Agar Mata Penamu Berbekas

Saturday, March 3, 2012

Benarkah - kita kehilangan sesuatu dalam
berkarya, berkongsi dan menulis?

Bismillah, saya mulakan tinta di teratak teduhan ini dengan nama :
Allah SWT- Rabbul ‘Alamin.

Berkarya, menukil, menulis dan bertinta – ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk dijelmakan dalam apa jua medium atau lakaran yang kita ada.

Namun, “ada” sesuatu yang lebih besar daripada itu yang harus dilihat ialah, apa yang kita tulis, lakarkan dan catatkan itu benar-benar berbekas, berpengaruh dan berkesan.

Dan – impak dan kesan yang lebih utama dan penting ialah tulisan kita itu memberikan “bekas” kepada diri kita sendiri. Itulah penulisan, perkongsian tinta, karya dan mata pena yang terbaik.

Ia menyentuh hati kita terlebih dahulu, dan menjadikan kitalah orang “pertama” yang tersedar, terbangkit dan termotivasi hasil daripada perkongsian kita melalui medium ini.

Itulah dilemma bagi mereka-mereka yang menjadikan penulisan ini sebagai medium perkongsian mereka dalamberkongsi ilmu, menasihati, memperingati dan menyebarkan kebaikan kepada sesiapa sahaja.

Boleh sahaja,- memperindahkan bahasa-bahasa puitis dalam setiap karya yang dihasilkan agar jiwa-jiwa sang pembaca tersentuh, tersentak dan sebagainya. Namun, yang menjadi musibah dan “malang” bagi sang penulis apabila hatinya sendiri kaku dan beku – bahkan tidak terkesan dengan apa yang dinukilkannya.

Memelihara kebersihan, kejernihan dan “keputihan” – hati, niat dan keikhlasan dalam beramal adalah perkara yang begitu sukar dalam kehidupan ini. Begitu juga dalam penulisan ini. – Apabila ada yang “mengangkat” , memuji, memuja, mengeji, menghina dan sebagainya – jiwa sendiri boleh berubah warnanya.

Apatah lagi, jiwa-jiwa yang menukilkan tinta daripada mata pena itu sendiri tidak beramal, bergerak melaksanakan dan begitu jauh untuk “menghayati” apa yang disarankannya itu. Inilah musibah buat sang pengkarya!

Ia mewar-warkan kebaikan dan kebenaran, namun dirinya sendiri jauh daripada hakikat kebenaran itu!

Ia mengheboh-hebohkan segala bentuk nasihat, tetap bicara nasihat itu - tidak melekat di dalam kehidupannya sendiri.

Ia mencegah segala rupa kemungkaran – dosa-dosa, maksiat-maksiat dan noda-noda, namun dirinya sendiri terus menerus tenggelam dalam perbuatan terkeji dan terkutuk itu.

Ia seperti pejuang yang bermati-matian menyatakan tiang kebenaran, tetapi dalam diam ia sedang meruntuhkan “asas-asas” kebenaran yang kononnya tertanam mendalam di jiwanya.

Dan – lebih memburukan jika ia melahirkan sifat kepura-puraan dan bentuk lakonan yang akan menghancurkan dirinya sendiri tanpa sedar!


Sentiasa Mengaudit Diri!

Sahabat pembaca, takutnya saya menyatakan hal ini. Kerana, sedar atau tidak – kita “sedang” menuju ke arah ini. Jika kita suka, gemar dan asyik memberikan nasihat, peringatan dan sebagainya – tetapi hati kita sendiri jauh daripada Allah SWT. Maka – goncangkan diri kita bahawa kita berada dalam keadaan yang sangat-sangat merbahaya!

Bahkan, dibimbangi – ia akan mengundang kemurkaan Allah SWT dan bencana yang akan merosakan masa depan akhirat kita. Kerana itu, murabbi saya sering mengulangi ayat ini. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca Al Kitab, tidakkah kamu berfikir? ”

(Al-Baqarah 2 : 44)

Saya membacanya berulang-ulang kali !

“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca Al Kitab, tidakkah kamu berfikir? ”

Sekali lagi, saya terus membaca untuk memahaminya.

“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri…”

Allah Allah Allah Allah Allah
Allah Allah Allah Allah
Allah Allah Allah
Allah Allah
Allah

Ya Allah, adakah kami begini ? Adakah kami ini tergolong dalam golongan-golongan sebegini? Sibuk dan terlalu sibuk menyeru dan mengajak manusia kepada Allah SWT – tetapi kami lalai dan alpa untuk mengajak diri sendiri untuk mendekati dan hampir dengan Allah SWT.

Ya Allah, lalainya kami.
Ya Allah, hinanya kami.
Ya Allah, kerdilnya kami.
Ya Allah!


Catatan Seorang Hamba

(1) Mudahan Allah SWT, sentiasa merahmati, meredhai dan memayungi kita dengan kasih sayang dan cinta-Nya kepada hamba-hambaNya. Itulah tujuan, matlamat dan target kita dalam kehidupan yang fana ini.

(2) Murabbi berpesan, - dalam keghairahan, keasyikan dan keseronokan kita menyebarkan dan menyampaikan kebenaran, nasihat dan peringatan – amatilah “kesan” dan pengaruh terhadap diri kita terlebih dahulu. Itu lebih prioriti dan aula. Di samping, kita menggerakan motto Mustafa Masyur ini, Islah Nafsaka Wad’u Ghairaka. ( Perbaikilah Dirimu, dan Ajaklah Orang Lain.)

(3) Kelalaian kita, kealpaan kita, kelemahan kita & kekerdilan kita ;- sering kali menjauhkan kita daripada Allah SWT. Jauh sejauh-jauhnya, sehingga hilangnya kemanisan, kelazatan dan kenikmatan dalam beramal soleh. Ketika ini, berhentilah sejenak dan soallah diri sejujurnya. Wahai diri, engkau begitu sibuk tentang soal, keadaan dan perihal orang lain, tetapi keadaan dirimu – engkau abaikan? Tidakkah itu petanda bahawa engkau telah kehilangan “sesuatu” dalam hidupmu?

---------------------------------------------------

Hilangnya : Kepekaan Jiwa, adalah musibah terbesar dalam kehidupan mukmin.

BroHamzah
Kampung Paya Batu, Jalan Long Yunus
Kota Bharu, Kelantan

7 comments:

Fathi Ridhuan March 3, 2012 at 8:48 AM  

syukran abg 'Ali ats prkongsian ini...
bnar apa yg dkatakn...
cuma, bagaimana jka prasaan ini mmbuatkn kita tdk mnjdi seorg pndkwah?
blehkh abg 'Ali brkongsi solusinya?...

Isyraf Imrani March 3, 2012 at 6:54 PM  

muhasabah untuk diri ini. astaghfirullah.

syeraho March 4, 2012 at 2:34 AM  

prkongsian yg menyentap hati.
bnda yg paling saya takuti apabila menulis, ialah saya tak mengamalkan apa yg saya tuli n nasihatkan. nauzubillah min zalik

brohamzh March 4, 2012 at 4:59 AM  

Fathi Ridhuan

Akhi, apabila kita memiliki kepekaan jiwa - ia akan mengelorakan lagi perasaan untuk berkongsi, menyebarkan kebaikan dan mengajak seramai mungkin orang untuk merasai kemanisan Islam ini.

Kerana itu, diri kita adalah orang yang pertama merasai apa yang kita serukan.

Sekiranya kita memperolehi fikrah yang jelas, kita semakin kuat dalam beramal soleh dan beribadah kepada-Nya. Wallahu'alam. Pandangan kerdil daripada ana.

BroHamzah

brohamzh March 4, 2012 at 5:01 AM  

Isyraf Imrani & syamilsynas

Alhamdulillah, sama-sama kita perhalusi hal ini.
Bergerak memelihara masa depan akhirat kita.

BroHamzah

brohamzh March 4, 2012 at 5:03 AM  

syeraho

Saranan saya, ialah kita berusaha dan beriktiyar untuk menulis untuk berkongsi, menggerakan ia dalam diri dan beramal dengannya - terus menerus menyebarkannya.

InsyaAllah,
BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP