Duhai adik-adik remajaku

Friday, November 4, 2011

Titipan doa dan munajat sentiasa ditadahkan buat kalian. Duhai adik-adik remajaku, tabahkan diri kalian dan teruskan usaha kalian mendidik diri untuk mendekati Allah SWT.


Bismillahirahmanirahim.
Catatan ini, buat kalian duhai adik-adik remajaku.
Semoga kalian berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

(1) Sepanjang berkongsi berkaitan persoalan cinta sama ada dalam bentuk tazkirah, ceramah, forum atau sembang-sembang personal – pastinya ia akan menjadi suatu perbincangan yang sangat-sangat menarik minat adik-adik remaja untuk mendekati dan menyelaminya. Sudah tentu, banyak persoalan yang akan ditanya, disoal dan diajukan dalam pelbagai bentuk situasi, keadaan dan bentuk.

“ Bolehkah kita pendamkan perasaan kita terhadap seseorang?,”
“ Bagaimana kita hendak kejar cinta Allah SWT?”
“ Mohon berikan langkah-langkah detail dalam membuang cinta nafsu?,”
“ Bagaimanakah cinta Rasul dan para sahabat?,”
“ Adakah suka dan cinta itu perasaan yang sama?,”
“ Berdosakan kita menyimpan perasaan kepada seseorang?,”
“ Jelaskan cara untuk atasi cinta yang haram?.”

(2) Menurut, Prof. Madya Dr Asmawati Desa – pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – antara perkara yang menjadi priority dan fokus remaja ketika meningkat usia matang mereka ialah, soal cinta. Justeru, cinta itu wujud dan hadir dalam kehidupan remaja. Ingin menyayangi, disayangi, dikasihi dan mengasihi – adalah fitrah semua insan termasuk remaja.

(3) Ramai adik-adik remaja, akan bertanya soal ini. Salahkah kami bercinta? Bagaimana perasaan cinta yang telah wujud dalam diri kami? Dan, pelbagai lagi soalannya. – Adik-adiku, masyaAllah Maha Suci Allah SWT yang menganugerahi dan mengurniakan perasaan ini kepada kalian. Sujud syukurlah kalian kepada-Nya. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

(4) Cinta itu suci, bersih dan jernih. Maka – uruskanlah perasaan ini dengan panduan dan jalan-jalan yang dicintai dan disukai oleh Allah SWT. Cinta adalah sebuah getaran rasa yang menandakan rasa suka, rasa ingin selalu dekat, rasa ingin sentiasa diperhatikan dan rasa ingin selalu bersama orang yang dicintainya. Soal cinta inilah, bagaimanakah kita mengurus perasaan ini. Apakah manual, panduan dan pedoman yang kita gunakan dalam mengurusnya? Itulah yang harus kita bincang-bincangkan. Itulah yang harus diketengahkan dan diwar-warkan kepada adik-adik remaja kita.

(5) Cinta yang ingin kita popularkan ialah cinta yang suci, dari seorang insan yang suci, tidak menginginkan agama dan kesuciaan dirinya serta peribadinya menjadi rosak disebabkan perasaan cinta itu. Dia juga tidak ingin hubungan antara dirinya dengan Allah SWT menjadi renggang, jauh dan semakin jauh lantaran cinta yang jijik dan kotor.

(6) Selain, itu ;- ketika saya mengendalikan sesi perkongsian bersama pelajar-pelajar SPM di sebuah sekolah di Kangar – majoriti mereka sangat-sangat takut dan gementar untuk menghadapi SPM yang dijadualkan akan mereka duduki pada minggu hadapan. – Tidak yakin, hilang fokus, malas, tidak bersemangat dan tidak rasa apa-apa untuk menempuhi medan peperiksaan ini.

“ Saya rasa sangat takut untuk hadapi SPM. Bantu saya?,”
“ Saya kabur, apakah hakikat kejayaan yang sebenarnya?,”
“ Mengapa saya susah hendak study?”
“ Saya malas dan malas. Ada ubat ka?,”
“Adakah saya sudah terlambat?,”
“ Saya ingin menjadi anak yang terbaik dalam keluarga. Tetapi, bagaimana hendak buat?”

(7) Ini juga adalah dilemma adik-adik remajaku saat ini ;- tiada matlamat hidup, tidak tahu untuk berpaut dengan cita-cita yang tinggi, hilang arah tujuan hidup dan kabur dalam kehidupan sendiri. Duhai, adik-adikku – renungilah diri kalian sedalam-dalamnya. Ada sesuatu yang perlu kita fikirkan.

(8) Entri, post dan artikel ini saya bukakan kepada sesiapa sahaja – untuk bertanyakan soalan, atau memberikan apa-apa pandangan, coretan dan kalam nasihat berkaitan adik-adik, anak-anak dan saudara-saudari remaja kita. Kita kongsikan titipan jiwa dan kata-kata jiwa kepada mereka. Buat adik-adik, jika kalian ada sesuatu yang bersarang diminda, persoalan yang bermain-main di fikiran dan terbuka di dada – maka tinggalkan jejak itu diruangan komentar dibawah. InsyaAllah, kita akan sama-sama berkongsi jawapan dengan para pengunjung yang ada.

(9) Akhirnya, Salam Aidil Adha saya – ucapkan kepada semua. Semoga ruh pengorbanan agar terus mengakar di dalam hati kita dan ia mampu dijelmakan dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.

BroHamzah
Bumi Indera Kayangan
Perlis Darus Sunnah.

21 comments:

Anonymous,  November 4, 2011 at 9:18 PM  

Salahkah jika seseorang jatuh hati pada ustaz?

Anonymous,  November 4, 2011 at 10:17 PM  

salam,bro hamzah.
1)macam mana nak hilangkan perasaan pada seseorang dan terus fokus mengejar pada cinta Ilahi?kerana rasanya pada usia 18,mcm terlalu awal dan masih banyak perkara yang perlu dicapai.

bangzai,  November 4, 2011 at 10:17 PM  

Duhai abangku,

"Bolehkah kita pendamkan perasaan kita terhadap seseorang?

brohamzh November 4, 2011 at 11:06 PM  

Anonymous

Perlukah persoalan itu dijawab?

BroHamzah

brohamzh November 4, 2011 at 11:19 PM  

Anonymous

Wassalam,

Buat saudara/i - pada usia inilah tembusilah hakikat matlamat kehidupan kita dengan benar-benar merenungi "mata hati" kita.

Carilah Cinta Ilahi - dengan melihat diri, alam ini dan hakikat hidup insan. Kita perlukan simbahan cahaya ilmu dan limpahan nur hidayah Ilahi. Justeru, mulakanlah pengembaraan hidupmu dengan "mencari" sesuatu dalam kehidupan.

Carilah Allah dalam kehidupan. Cintai, sayangi dan kasihi Ilahi dengan cara yang ditunjukan oleh sunnah Nabi. InsyaAllah.

BroHamzah

brohamzh November 4, 2011 at 11:27 PM  

Bangzai


Perasaan itu hadir tanpa kita sedari dan pinta. Justeru, berhati-hatilah dengan perasaan ini. Memendam perasaan, jika ianya adalah mainan yang boleh melalaikan, menjauhkan kita kepada ALlah SWT dan melekakan kita kepada hakikat ubudiyah.- Maka, hembuskanlah ia agar pergi sejauh-jauhnya. Jangan terpana dengan bisikan-bisikan yang merosakan.

Simpanlah perasaan itu kepada yang berhak. Jujurlah dengan diri kepada siapa yang seharusnya kita pendam dan nyatakan perasaan itu kelak.

Kerana, memendam perasaan itu kekadang sangat menyakitkan dan menyeksakan. Ia akan mengganggu kita, justeru uruslah perasaanmu dengan saluran-saluran yang syarie.

Afwan, semoga titipan ini berkongsi seadaanya.
BroHamzah

Anonymous,  November 4, 2011 at 11:51 PM  

salam,
bro hamzah.
moga Allah sentiasa meredhai anda.

kalau kita ada menyimpan perasaan terhadap seseorang yang baik dan kita rasa tak layak untuk dia,adakah dengan melupakan insan tersebut merupakan cara yang terbaik di samping pertingkatkan diri?

brohamzh November 5, 2011 at 12:30 AM  

Anonymous

Wassalam,

Cara terbaik adalah dengan berdoa dan menjadi. Doakan yang terbaik untuk kita dan dia. -Dan, berusahalah mempertingkatkan diri kita.

Dalam hal ini, kita utamakan hubungan kita dengan Allah SWT. Kuatkan hubungan kasih sayang dan cinta kita dengan Allah SWT. Dan - mohon agar cinta yang utama yang tumbuh dalam jiwa dan hati kita ;- cinta Ilahi.

Saudara, sekiranya kita diberikan pilihan untuk jatuh cinta dan membina cinta. Pilihlah untuk membina cinta, agar ia tumbuh dengan dasarnya ialah kerana Allah SWT.

Wallahu'alam
BroHamzah

Anonymous,  November 5, 2011 at 8:52 AM  

salam,

adakah salah sekiranya kita simpan perasaan pada seseorang,kita hendak kongsikan bersama sahabat?*tanpa pengetahuan orang tersebut*
atau lebih baik pendamkan sahaja?

::RnR:: November 5, 2011 at 9:43 PM  

Persoalan yang datang dari seorang sahabat:


"Baru-baru ni, dengar ceramah dari ustaz. Katanya, tak salah kalau kita confess dekat orang yang kita suka, provided that kita berhajat untuk bertunang dan berkahwin. Tetapi kalau kita berhajat ke arah itu, tetapi bukan dalam masa yang terdekat, adakah masih relevan untuk kita confess?

Dan untuk apa kita confess kalau perancangan untuk bertunang dan berkahwin bukan dalam masa terdekat? Adakah supaya orang itu tahu bahawa ada orang suka dia dan supaya dia boleh consider orang yang sukakan dia?

Mana yang lebih ikhlas dan baik : sama ada melalui orang tengah? Atau sendiri berhadapan? Atau FB msg sendiri?

Setuju tak kalau dikatakan bila dah bertunang, masing-masing rasa lebih bertanggungjawab untuk menjaga ikhtilat dengan kawan-kawan lain?"




begini bagaimana?

brohamzh November 6, 2011 at 4:09 AM  

Anonymous

Berkaitan soalan ini, ia seperti yg dinyatakan sebelumnya.

Perasaan itu hadir tanpa kita sedari dan pinta. Justeru, berhati-hatilah dengan perasaan ini. Memendam perasaan, jika ianya adalah mainan yang boleh melalaikan, menjauhkan kita kepada ALlah SWT dan melekakan kita kepada hakikat ubudiyah.- Maka, hembuskanlah ia agar pergi sejauh-jauhnya. Jangan terpana dengan bisikan-bisikan yang merosakan.

Simpanlah perasaan itu kepada yang berhak. Jujurlah dengan diri kepada siapa yang seharusnya kita pendam dan nyatakan perasaan itu kelak.

Kerana, memendam perasaan itu kekadang sangat menyakitkan dan menyeksakan. Ia akan mengganggu kita, justeru uruslah perasaanmu dengan saluran-saluran yang syarie.

brohamzh November 6, 2011 at 4:13 AM  

RnR


Membina rumahtangga muslim, pilihlah dan laksanakanlah melalui jalan-jalan yang bersih, berkah dan jernih.

Sekiranya, telah tiba saatnya melalui pertimbangan sewajarnya ;- memenuhi keperluan dan kemampuan serta telah bersedia ke arah itu maka dekatilah insan yang dihajati melalui orang tengah yang dipercayai dan dithiqahi.

Wallahu'alam
BroHamzah

Anonymous,  November 6, 2011 at 8:59 AM  

salam'alaik akhi..

ana ada musykila sedikit, bagaimana jika ramai muslimat yg ingin utk menikah di usia muda, lebih2 lg utk muslimat mnjaga maslahat dirinya, tetapi orang sekeliling memandang ia sbg sesuatu yg 'jelik'.Bagaimana mahu memberi pemahaman kepada masy sekeliling ap yg kita faham?

lg satu, Dr Fazilah Kamsah penh mengatakan jodoh tak datang bergolek. Jadi kita perlu cari jodoh tu menurut cara yg dibenarkan syarak. Bagaimana jika byk usaha spt mggunakan org tengah (ustz, ibu dn ayah) masih menemui jalan buntu? Doa dn istikharah itu perlu, tetapi perlukah usaha itu digandakan atau biarkan jodoh itu dtg sendiri?

soalan terakhir, persis 'agama' apakah yg disarankan Rasulullah dlm hadis dlm mncari psngn hidup? adakah org yg bertitle ustaz? atau org yg aktif dlm jemaah? atau orang awam tp mempunyai akhlak yg baik, lebih baik drpd dua gol. sblumnya? yg mana mjadi keutamaan?

brohamzh November 7, 2011 at 5:14 AM  

Anonymous

Walaikumusalam,

Pertama,Melaksanakan, takwin wa'yun Islami - iaitu, melalui penyebaran kesedaran Islam harus meletakan bahawa Islam sebagai penyelesai bagi seluruh permasalahan dan juga menjadikan Islam sebagai cara hidup. Proses ini harus dilaksanakan secara bertahap, terus menerus sehingga ia difahami, diyakini dan dihayati oleh masyarakat.

Kedua, Teruskan berdoa, istikarah dan laksanakan segala usaha-usaha yang syara yang akan mendekatkan kita kepada hal itu. Berdoa, berdoa dan teruskan berdoa. Pengharapan dan pergantungan kepada Allah SWT dibulatkan sepenuhnya. Hubungan jiwa dengannya dimantapkan dan letakan seluruh ketentuan kepada-Nya.

Ketiga, Deen itu, adalah insan yang "beragama". Yang menghayati ajaran Islam di dalam kehidupannya. Ia boleh sesiapa sahaja. Tanda-tandanya, ialah memahami tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT,memiliki akhlak yang mulia, memelihara hubungannya dengan Allah SWT dan sentiasa menjaga ketaqwaan di mana sahaja ia berada. InsyaAllah.

Hamba kerdil, berkongsi
BroHamzah

NooR AzLen BinTi HaRoN November 8, 2011 at 12:08 AM  

assalammualaikum

bgmana klu ssorg mmndm perasaan pd ssorg kmudian mlakukan istkharah..stlh istikharah trsebut,perolehi bbrp petanda drp mimpi..

ape pndgn akhi Ali??

Anonymous,  November 8, 2011 at 5:40 AM  

Saya rasa susah nak hapuskan sikap memendam perasaan terhadap org yg kita jatuh cinta..
Tapi saya jg taknak terlibat dgn percintaan yg dktkn diri dgn zina.. Apakah solution terbaik BroHamzah?

brohamzh November 8, 2011 at 6:02 AM  

Noor Azlen Bt Haron

Walaikumusalam, istikarah adalah jalan yang terbaik dalam melakukan pemilihan dalam kehidupan kita. Kita meletakan sesuatu itu kepada petunjuk daripada Allah SWT. Istikarah memanggil kebersamaan Allah SWT bersama dengan keputusan yang kita buat. Kita membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil istikarah itu - adalah dengan kebersamaan Allah SWT.

Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:

"Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah)."

Semoga Allah memimpin kita dalam setiap pemilihan yang kita lakukan dalam urusan dunia melalui istikarah ini.

BroHamzah

brohamzh November 8, 2011 at 6:15 AM  

Anonymous

Saudara/i, sememangnya - kita sukar untuk menghilangkan perasaan yang hadir. Malah, kekadangan ia hadir tanpa kita sedari walaupun kita tidak meminta dan berusaha menolaknya kerana faktor-faktor tertentu. Justeru apa yang perlu kita lakukan?

Ayuh sama-sama kita kuatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT. Banyakan masa kita dengan melaksanakan amalan-amalan soleh yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT :

1. Solat fardu yang disempurnakan sebaiknya.
2. Membaca, memahami, menghafal dan mengamalkan intipati Al-Quran
3. Zikir al-Mathurat setiap hari.
4. Membaca buku-buku yang akan menambahkan kefahaman kita terhadap Islam.
5. Mengisi masa dengan perkara yang akan menumbuhkan kecintaan kita terhadap Islam dan kehidupan yang baik.
6. Bergaul, beraktiviti dan bersahabat dengan indivisu soleh.

InsyaAllah - sebahagian perkara yang boleh kita gerakan dalam kehidupan. Hidupkan syiar kita dengan : " Sibukan diri dengan amalan ahli Syurga!.

BroHamzah

brohamzh November 8, 2011 at 6:24 AM  

guestFarhana

Alhamdulillah, terima kasih atas titipannya. Bagus persoalan tentang bagaimana hendak hadapi SPM. Saya kongsikan tip-tipnya yang saya ambil daripada pelbagai sumber, perkongsian dan pengalaman rakan-rakan saya yang telah berjaya. Sekadarnya.

1. Perkara yang terpenting, di saat yang genting ini ialah ;- keadaaan jiwa, fizikal, emosi dan minda kita. Ia harus berada dalam keadaan yang stabil, tenang dan mampu dikuasai.

2. Banyakan memelihara hubungan hati dengan Allah SWT. Inilah asasnya. Ramai yang terlepas pandang soal ini. Banyak solat secara berjemaah, membaca Al-Quran dan berzikir. Inilah rahsia ketenangan zaman berzaman.

3. Hindari dosa dan maksiat. Pelihara mata, lidah dan percakapan kita. Hati akan menjadi gelap, hitam dan kotor kerana maksiat kita. Kesannya, ilmu sukar untuk menembusi jiwa kita.

4. Mohon restu ibu bapa dan guru-guru yang mendidik kita. Santuni dan hormati mereka. Asas ini kian hilang di era moden ini.

5. Amalkan doa yang saya kongsikan baru-baru ini. Setiap pagi selepas bangun Subuh, ketika sebelum masuk exam dan ketika memjawab exam. InsyaAllah.

6. Banyakan berdoa kepada Allah SWT. Berdoa- dan berdoa sentiasa.

InsyaAllah, jika hajatkan lebih perkongsian saya boleh lakukan satu entri khusus berkaitannya. Mohon remindkan saya nanti sebelum minggu depan.

Wallahu'alam
BroHamzah

hamba Ilahi November 9, 2011 at 2:53 AM  

assalamualaikum ustaz,
saya lihat masalah cinta dikalangan remaja kini disebabkan bebasnya pergaulan.ikhtilat tidak lagi dijaga,

boleh lihat di alam maya sendiri, saya sebagai muslimah dalam keadaan keliru,

jika dialam nyata,
pergaulan dijaga dengan sebaik mungkin, pandangan ditundukkan nak berborak dengan kaum adam pun hanya sebatas urusan penting,
tetapi bila saya lihat keramahan antara muslimin dan muslimah di alam maya, saya jadi kaget, bolehkah?

bertanya soalan pada group2 agama tak mengapa saya rasa, tetapi komen2 yang diselitkan unsur2 gurauan mesra seperti tiada batas antara lelaki dan perempuan.
bolehkah sebenarnya ustaz?
saya cuba sedaya upaya menjaga ikhtilat di alam nyata mahupun maya insyaAllah.
cuma pabila menegur tentang penjagaan ikhtilat di alam maya, orang boleh kata kita ini terlalu extreme dan jumud.
jadi saya tak pasti, kerna saya bukanlah seorang pelajar agama,

moga ada kesempatan untuk ustaz mengulas dengan lebih terperinci tentang isu ikhtilat di alam maya.

bagi saya bukankah ia boleh dikatakn pembuka jalan kepada zina juga?sebab berbual mesra berbalas komen. satu budaya yang kurang sihat tetapi semakin membarah bagi pejuang2 Islam kini.
jika saya salah mohon dibetulkan ya ustaz, mungkin pandangan saya salah..

jazakallah ustaz~

brohamzh November 9, 2011 at 6:19 PM  

Hamba Ilahi

Alhamdulillah, perkongsian dan pandangan yang sangat baik dan bernas. Dan – saya setuju dengan apa yang dinyatakan oleh saudara.

Benar, banyak perkara yang tidak kita ingini berlaku disebabkan hal pergaulan bebas iaitu ikhtilat antara lelaki dan perempuan yang tidak dicermati, dijaga dan diperhalusi. Sms tanpa urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah bentuk-bentuk komunikasi dan juga urusan yang tidak sewajarnya berlaku.

Memetik pandangan daripada seorang ulama yang termuka dunia, Prof Dr. Yusof al-Qardawi :

“Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.”

Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”

(Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).

Berbalik kepada fasa ikhtilat dalam dunia online seperti facebook dan sebagainya. Harus kita sebagai mukmin mukminah, meletakan taqwa dan syara di hadapan dalam berinteraksi di alam maya ini. Urusan yang penting, perbincangan yang telus dan juga tidak ada percakapan-percakapan yang sia-sia dan nada “mesra” yang berlebihan itulah yang harus dititik beratkan.

Sebenarnya, kita sendiri akan merasai akan “ketidak senangan” hati dan jiwa apabila melakukan sesuatu urusan itu sama ada baik ataupun dosa. Segala perbuatan yang membawa kepada keseronokan nafsu dan hawa akan melalaikan kita dalam mentaati Allah SWT.
Justeru, benarlah apa yang saudara/ nyatakan berkaitan hubungan ikhtilat yang harus dipelihara sepanjang masa sama ada dunia offline mahupun online. InsyaAllah.

Hamba kerdil,
BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP