Sebuah Cebisan Kisah Nyata

Tuesday, July 13, 2010


Kemuliaan diri kita terserlah apabila kita dekat dan hampir dengan Allah SWT


Sebuah Cebisan Kisah Nyata
Oleh : BroHamzah

Alhamdulillah, kesyukuran terus dipanjatkan kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang dan ruang kepada kita semua pada hari ini untuk terus mengecapi kehidupan dunia dan menghirup udaranya yang segar dan nyaman.

Saya kini sedang membaca dan menghayati sebuah buku yang benar-benar menarik perhatian saya sejak mulai mendapat saranan daripada seorang teman agar membacanya. Buku kisah nyata yang ditulis oleh Dr Khalid Bin Abdul Aziz Al-Jubair, seorang doktor pakar dalam bidang pembedahan dan jantung dalam bukunya yang bertajuk : “ Kesaksian seorang doctor mensucikan hati melalui kisah-kisah nyata.” Pengalaman seorang doktor yang berhadapan dengan pelbagai pengalaman yang menyentuh hati dan menghidupkan jiwa agar sentiasa kembali kepada Allah SWT. Semoga salah satu kisah yang dikongsikan oleh beliau ini benar-benar menggamit perasaan dan membangkitkan ruh kita dalam mengejar keredhaan Allah SWT.

Suatu hari, ada seorang wanita yang mengalami masalah jantung yang dibawa kepada kami. Setibanya di ruang ICU , denyutan jantung wanita tersebut terhenti lalu kami melakukan terapi kejutan jantung dan dua minit kemudian wanita tersebut membuka matanya.

Ia memandang kea rah langit lalu mengangkat tangannya sambil melantunkan bacaan, “ Asyhadu allah ilaha illallah wa asyahadu anna Muhammad Rasulullah” – Aku bersaksi bahawa tiada Ilah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah.- Lalu denyutan jantungnya berhenti lagi.

Maka kami melakukan rawatan kecemasan seperti sebelumnya beberapa kali, namun kami tidak berjaya. Ternyata ajalnya telah menjemputnya, dan ia meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Semoga Allah merahmati wanita itu dan juga merahmati kita semua.

Saya keluar daripada wad ICU untuk menemui suaminya dan menyampaikan berita sedih ini kepadanya. Setelah mengucapkan ta’ziyah, saya menceritakan kejadian-kejadian aneh yang terjadi kepada isterinya sebelum meninggal dunia, lalu saya menanyakan tentang amal perbuatan Isterinya di masa hidupnya.

Lelaki tersebut berkata : “ Saudara tidak perlu kehairanan dengan apa yang saudara saksikan.”

Saya bertanya : “ Kenapa boleh berlaku begitu wahai saudaraku?”

Lalu Dia menjawab : “ Sejak aku menikahinya tiga puluh lima tahun yang lalu, ia tidak pernah meninggalkan solat malam kecuali kerana halangan syar’i.”

Semoga Ia berbahagia! Ia telah banyak mengingati Allah, maka Allah SWT mengingatinya untuk membaca syahadat diakhir hayatnya, dan ia pun menutup usianya dengan syahadah.

MasyaAllah.

Peringatan buat diri, lazimilah solat Tahajjud di sepertiga malam, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP