu, Jalan Long Yunus
Kota Bharu Kelantan.

12 comments:

Unknown February 6, 2012 at 8:37 AM  

salam...setakat yang saya tahu..
masa adik masih kecil dan anak saudara yg penah alami demam kuning ni..mak slalu bagi mnum susu kambing...tak pun air kelapa muda...
insyaAllah berkesan...tu je ilmu yg ada mmndangkn sy blm lg berumahtangga..
hrp mmbantu..
syafakillah utk Mukhlisah

Anonymous,  February 6, 2012 at 1:39 PM  

salam, elok bawa ke hospital utnuk diletakkan bawah cahaya lampu.. bahaya kalau tinggi & lama sangat bilirubin dalam darah.. boleh effect brain.

cepat2 bawa ke hospital, everyday nanti dia akan check level bilirubin dalam blood.

syafakillah mukhlisah :)

Anonymous,  February 6, 2012 at 4:57 PM  

anak akak pernah juga kena penyakit kuning ni...ada juga cuba ubat herba cina untuk dimandikan...last sekali kami ambil petua mandikan dengan nila (warna biru-yang digunakan untuk cuci baju sekolah supaya putih tu)... AlhamduLILLAH....cubalah insyaALLAH.

Rintihan HambaMu February 6, 2012 at 9:08 PM  

Salam..
ana penah tgk sepupu ana diberi minum dengan air sengkuang cina yang telah ditumbuk atau blender..
diperah & ambik air jer..
diberi minum kpd bayi tersebut..
kemudian, tok ana ckp elakkan baby tersebut dr memandang warna2 kuning..misalnya..bju..cadar..langsir..law blh..tukarkan dgn warna lain..
alhmdulillah..sepupu ana beransur pulih..
moga membantu..Allah yg menyembuhkan semua penyakit..kita hnya mmpu ikhtiar..
syafakillah buat mukhlisah..
wallahualam.

SINCERE SERVANT February 6, 2012 at 10:41 PM  

Abang.. sayang saaayyaang abang kerana ALLAH!!

-mode: terharu-

rahsiahati February 7, 2012 at 12:29 AM  

Assalamualaikum,
ank2 saudara sy rata2 masa baby mmg kena demam kuning ni jgk..
petua yg arwah mak pernah buat, bagi kena cahaya matahari dekat baby seawal pagi (matahari sebelum pukul 8pg)
alhamdulillah, berkesan dgn izin-NYA.

BroHamzah February 7, 2012 at 6:25 PM  

Cahaya Petunjuk & JARI

Alhamdulillah, semoga bermanfaat.
Syukran atas panduan yang diberikan.

BroHamzah

BroHamzah February 8, 2012 at 7:07 PM  

Anonymous & Siti Noor

Terima kasih atas panduan yang diberikan. Saya sudah mencuba herba cina. Sebagai ikhtiyar. InsyaAllah.

BroHamzah

BroHamzah February 8, 2012 at 7:08 PM  

Srikandi Permata,

Alhamdulillah, kini saya sedang usahakan cara ini sebagai ikhityar. Doakan.

BroHamzah

BroHamzah February 8, 2012 at 7:10 PM  

Sincere Servant

" Abang.."

BroHamzah

BroHamzah February 8, 2012 at 7:13 PM  

Kasturi Jiwa

Alhamdulillah, terima kasih atas cadangannya. Alhamdulillah, petua yang sentiasa diusahakan walaupun ada kekangannya.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP