Murabbi Abu Munzir : " Anak-anak, usah biarkan dirimu mencintai dunia dan jangan biarkan sekali-kali hatimu terpaut kepada kemewahan dunia."
Bagi sesiapa yang mengenalinya, hidup bersama
setiap semangat juang dan ruh kekuatan jiwanya – pasti akan terkesan dan
berbekas pengaruhnya kepada diri.
Sudah sekian lama tidak bersua, bersama dan
berada di bawah dakapan didikannya. Terasa kerinduan dan kehangatan kian kuat
menyelubungi perasaan ini.
Kesungguhannya, kecekalannya, ketabahannya,
keistiqamahannya dan ketinggian himmahnya – sentiasa menjadi inspirasi buat
diri.
Mudahan murabbi terus berada dalam lindungan,
Inayah dan kasih sayang Allah SWT di mana sahaja beliau berada. Beliau adalah
murabbi yang banyak melorongkan, mendidik, mengasuh dan memberikan titipan
taujih kepada kami semua untuk sentiasa “membersih”kan diri agar pulang kepada
Allah SWT sebagai hamba Allah SWT yang benar-benar berjiwa hamba.
Antara kenikmatan, kelazatan dan keindahan
dalam tarbiyah ialah kita dikurniakan seorang murabbi yang begitu peka, sensitif
dan sentiasa cakna akan perkembangan tarbiyah diri ini. Benar, bukan mudah
untuk menjadi murabbi yang berjiwa halus. Ia bagaikan suatu anugerah dan
kurniaan Ilahi tetapi, kata murabbi – kita harus mendidik diri agar kita mampu
menjadi dai’ dan murabbi. Proses tarbiyah menuntut kita untuk meningkat, meningkat dan terus meningkat. Salah satunya, meningkat menjadi murabbi.
Kata murabbi yang sehingga kini terpahat kukuh
di minda dan jiwa ini :
“Murabbi yang baik, ialah murabbi yang mampu
mendidik anak didiknya lebih baik daripada dirinya!”
BroHamzah
2 Mei 2012
Terkenang Memori
Tarbiyah Bersama Sang Murabbi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
murabbi tu apa?
shahjiehan
Murabbi itu dalam bahasa Arab yang membawa maksud - pendidik.
BroHamzah
salam alaik..lama xmeninggalkan komentar di teratak maya ustaz..^_^..
pernah p dengaq ceramah murabbi ustaz ni..kat Uitm arau 2 thn lepas.. "Cinta Berlandaskan Syariat" tak silap gelarannya Pakcik Rusdikan?
smg terus & terus menulis dijalan Allah...InsyaAllah..
Setanggu Syurga
Walaikumusalam, Ya, namanya ialah Hj Rosdi Baharom. Semoga Allah merahmatinya.
BroHamzah
Allah....
sekarang beliau di mana ya?
sekadar bertanya...
-syumul
3uluwwuhimmah
Murabbi bercuti, 6 bulan.
BroHamzah
Post a Comment