Soleh dan solehah itu
suatu pilihan ?
Bismillah, dengan nama Allah SWT catatan ini dikongsikan.
“ Abang, kenapa saya ada satu perasaan sebegini..”
Suatu hari, kami bersembang-sembang setelah lama tidak bersua muka. Ketentuan Allah SWT mempertemukan kami.
“ Kenapa? Ada apa-apa yang tidak kena ke?,” Soal saya.
“ Entah la, saya sebenar rasa malu kalau dikatakan sebagai orang yang baik atau soleh,” Jujur bicaranya. Tanpa selindung-selindung.
“ Maksudnya?,” Sedikit kemusykilan terpapar di wajah saya.
“ Saya rasa,- segan dan sangat-sangat serba tidak kena bila orang labelkan sebagai budak baik, atau budak surau. Apatah lagi, budak soleh. Saya rasa tebal muka dan rasa tak suka disebut begitu,” Katanya lagi.
“ Saya rasa lebih baik, saya ini dikenal sebagai orang biasa-biasa sahaja. Rilek dan cool sahaja. No label-label atau apa-apa yang sewaktu dengannya,” Bicaranya diluaskan lagi.
Terdiam saya.
“ Semoga Allah SWT merahmati kamu wahai sahabatku.”
-----------------------------------------------------
Wahai sahabatku, kita ini bukan siapa-siapa. Kita bukan para sahabat nabi, bukan golongan alim ulamak dan bukan juga tergolong dalam kumpulan mereka-mereka berjuang bermati-matian sehingga menempa nama sebagai para syuhada’.
Wahai sahabatku, jika itulah yang merungsingkan jiwamu. Ketahuilah, ada sesuatu yang ingin aku kongsikan denganmu. Ya, aku tidak dalil, hujjah mantop atau apa-apa untuk menjawab persoalanmu kerana aku sedar siapa aku. Aku insan kerdil.
Wahai sahabatku, renungilah kata-kata Ibnu ‘Ataillah ini :-
“ Jika anda ingin mengetahui kedudukanmu di sisi Allah, maka perhatikanlah di mana Dia menempatkanmu.”
Mereka-mereka yang Allah SWT kasih, sayang dan cinta -, mereka-mereka ini mendapat tempat yang istimewa di sisi-Nya. Dan, antara tanda, kayu ukur dan parameter ialah mereka sentiasa berada dalam amal soleh,mencintai kebaikan dan suka mengerjakan kebajikan. Mereka hidup bahagia, tenteram dan nyaman dengan amalan-amalan itu.
Generasi awal dahulu, mereka digelar salafusoleh. ( Orang yang terdahulu yang soleh). Para sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin mereka terkenal dengan kesolehan, kewarakan dan kezuhudan.
Para alim ulamak, cendiakawan Islam dan ilmuwan mereka tersohor dengan jolokan sheikh, al-huffaz , al-hafiz dan sebagainya. Ia menggambarkan suatu gelaran yang baik-baik.
Begitu juga, dengan para pejuang agama Allah SWT – mereka dipilih oleh Allah SWT untuk mendapat panggilan dan gelaran yang memuliakan mereka.
Mereka hidup dengan kemuliaan kerana amal-amal soleh, kebaikan dan kebajikan yang mereka kerjakan sehingga, Ibnu Abbas pernah berkata :
“ Sesungguhnya kebaikan itu penyebab wajah bercahaya, hati bersinar, rezeki dilapangkan dan dicintai oleh semua makhluk. Sesungguhnya pula kemaksiatan penyebab wajah hitam, hati gelap gulita, rezeki sempit dan dibenci oleh semua makhluk.”
Lama saya merenungi hal ini, sudah ramai yang berkongsi hal ini dengan saya. Sama ada, tidak suka dipanggil insan baik, budak soleh, budak sekolah agama dan sebagainya. – mereka merasakan ada alergik dengan hal ini.
Catatan Seorang Hamba
(1) Sungguh, saya temui bukan seorang atau dua yang berkongsi hal ini dengan saya. Sudah ramai. Terfikir saya, adakah ini juga boleh dikatakan suatu fenomena atau bagaimana? Malu dipanggil soleh atau solehah , dilihat sebagai budak baik – hanya suatu perkara yang kelihatan kecil dan remeh temeh. Namun, adakah ia boleh memberikan suatu gambaran terhadap keadaan jiwa dan hati seseorang? Saya berfikir lama.
Secara fitrahnya, manusia ini berhajatkan kebaikan. Jiwanya sangat-sangat sukakan kebenaran. Justeru, kesolehan dan kebaikan itu sangat-sangat dekat dengan jiwa manusia.
(2) Saya masih mencari jawapan tentang hal ini. Pernahkah anda merasai sedemikian?
BroHamzah
Kota Bharu, Kelantan
Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Menarik tajuk ini..! Mengapa agaknya? Mungkinkah title "budak baik, budak surau & yg sewaktu dngnnye dirasakan agak berat dipikul oleh muda-mudi masakini..? Mungkin juga dipengaruhi faktor pandangan masyarakat sekeliling yg menganggap bahawa mereka ini terlalu sempurna..hinggakan jikalau berlaku khilaf.. bdak2 baik akan diperlekehkan.Adakah budak baik tertekan dgn pemikiran masyarakat sekeliling ? walaupun budak baik dekat dgn surau, Budak baik tetap manusia biasa yg x boleh lari dr kesilapan.. sekadar pndapat.Wallahu'alam.
assalamualaikum. saya salah seorang yang berhadapan dengan situasi di atas.. sekadar berkongsi rasa, kalau dapat membantu bro cr jwpn..
saya kurang selesa dipanggil 'ustazah' dsb kerana rasa ada satu expectation yang terlalu tinggi untuk saya pikul.. takut kalau buat salah , saya akan mencemarkan kalimah 'ustazah' tu sndiri. wallahua'lam
mungkin juga gelaran yang di cop terlalu tinggi nilainya dengan kualiti diri sendiri. sehingga terasa malu, kerana hakikatnya diri tidaklah sebagaimana yang diperkata...
wallahua'lam~
Assalamualaikum.
Saya juga antara salah seorang yang merasakan hal yang sama. Saya tak selesa dipanggil budak baik atau ustazah kerana merasakan diri belum cukup layak dan sempurna untuk gelaran sedemikian. Sebagai manusia, saya sering melakukan dosa dan kesilapan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.. (-_-)
A : aku tak nak pakai t-shirt labuh bukan apa,takut org ingat aku ni baik sgt la...
B : mana ada org jht masuk syurga..
Hamba Allah,
Syukran atas pandangan saudara/i.
Pandangan, nilaian yang kita hajati hanyalah pandangan Allah SWT. Itulah yang seharusnya kita lihat dan jadikan panduan dihadapan.
Justeru, soalnya bagaimanakah cara untuk kita operasikan ia dalam kehidupan kita?
BroHamzah
org malu dilabelkan bruk2...tetapi sahabat ni malu dilabelkan soleh...mulianya peribadinya... :))
Nurul
Syukran atas perkongsian saudara/i. Mungkin itu adalah dilemanya. Ramai pelajar agamawan kurang selesa dipanggil ustaz atau ustazah.
Alhamdulillah, sekali lagi syukran atas coretan dan pandangan.
BroHamzah
ash-mza
Mungkin juga apa yang saudara/i sebut itu ada pointnya. Syukran atas perkongsian.
BroHamzah
Anonymous
Saya terfikir, perlukah kita memiliki perasaan sedemikian atau bagaimana? Wallahu'alam. Semoga ALLAH SWT memandu kita kepada jalan-Nya yang lurus.
BroHamzah
masyaAllah post yang menarik & mengetuk pintu hati...
situasi yang sentiasa bermain2 di fikiran...
kadang2 kita takut utk dilabel sbg ustaz/org baik & sbg, kerana takut orang laen xnak dekat coz baik, & diorg takut segala yang diorg buat di kongdam / orang baik suka berceramah...
Dilema...
jemput lawat disini dan dapatkan barangan muslimah dan koleksi buku2 menarik dr ustaz riduan serta hadiah istimewa. semoga mendapat manfaatnya~ :)
http://e-storebasyirah.blogspot.com
Bismillah.
Oleh kerana kita hidup dikalangan manusia yang pelbagai, acapkali ini berlaku..
Posisi sudut pandangan saya. Marilah kita tengok ada baik buruknya. Baiknya mungkin pada awalnya kita digelar budak surau, ustaz or ustazah. Apa kata kita amin kan sahaja. Setiapnya ada la doa bukan? Kadang-kadang kita rasa seperti semua itu adalah perlian. Sebenarnya jauh di sudut hati orang yang memerli itu sangat berhajat untuk berubah menjadi lebih baik Cuma tiada siapa yang sudi membantu dan memimpin. Dan mungkin juga factor persekitaran itu sendiri.
Cuma bagi yang dikata itu, moga dijauhkan dari riak dan sombong merasakan diri sudah baik.
“Apabila mereka merasakan dirinya sudah cukup” [Al-Alaq - 96:7]
Tapi ini semua merupakan bonus buat kita. Bonus untuk kita bermujahadah untuk berusaha menjadi lebih baik. Soleh solehah.
Yakinlah,
“For those who believe and work righteous deeds, there will be Gardens of Bliss” [Luqman 31:8]
Penaklukan jiwa perlulah dengan adanya hubungan dengan Allah.. Dari hati lahirnya cahaya.
Sekian,
[Hanya seorang hamba]
Mutiara Wakafan,
Semoga kita teguh dengan jalan yang lurus.
InsyaAllah.
BroHamzah
Perantau Bumi Malaysia
Alhamdulillah, syukran atas perkongsiannya. Semoga kita tetap dan berusaha untuk sentiasa memelihara hubungan kita dengan Allah SWT.
BroHamzah
Post a Comment