Rahsia Seorang Anak

Sunday, May 6, 2012


" Matanya, Senyumannya, Gelak Tawanya & Tangisannya - 
mampu menjadi penawar."



Ada seorang bapa, setiap hari kerjanya dipejabat beraneka ragam cabanganya. Tiada siapa pun tahu apa pekerjaannya. Bahkan tiada siapa pun akan memahami apa jenis kerja buatnya itu. Tetapi, semua orang tahu dia amat-amat sibuk. Namun, di wajahnya tiada keserabutan yang terpamer di riak mukanya yang menyejukan  itu.

Ditanya, apakah rahsianya dia se”cool” itu.

“ Akhi, anta ada anak kan?,” Soalnya.

“ Alhamdulillah, ada,” Jawab sahabatnya.

“ Setiap kali pulang ke rumah, tataplah wajah anak anta tu sedalam-dalamnya. Berbicaralah dengannya dengan jiwa dan perasaan. InsyaAllah, anta akan tahu rahsianya.” Ujarnya.

Rahsia ini, sangat-sangat tinggi nilai kerahsiaanya. Bagi yang telah berumahtangga dan dikurniakan cahaya mata, adakah kalian telah menemui rahsianya?

BroHamzah
6 Mei 2012
Sedang berusaha mengorek dan membongkar rahsia itu.

2 comments:

~sEtAnGGi SyurGA~ aka NurHidayah Ali May 6, 2012 at 8:35 AM  

salam alaik..

smg dapat mengorek & membongkar rahsia itu.. & then jgn lupa kongsi kan kat teratak ustaz ni..
sy tunggu!

p/s~baby mukhlisah yg sgt comel..smg menjadi muslimah yg solehah...^_^

brohamzh May 9, 2012 at 6:33 PM  

Walaikumusalam,

Masih mencari lagi rahsia tersebut. Saya hendak rumuskannya bersama zaujati. Tetapi, tidak lagi istilah atau rumusan yang boleh disimpulkan.

InsyaAllah, mungkin di masa mendatang.
Dengan izin Allah.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP