Kolej Terbaik Dunia

Sunday, May 20, 2012


Layari : www.ktd.edu.my untuk lebih terperinci.

Kisah benar :


Saya punyai 3 orang adik yang belajar di Kolej Terbaik Dunia (KTD) ini. Alhamdulillah, tiga-tiga mereka mendapat anugerah dekan tiap-tiap semester. Dan, yang terpenting mereka terbina melalui program PESAT untuk menjadi hamba Allah SWT yang bertaqwa dan beriman.

Salah seorang daripada mereka, pernah dianugerahkan Anugerah Nilam (Terbaik Keseluruhan) untuk 2 semester berturut-turut. Apakah rahsianya? - Ia hanya terbongkar di Kolej Terbaik Dunia ini.

Slogan yang sentiasa meniti di bibir para pelajar KTD ialah : " Mengaji biar pandai, Perangai Biar Juruh, Hidup Biar Boleh Tumpang. Ia menjadi inspirasi untuk melakar kejayaan di masa mendatang. 

Justeru itu, bagi adik-adik, pelajar-pelajar dan bakal mahasiswa yang ingin "sesuatu" yang membakar semangat dan jiwa anda dalam mengukir kejayaan - saya syorkan KTD sebagai medan ilmu anda. Semoga kalian temui sesuatu di sini dengan izin Allah SWT.

Tahukah, kalian - ia bermula dengan sebuah kepercayaan dan keyakinan. Tanpanya, kejayaan itu amat kabur sekali. 

BroHamzah
20 Mei 2012
Tersenyum Melihat Kejayaan Adik-adikku. Tahniah & Syabas! Abang "tumpang" kegembiraan ini.


2 comments:

~ Pelaut Rabbani ~ May 22, 2012 at 5:31 AM  

Ana juga tumpang gembira abg ali.
Agak lama juga kiranya diri ini tidak bertegur sapa dengan pemilik blog brohamzah.

Apa khabar?

Moga abg ali dan keluarga terus brada di bawah lembayung rahmatNya. Amin. :)

Salam ukhwah dari bumi Jordan.

brohamzh May 22, 2012 at 8:24 AM  

Pelaut Rabbani

Alhamdulillah, syukran atas coretan. Semoga warga usrah Jordan ceria-ceria sentiasa dan dibawah lindungan Allah SWT hendaknya.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP