Hati menangis siapa yang tahu

Wednesday, July 28, 2010

Ia bukan sekadar sebuah tangisan air mata

Hati menangis siapa yang tahu

Nukilan puitis bermakna dari seorang sahabat. Mata pena jua mampu memberikan cetusan rasa dan perkongsian perasaan menusuk kalbu.

Ia merupakan sajak yang mendalam, bererti dan bermakna. Hanya mereka-mereka yang benar-benar memahami intinya akan menghayati sebuah kenikmatan dan kepuasan berada dalam sebuah ribath yang penuh dengan ruh perjuangan dan pengorbanan.

Sajak untuk Ibu

Ibu,
izinkanku terus di sini
kerana belum cukup berkongsi dan memberi

Ibu,
izinkanku terus beroda dua
kerana tubuh ini belum puas
belum puas, berhujan berpanas

Ibu,
izinkanku lewat meminang suri
kerana belum siap membina diri
belum elok akhlak pekerti
belum cukup duit wal money

Ibu,
izinkanku berpoket nipis
asalku tahu khidmatku laris

Ibu,
fitrahmu mahu yang terbaik untukku
yang sempurna dan selesa

ketahuilah ibu,
fahamilah ibu,
derita ini tiada apa-apa
sunyi ini tiada apa-apa
tiada lagi hai ibu,
yang sebaik ini untukku

Ibu,
jangan panggil aku pulang lagi
kerana medan ini,
RIBATH ini,
memerlukan aku
dan aku perlukannya!!!

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP