Imam Muda Berjiwa Besar
Saturday, July 31, 2010
Imam Muda Berjiwa Besar
Oleh : BroHamzah
Mungkin tiada apa yang boleh saya nukilkan secara terperinci berkaitan dengan Program Imam Muda yang baru sahaja tamat pada Jumaat lepas. Setelah berlangsung hampir 3 bulan, Kemuncak Imam Muda yang diadakan secara gilang gemilang pada 2 hari lepas telah mengumumkan Imam Muda Asyraf sebagai Imam Muda terulung bagi tahun yang pertama ini. Tahniah buat Asyraf.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT.
Perjalanan Imam Muda Asyraf baru bermula dan kini beliau akan menggalas tanggungjawab dan amanah dalam memimpin masyarakat bukan sekadar sebagai seorang imam sahaja tetapi juga sebagai seorang dai yang akan terus menerus menyeru dan menyampaikan kebenaran kepada sesiapa sahaja.
Mengenali susuk tubuh insan yang bernama Asyraf Ridzuan bukanlah orang yang asing bagi saya, kerana saya pernah bersama-sama beliau menuntut ilmu sewaktu sekolah menengah di MATRI dan kami sama-sama satu universiti semasa belajar dahulu di Universiti Malaya. Cuma ingin saya nyatakan bahawa keberadaannya di tahap sekarang ialah hasil daripada satu proses yang sangat panjang dan lama.
Mengenali sahsiah, sifat peramahnya dan kebolehannya dalam menghafal Al-Quran bukanlah sesuatu magis yang berlaku secara tiba-tiba. Tetapi beliau telah melalui proses bermula daripada usia yang masih muda ketika kanak-kanak lagi. Ayah dan Ibunya, telah memulakan proses pendidikan Islamiyah kepada Asyraf bermula dengan menghidupan jiwanya dengan Al-Quran. Sejak daripada kecil, Asyraf dididik untuk membaca dan menghafal Al-Quran. Bagi saya inilah sebenarnya kekuatan Asyraf yang sebenar iaitu kekuatan Al-Quran yang hidup dalam hatinya.
Proses inilah yang akan melahirkan satu kekuatan keperibadian yang utuh dan membentuk pemikiran Islamik yang bersih dan benar. Dan bagi saya inilah yang menjadi persediaan awal yang kita perlu laksanakan dalam mendidik dan membentuk generasi pewaris yang bakal memimpin masa depan Negara. Negara Malaysia ini harus dipimpin oleh mereka-mereka yang mempunyai akhlak yang baik dan mempunyai kepimpinan yang menyerlah bagi menghadapi arus cabaran yang mendatang.
Gaya seorang Imam Muda dengan penyampaian yang sangat bertenaga
Semasa di MATRI, Asyraf merupakan salah seorang anak didik kesayangan Ustaz Abdul Hadi Osman. Setiap pagi selepas Subuh, selalunya beliau akan memimpin kami semua untuk membaca Al-Quran sebagai permulaan harian yang baru. Kelunakan suaranya dan kefasihan bacaannya selalu mendapat tempat dihati para juri hakim sekiranya beliau memasuki pertandingan hafazan. Inilah anugerah Allah SWT kepadanya.
Saya doakan agar akhi Asyraf akan terus melangkah dalam perjuangannya untuk mendidik ummah mengenali Al-Quran dan terus aktif dalam usaha-usaha dakwah kepada Allah SWT. Inilah tugas asasi yang terpikul kepada semua ummah Islam dan ia harus dilaksanakan secara bersepadu, bersungguh-sungguh dan tersusun.
Kepada Asyraf, sekali lagi Tahniah dan Syabas diucapkan!
Laksanakan amanah ini dengan keimanan yang benar, keikhlasan yang membulat kepadaNya dan kesungguhan yang tiada henti sehingga akhirnya.
5 comments:
asyraf ni lepasan matri ke? mcm mana ana bleh x tau ni. huhu..
dia batch nta ke abg ali?
faiz:lah,xkan xtau,dia abg pada akir...
Salam, Faiz. Ya satu batch dengan ana. Abang kepada Muzakkir.
salam,alhamdulillah.
sebagai batch pertama SPM Matri,
akak pun tumpang gembira dan bersyukur.
Ummu
Wassalam, alhamdulillah.
BroHamzah
Post a Comment