Bismillah.
Tekan pause button seketika, kita semak-semak kehidupan kita.
“ Hidup ini hanya ada dua pilihan :
Hidup sekadar bernafas atau hidup bagi mengukir
sejarah.”
------------------------------------------------
BUTANG PERTAMA
Abu
Sulaiman Ad-Darini pernah berkata :
“ Setiap
hari saya memperhatikan diri di hadapan cermin, apakah wajah saya berubah hitam
kerana dosa-dosa saya?.”
Para Nabi, Rasul & Ulama begitu peka dan sensitif tentang dosa-dosa mereka. Sangat-sangat serius. Kita, bagaimana ?
---------------------------------
BUTANG KEDUA
Imam Hassan
al-Basri, seorang tabiin memberikan satu taujih buat kita :
“
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik
dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana
aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu
hanya dapat menyampaikannya dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada
pendakwah (sang penyeru). Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi
peringatan.”
Jika masih ada suasana tegur-menegur , saling nasihat-menasihati dan memperingati tandanya kita masih punyai taman di jiwa. Kita menegur kerana kita sayang menyayangi. Justeru, sudikah kita memberi teguran dan menerima teguran dengan jiwa lapang dan terbuka?
-----------------------------------
BUTANG KETIGA
Fudhail bin
Iyadh, seorang yang warak lagi soleh berkata :
“
Barangsiapa yang inginkan teman (pasangan) yang sempurna, dia tidak akan
mempunyai teman (pasangan) sampai bila-bila.”
Ramai punyai hasrat jika boleh memiliki pasangan hidup kelas A - namun, bersediakah kita untuk menjadi pasangan yang punyai ciri-ciri kelas A?
-------------------------------
BUTANG KEEMPAT
Dr Aidh
Abdullah Al-Qarni, seorang ulama kini pernah menulis :
“ Generasi
muda yang tidak berminat membaca akan menjadi petaka
kepada bangsa dan negara.”
Kita adalah apa yang kita baca, hadam dan fahami. Jika, majalah picisan itu yang menjadi telaah kita - picisanlah kita jadinya.
-----------------------------------------
BUTANG KELIMA
Imam Ahmad
menyatakan bahawa :
“ Usaha
pembaikan umat kemudian mesti meneladani kaedah pembaikan ummat terdahulu.”
" Ummat terbaik adalah ummat yang menjadikan asas pembentukan generasi Al-Quran yang unik itu sebagai sandaran dan rujukan. Apakah sumber rujukan mereka - Al-Quran dan hanya Al-Quran."
BroHamzah
29 Mei 2012
Lihat Diri. Lihat Hati. Dan Lihat Nurani Sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
memikirkan keadaan diri yg sering alpa...
syukran mengingatkan broHamzah
Terbaik abang ali.
Membuat diri ini terfikir akan diri.
Jazakallah. :)
Post a Comment