"Meningkat" & Terus meningkat - suatu yang amat penting dalam proses tarbiyah diri.
Suasana
hari itu tenang sahaja. Sambil memerhati teman-teman bersandar dan berehat
menghirup udara pagi yang mendamaikan.
“
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana memilih saya untuk berada dalam
proses didikan ini,” Bicara bermula.
“
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, kepada Allah SWT lah selayaknya
pujian ini,” Kata seorang sahabat yang duduk bertentangan.
“
MasyaAllah, hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT telah membuka jalan yang
lurus dan benar ini buat saya. Jika dibandingkan saya dahulu dan sekarang,
masyaAllah jauh bezanya. Terima kasih abang kerana sudi membimbing dan bersabar
dengan karenah saya dulu. Kesian pula apabila terkenangkan peringkat awal dulu
bagaimana abang mula mendekati dan mendidik saya. Lucu pun ada,” Katanya sambil
tersengih-sengih.
“
Alhamdulillah, akhi. Ana tidak ada apa-apa pun. Kerdil saya dan itu pun
tanggungjawab ana. Cumanya, ana ingin kongsi-kongsikan dengan anta beberapa
perkara. Menurut Ibnu Jauzy, apabila kita memilih jalan keimanan ini bermakna
kita memilih ujian-ujian dan kesusahan. Jadi, akan terbentang pelbagai dugaan
dan cabaran di hadapan anta kelak,” Kata sahabatnya itu dengan lemah lembut.
“ Terima
kasih, abang kerana sentiasa memberikan titipan nasihat kepada saya. Tidak
jemu-jemu pula tu,” Sambungnya lagi.
“
Alhamdulillah, kekuatan daripada Allah SWT. Dialah yang mendorong dan
memberikan suatu perasaan dan kesedaran untuk kita saling lengkap-melengkapi.
Akhi, pagi ini ana nak sharing-sharing dengan anta tentang satu perkara
yang terpenting dalam proses tarbiyah. Sangat penting. Tidak boleh abaikan
perkara ini,” Kata sahabat karibnya itu.
“ Apa dia,
abang?,” Soalnya kehairanan.
“ Tentang
catalyst kepada proses tarbiyah,” Kata sahabatnya itu sambil memandang ke
matanya.
“ Apa tu?,”
Keningnya sedikit naik.
“ Catalyst
tu maksudnya pemangkin. Dalam erti dan makna yang lain ialah pencepat kepada
proses tarbiyah. Ada perkara-perkara yang akan membantu untuk kita “cepat” meningkat dalam proses tarbiyah ini. Ini berdasarkan nasihat-nasihat
ulama muktabar dan pengalaman beberapa orang sahabat abang.” Kata sahabat
sejatinya itu.
“ Err, maaf
abang. Nak tanya satu perkara. Muktabar tu apa?,” Segan-segan dia bertanya.
“ Oh,
afwan. Muktabar itu bermakna tersohor, terhormat atau terkenal. Ia adalah
berasal daripada bahasa Arab. Jadi, ulama' muktabar adalah ulama terhormat dengan keilmuan, akhlak dan kewarakan mereka,” Jelas sahabatnya itu.
“ OOoo..
lama dah saya dengar istilah muktabar, tetapi buat-buat tahu. Tetapi sebenarnya
tidak tahu. Malu bertanya.” Katanya tersipu-sipu malu.
“ Dalam,
tarbiyah ini jika kita tidak jelas dan tidak faham - segeralah bertanya tanpa
bertangguh. Bertanya itu bukan suatu keaiban. Malah, ia adalah jalan untuk kita
lebih cepat memahami,” Ulas sahabatnya itu dengan merendah diri.
“ Terima
kasih, abang,” Katanya lagi.
“ Begini,
antara pemangkin atau pencepat kepada proses tarbiyah kita ada beberapa
perkara. Hal ini jika kita ambil dengan serius, hadam dan terus laksanakan
insyaAllah – akan tinggalkan kesan yang besar kepada proses peningkatan kita,”
Kata “murabbi” nya itu.
“ Apakah
perkara itu,” Tanya dengan semangat untuk tahu.
Lalu,
sahabatnya itu memberikan secebis kertas yang di dalam terdapat tulisan tangan
yang kemas, cantik dan tersusun rapi.
------------------------------------------------------------------------------
Catalyst - Pemangkin & Pencepat
Proses Tarbiyah
Pertama, kehadiran jiwa, hati dan diri kita
dalam setiap program yang kita libatkan diri.
Kedua, tumpuan, fokus dan ulangkaji (semak)
bahan-bahan dalam halaqah, tazkirah, liqo’ dan ijtima’ yang kita lalui.
Ketiga, concertation dalam solat. ( Khusyuk dan
fokus dalam ibadah solat).
Keempat, bekerja memimpin satu persatu individu
melalui dakwah fardiah (DF).
Kelima, terus-menerus melakukan mua’lajah
al-Uyub. ( Merawat Keaiban)
“ Tarbiyah Fi Aidikum, Fi Aidikum
Faqad”
---------------------------------------------------------------------------------------------------
"
Cantiknya tulisan kertas ini, abang buat ka?,” Ujarnya sedikit teruja.
Sahabatnya
itu tersenyum.
“ Nanti
tolong huraikan point-point ini dalam pertemuan minggu kita. Banyak perkara
yang saya kurang jelas dan kalau boleh saya nak tanya banyak soal. Bolehkan
abang?,” Mintanya sambil memegang cebisan kertas itu.
“
InsyaAllah, boleh. Kita sama-sama kongsikan nanti.” Sahabatnya itu
mengangguk-angguk. Ternyata dia sangat senang dan tenang dengan ukhuwah ini.
BroHamzah
19 Mei 2012
Setiap detik dalam biah tarbiyah
punyai kemanisannya yang tersendiri.
4 comments:
alhmdulillah...
syukran abg 'Ali...kami mnnti huraian point2 d ats...agr tbiyyah yg kami lalui sntiasa segar...
prsoalan abg 'Ali...
dlm mniti kehidupan, trkadang kita akn diuji dgn plbagai ujian, shingga kita rebah trsungkur...shingga kdg2 kalah dgn hawa nfsu...
namun, itu adlh trbiyyah kn abg 'Ali...
apbila ingin bangkit, terasa diri seakan2 kosong, sperti prlu brmula dr awal...mengapa? dn adkh betul ia abg 'Ali?
tarbiyyah yg kita lalui, adkh prlu brmula dr awal? (dsbabkn trjatuh td)...
mohon pncerahan...
postingan2nya sangat bagus, menarik dan bermanfaat,,terus menulis,,karena dengan menulis kita bias mengembangkan imajinasi kita dan menjadikan kita lebih kretaif..serta kadang bisa menghibur orang lain.. ^_^
salam kenal
kalau berkenan silahkan mampir ke EPICENTRUM
folloback juga ya buat nambah temen sesama blooger,,tukeran link juga boleh,,makasih..^_^
Fathi Ridhuan
Semoga Allah kuatkan kita. Setiap individu mungkin berbeza dan berlainan jatuh bangun mereka.Mungkin hal ini, perlu kita tahu titik kuat dan lemah kita jelas.
Terpentinganya, kita terus bangkita apabila terjatuh atau tersungkur. InsyaAllah, kita akan meningkat lebih tinggi daripada sebelumnya dengan izin Allah.
BroHamzah
Rizki Pradana
Salam taaruf dan kenal kembali. Semoga setiap yang dikongsikan ada manfaatnya.
BroHamzah
Post a Comment