Harapan Untukmu, Duhai Anak

Thursday, May 31, 2012



Dakapan Seorang Ayah


Di sebuah rumah yang sederhana. Kelihatan sebuah keluarga begitu bahagia sekali. Suami. Isteri dan anak kecil mereka.

“ Sayang, apa yang sayang harapkan untuk anak kita?,” Tanya si suami sambil mengusap kepala anak kecil mereka.

Si isteri memandang redup wajah anak mereka. Sungguh tenang dan cerah ceria rautnya. Matanya bulat, pipi sedikit tembam dan kulit cerah-cerah kuning. Tersenyum kecil si kecil itu.

“ Abang, bagi sayang,” Kata-katanya terhenti seketika.

“ Bagi sayang, cukuplah anak kita menjadi anak yang solehah dan hamba Allah SWT yang taat kepada-Nya. Tiada kenikmatan yang bernilai dan berharga daripada itu.”

Si suami mengangguk mendengar luahan hati buah hatinya.

“ Jadi, kita perlu buat sesuatu ke arah itu,” Sambungnya lagi.

“ Ya. Abang. Kita perlu banyak berdoa agar Allah SWT memilih dia sebagai hamba-Nya dan berusaha mendidiknya. Kita tidak akan pernah mampu menjadikan anak kita hamba Allah SWT yang taat, melainkan dengan izin Allah SWT. Sebagaimana Allah SWT memilih kita untuk menerima hidayah-Nya seperti itulah kita mengharap Allah SWT  akan memilih anak-anak kita juga,” Kata si isteri lagi.

Si suami terdiam. Jiwanya tersentuh mendengar bicara hati isterinya. Benar, Allah SWT yang memilih hamba-hambanya untuk diberikan sinar hidayah dan cahaya keimanan. Hatinya terusik lagi.

Anak mereka merenget dan tertawa-tawa kecil. Tergelak mereka melihat telatah anaknya itu. Menjerit-jerit sambil mengoyang-goyangkan tangannya meminta perhatian dan belas ihsan. Sungguh bersih dan suci anak ini. Beratnya amanah ini Ya Allah.

Catatan Seorang Hamba

(1) Setiap yang dianugerahi cahaya mata, pastinya menyimpan hasrat dan harapan yang menggunung untuk anak-anaknya mereka. Sejak kecil anak itu, dipasakan dengan cita-cita yang diimpikan oleh ibu bapa. Jika cita-cita itu hanya tersangkut dengan hal-hal dunia semata-mata, alangkah “seksa”nya anak itu kerana terpaksa menanggung bebanan sebuah paksaan dan kepalsuan.

(2) Ibu bapa dituntut oleh Islam untuk melaksanakan semua fasa-fasa proses pendidikan anak dengan ilmu, pengetahuan dan pengalaman berasaskan Al-Quran dan ajaran Rasulullah SAW. Antara yang melekat di hati saya ialah penerapan didikan Al-Quran secara penghayatan kepada anak-anak semenjak kecil. – Tidur Al-Quran, Makan Al-Quran, Minum Al-Quran, Main Al-Quran dan Belajar Al-Quran. Peliknya bunyi? Macamana itu?

(3) Hari ini, ingin saya kongsikan bahawa betapa pentingnya memilih calon isteri kita yang benar-benar boleh menjadi ibu kepada anak-anak kita. Serius. Sanga-sangat serius. Baru saya mengerti bahawa, antara aspek yang perlu dilihat ialah – seorang wanita yang “mampu” untuk menjadi ibu yang mendidik anak-anak dengan penuh ilmu, kasih sayang, dan keimanan. Sehingga ia punyai kesedaran untuk mendidik anak itu kerana Allah SWT. Bukan kerana mengikut trend, bukan kerana terpaksa, bukan kerana naluri keibuaan tetapi kerana mentaati perintah Allah SWT.

BroHamzah
31 Mei 2012
Belajar menjadi ayah dan belajar mendidik putri saya kerana Allah SWT. Suatu dimensi baru dalam hidup ini.

4 comments:

Anonymous,  May 31, 2012 at 8:17 AM  

bakal akahwat IKRAM....nati jangan lupa hantar sekolah Rendah and Sekolah Menengah Al-Amin, lagi bagus Sekolah Hira'(Sheikh Jumaah Amin puji sekolah nie) biar dia hidup untuk dakwah, bernikah dalam jalan dakwah dan dan menjadi murabbiah yang dengan tangannya hidup cinta Allah dalam hati mutarabbi2, sedikit usaha nie bagi saham kat anta nanti insyaAllah

Mohamad Fakhruddin Abdul Ghani May 31, 2012 at 9:25 AM  

Jazakallah khair Abg Ali.

Nak kongsi sikit, "Jangan didik anak sekadar bercita-cita menjadi doktor, tapi didiklah supaya mereka bercita-cita menjadi ahli syurga!"

BroHamzah May 31, 2012 at 3:29 PM  

Anonymous

Alhamdulillah, syukran atas coretan dan bingkisan peringatan. Benar, institusi pendidikan sangat penting kepada anak-anak. Ia memberikan elemen teras pendidikan agar tauhid dan keimanan tumbuh mekar dalam jiwa mereka. Sebagai ibu bapa, tugas kita ialah memastikan "proses" didikan berlaku pada setiap fasa-fasa pembesaran anak-anak. InsyaAllah, semoga anak-anak kita membesar dalam rahim dan suasana Islamik.

BroHamzah

BroHamzah May 31, 2012 at 3:31 PM  

Mohamad Fakhruddin Abdul Ghani

Syukran sheikh Udin.

Ya. " Bercita-cita Menjadi Ahli Syurga." Itu impian mukmin muslim. Ayuh, kita tanamkan di dalam jiwa kita & "anak-anak".

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP