Membangkitkan Kelesuan

Wednesday, July 28, 2010

Ayuh! Bangkitkan semangat mu


Membangkitkan Kelesuan

Oleh : BroHamzah

Pernahkah anda dilanda kelesuan, kepenatan dan keletihan yang melemahkan jiwa.

Malah, ia melunturkan semangat yang membara dan berkobar-kobar.

Jika dahulunya, kehidupan ini dilalui dengan keazaman yang tinggi, dihiasi dengan ruh himmah yang bersemangat dan tekad yang tidak kenal penat dan lelah. Namun, kini ia semakin pudar dan luntur dibawa arus masa dan zaman.

Ujian diterima bertimpa-timpa. Mehnah, dugaan dan cabaran mengundang kedukaan dan kelemahan jiwa. Ketika itu, hati diselubungi kelesuan dan keletihan yang tiada kesudahan


“…mereka ditimpa dengan kemelaratan, penderitaan dan digoncang(dengan pelbagai cubaan)…” Surah Al-Baqarah ayat 214.


Persoalan yang bermain di minda

Ke mana perginya semangat itu? Kehilangan yang sangat memeritkan dan membuatkan kita tertanya-tanya, apakah yang sebenarnya telah berlaku kepada diri kita?

Terbayang dibenak fikiran, segala kisah-kisah lalu yang kita laluinya dengan kerja-kerja yang besar yang dilaksanakan dengan tekad kesungguhan yang menyeronokan dan membahagiakan.

Diri ini terus terpinga-pinga dengan keadaan diri. Kenapa ini boleh berlaku?

Semangatku, kenapa engkau lesu tidak bermaya?

Jiwaku, kemanakah dirimu yang sentiasa “besar” dengan cita-cita dan impian yang menggunung?

Kenapa, hal ini berlaku di saat, aku benar-benar memerlukan mu.?

Mencari Jawapan yang nyata

Wahai empunya diri, tahukah engkau bahawa semangat, tekad dan keazaman itu semakin pudar dari dirimu secara beransur-ansur. Ia hilang sedikit demi sedikit. Malah, puncanya bermula dari perkara yang engkau sendiri tidak sedari.

Wahai diri, kecekalan mu akan pudar jika dirimu jauh daripada RabbMu. Ia akan tersinar apabila hatimu tidak bersih sebersih fitrahmu.

Carilah dirimu, di dalam sanubari kecilmu tanpa memandang kepada sesiapa. Dirimu memerlukan kekuatan yang akan menguatkan hati dan tekadmu. Lihatlah hatimu itu sedalam-dalamnya. Ternyata akan ditemui jawapan yang selama ini engkau ternanti-nanti.

“Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Syurga ‘Adn. Itulah dia kemenangan yang besar.” ( Surah As-Saff ayat 12)

Pujilah hati dan hiburkanlah dengan kalam Ilahi.

Bangkitkan semangatmu dengan mengenal diri

Didiklah hati dengan menyakini janji Rabbi

Agar dirimu yang suram itu kembali berseri

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP