Jutawan Harta, Jutawan Pahala
Sunday, July 25, 2010
Jutawan Harta, Jutawan Pahala
Oleh : BroHamzah
Perjalanan kehidupan mereka adalah perjalanan hidup yang diwarnai dengan keimanan, kebenaran, keteguhan dan keyakinan kepada Allah SWT. Malah, jika kita membaca setiap kisah para sahabat Rasulullah SAW dengan penuh penghayatan dan mengharapkan cahaya hidayah daripadaNya nescaya membuatkan kita sebak dan menitiskan air mata. Kisah para sahabat penuh dengan ruh keimanan dan semangat melaksanakan setiap tuntutan tanpa beralasan.
Satu ciri sahabat yang sangat menonjol
Para sahabat seperti Abu Bakr As Siddiq, Abur Rahman Auf, Saidina Umar al-Khattab dan ramai lagi para sahabat sememangnya terkenal dengan sifat pemurah dan suka melaksanakan amalan sedeqah ini sebagai amalan kehidupan harian mereka. Kebanyakan para sahabat adalah adalah terdiri golongan yang berharta namun, banyak kekayaan dan kesenangan harta di salurkan kepada perjuangan menegakan deen Allah SWT.
Jutawan Harta, Jutawan Pahala
Mereka ini – para sahabat – adalah jutawan harta dan mereka juga mampu menjadikan diri mereka sebagai jutawan pahala dengan “menukarkan” harta mereka menjadi pahala. Bagaimana? Mereka membelanjakan harta di jalan Allah SWT, memberikan wang kepada golongan-golongan miskin, fakir dan susah dan sangat ringan tulang mereka membantu anak-anak yatim dengan memberi perlindungan dan kasih sayang.
Abu Bakar adalah seorang sahabat yang menginfaqkan seluruh hartanya di jalan Allah SWT dan memberikan seluruh umurnya demi mendapat keredhaan Allah SWT.
Uthman ib Affan, Zu An- Nuraini seorang sahabat yang selalu bersegera memenuhi seruan Allah SWT dan Rasulnya. Dia berinfaq demi Allah SWT. Dialah yang menyiapkan dan membekalkan tentera Jaisy al- Usrah. Dia juga membeli perigi dan kemudian mewakafkannya untuk kaum muslim.
Abdul Rahman Bin Auf antara salah seorang daripada 10 orang yang dijamin masuk ke dalam syurga. orang yang pernah menyedekahkan satu kalifah dagangnya untuk membiayai perjuangan di jalan Allah SWT. Dia menyumbangkan seluruh unta dan muatannya untuk mencari keredhaan Allah SWT. Malah, selalu menginfaq tanpa jemu dan bosan sebahagiaan keuntungan dan keberhasilan perniagaan untuk deen Allah SWT.
Begitulah sebahagian kisah para sahabat, dan ramai lagi kisah-kisah yang mengagumkan kita. Inilah kisah, bingkisan tauladan dan pedoman buat jiwa-jiwa yang beriman.
Motivasi Menjadi Jutawan Pahala
Saranan dan motivasi mereka untuk berlumba-lumba menjadi jutawan pahala ialah Al-Quran. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menganjurkan amalan berinfaq dan bersedeqah. Kita hayati firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah pada ayat 265 :
“ Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan?.”
( Al-Baqarah 2 : 265 )
Salah satu matlamat hidup mukmin ialah meraih taqwa di sisi Allah SWT. Dan antara sifat orang-orang yang bertaqwa ialah membelanjakan hartanya di jalan Allah SWT dan jalan yang benar.
“ Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke barat, tetapi kebajikan itu ialah (kebajikan) orang yang beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat-malaikat, kitab-kitab, dan nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, orang-orang yang dalam perjalanan (musafir), peminta-peminta, dan untuk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan salat dan menunaikan zakat, orang-orang yang menepati janji apabila berjanji, dan orang yang bersabar dalam kemelaratan, penderitaan, dan pada masa peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar, dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.”
( Al- Baqarah 2 : 177)
Visual 3 Dimensi Surau Baru KTD
Seruan berinfaq dan membelanjakan harta
Bertepatan dengan kehadiran Ramadhan Al – Mubarak, marilah sama-sama kita memulakan langkah proaktif untuk menjadi JUTAWAN PAHALA. Lihat peluang-peluang dan kesempatan yang ada disekeliling anda untuk meraih gelaran jutawan pahala.
Dr Abdullah Sudin selalu berpesan kepada saya dan staff KTD, :
“ Kita harus berusaha untuk “transfer”kan duit dan harta kita menjadi pahala yang akan menjadi bekalan pulang kita bertemu Allah SWT .”
Firman Allah SWT :
“ Dan belanjakanlah ( dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampa ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suautu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh?.”
( Al- Munafiqun : 10)
Cadangan Rekabentuk dan Pelan Surau baru KTD
Peluang untuk menjadi Jutawan Pahala
Saya ingin war-warkan satu peluang untuk anda menjadi jutawan pahala. InsyaAllah. Kolej Teknologi Darul Naim, kini sedang dalam usaha membina suraunya yang baru untuk kemudahan yang lebih baik dan selesa kepada para penghuninya. Justeru, KTD membuka ruang kepada saudara-saudari untuk menyumbang dana bagi Tabung Pembinaan Surau KTD dan kemudahan berkaitan. KTD menyakini bahawa pelaburan ini akan memberikan manfaat yang berpanjangan kepada penyumbang-penyumbang budiman. Sumbangan saudara – saudari boleh lah disalurkan melalui akaun
MAY BANK : EQ RESOURCES SDN BHD
5530 1010 1580
Sekiranya sumbangan menggunakan cek atas nama KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM ( dibelakang cek tulis sumbangan pembinaan surau KTD)
Penutup
InsyaAllah, semoga kita semua diberi peluang dan kesempatan untuk beramal dalam apa jua bentuk. Dan ayuh kita berusaha menjadi jutawan pahala yang dermawan dan budiman.
0 comments:
Post a Comment