Usrah Cinta : Titik Terdekat Kita Dengan Allah SWT

Friday, April 6, 2012

Ada suatu saat, kita benar-benar hampir dan dekat dengan Allah SWT.
Carilah titik itu, agar kita terus menyayangi dan disayangi oleh Allah SWT.


Bismillah, perkongsian ini dilampirkan.

Malam itu, usrah cinta kami diteruskan seperti biasa. Walaupun, mata benar-benar berat bagaikan digamkan oleh sesuatu – kami sepakat meneruskannya. Saya mulakan dengan sebuah cerita.

Ada sebuah kisah. Tercatat utuh dalam sirah.

Seorang sahabat Rasulullah SAW, Rabiah bin Kaab namanya. Beliau berkongsi pengalaman ketika bermalam bersama junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW pada suatu malam.

“ Diwaktu malam, aku menghampiri Rasulullah SAW dengan menghantarkan air wudhu dan beberapa keperluan yang lain.”

Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepada ku dengan penuh lemah lembut :

“ Apa yang engkau cita-citakan, wahai Rabiah?,”

Rabiah membalas dengan penuh penghormatan :

“ Aku ingin menemanimu di Syurga!,”

Rasululllah SAW bertanya lagi :

“ Selain itu, wahai Rabiah?,”

Rabiah menjawab :

“ Sama sahaja Ya Rasulullah, aku hanya ingin menemanimu di Syurga.”

Rasulullah SAW dengan wajah yang tenang mengatakan :

“ Jika demikian, bantulah aku untuk mewujudkan apa yang engkau inginkan itu dengan memperbanyakan sujud.”

( Hadis Riwayat Muslim)

Ketika kami menyelusuri sirah ini, luluh hati dengan sentuhan perasaan yang mendalam. Banyak ibrah, pengajaran dan tauladan yang kami amati dalam sirah yang ringkas ini. Betapa mendalamnya, kecintaan seorang sahabat kepada baginda Rasulullah SAW, dan sesungguhnya cita-cita kehidupannya begitu konkrit pada dirinya.

Lalu, Rasulullah SAW memberikan panduan yang pada hakikatnya ianya, sangat berguna dan bermanfaat buat kita semua. – Ia itu melipat gandakan usaha untuk meletakan dahi kita ke tanah, dalam rangka sujud merendahkan diri di hadapan rabbi!

Sahabat pembaca yang budiman,

Sujud, adalah simbol ketundukan, ketaatan, pergantungan dan kepasrahan kita kepada Allah SWT.

Sujud itu, adalah tanda hancur leburnya semua benih keegooan, kesombongan dan keangkuhan yang tertanam dalam diri kita di hadapan kuasa Allah SWT.

Dan, sujud itu juga, ialah perakuaan bahawa kita adalah hamba yang kerdil, hina dan lemah!

Banyak bersujud, merupakan kehidupan dan amalan para Rasul, sahabat dan generasi salafusoleh. Mereka mencintainya dan gemar bersujud. Bahkan daripada sujud ini, mereka memperolehi kelazatan, kemanisan dan kenikmatan yang tiada taranya.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata : “ Bagiku dunia ini tiada mempunyai apa-apa nilai kecuali kerana tiga perkara :-

Pertama, di dunia aku boleh mengutip mutiara ilmu di dalam majlis ilmu .
Kedua, di dunia aku boleh meletakan dahiku ke tanah untuk sujud menyembah Allah SWT.
Dan, ketiga, di dunia ia bernilai kerana aku boleh berjihad di jalan Allah SWT.

Bahkan, Ali bin Abdullah bin Abbas, salah seorang tokoh generasi Tabi’in, mendapat gelaran dan jolokan sajjad kerana ia adalah orang yang sangat gemar melakukan sujud. Diriwayatkan, Ali Bin Abdullah Bin Abbas dalam satu hari mampu melakukan sujud lebih daripada 100 kali.

Allah SWT memerintahkan kepada makhluk yang paling dicintainya, Rasulullah SAW dalam firman-Nya : “ Wasjud Waqtarid”Dan sujudlah dan dekatlah kepada Allah SWT. ( Surah Al-Alaq : 19).

Maka, sujudlah dan mintalah kepada Allah, apa sahaja kebaikan yang kita inginkan. Kerana, ketika sujud, kita berada di titik terakhir yang paling hampir dan dekat dengan Allah SWT. Jelas, seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW :

“ Posisi seorang hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam posisi sujud.”

( Hadis Riwayat Muslim).

Sahabat pembaca yang dimuliakan,

Sujud syukur, sujud tilawah, atau sujud dalam solat – semuanya adalah kesempatan, peluang dan ruang untuk kita berada sangat dekat dengan Allah SWT. Kerana itu, bersegeralah untuk bersujud, jika kita hajatkan ketenangan , kebahagian dan ketenteraman.

Ketika kita terumbang ambing dengan tekanan kehidupan, terlentur dengan banyaknya ujian serta dugaan kehidupan dan kita ingin keluar daripada cengkaman kesulitan itu, maka bersujudlah.

Di saat kita terseret oleh kedahsyatan arus dunia yang menggila dan tenggelam serta terbawa oleh gelombang kesibukan dan gemerlapnya dunia – maka datanglah mendekat dan menghampir kepada Allah SWT dan sujudlah.

Ada waktu, kerinduan kita menguat kepada Allah SWT. Terasa dalam buah kecintaan kepada-Nya. Maka datanglah menghadap kepada Allah SWT, dan sujudlah kepada-Nya.

Namun, lidah kita sering beralasan :

Keletihan, kelelahan dan kepenatan dalam mengejar dunia, selalu menjadi kita manusia yang menjuarai pentas tipu daya dunia. Kita bergerak bagaikan robot yang diprogram untuk “sibuk”, “sibuk” dan “sibuk” dengan keindahan dunia.

Kesibukan, kekalutan dan keterikatan dengan rutin kerja harian, sering menjauhkan kita daripada Allah SWT. Lalu, amalan-amalan yang dilakukan hanya menjadi bebanan yang memberatkan. Justeru, tanyalah diri kita – dimanakah Allah SWT di dalam hati kita?

Jika kita hamba yang jujur dan sejati, carilah jawapan dalam sujud kita. Melatih diri dengan memperuntukan masa untuk merendahkan diri menyentuh tanah di dahi – adalah suatu amalan yang akan merawat segala kemelut jiwa yang kita alami selama ini.

Hancurkanlah sekecil mana pun kesombongan kita di hadapan-Nya. Hempaskanlah semua kebanggaan yang melekat di dinding-dinding hati kita.

Rasailah keadaaan hampa, pasrah dan penuh berserah sepenuhnya dalam detik demi detik di titik sujud yang kita lakukan. Benamkanlah seluruh perhatian dan pemikiran pada suasana khusyu’, tunduk, taat, patuh, hanya kepada Allah SWT.

Saudara dan sahabat pembaca sekalian, cubalah dengan sentiasa bersujud kepada-Nya, insya Allah kalian akan memperolehi sesuatu yang belum pernah kalian rasai dan alami.

----------------------------------------------------------

Nota : Bahan saya petik dan olah daripada buku yang dipinjam daripada murabbi saya yang bertajuk Mencari Mutiara di Dasar Hati, Catatan Perenungan Rohani tulisan Muhammad Nursani.

BroHamzah
6 April 2012
Bahan perkongsian Usrah Cinta bersama Zaujati
Diteratak teduhan tumpangan kami
Kampung Paya Batu, Kota Bharu
Kelantan Darulnaim.

10 comments:

Anonymous,  April 6, 2012 at 1:06 AM  

assalamu'alaikum abg 'Ali...

syukran ats prkongsian ini.
lama tdk mndgr bicara ttg 'sujud'...

abg 'Ali, apkh noktah bidayah kpd suatu prubhan diri? bgaimana hndk mulakannya? apkh alsn utk mlkuknnya? (tapak jika tdk kuat, maka ia mudah utk roboh kmbali)...mhon jawapnnya :)

wallahu a'alam...

BroHamzah April 6, 2012 at 7:04 AM  

Fathi Ridhuan

Walaikumusalam, alhamdulillah semoga ianya bermanfaat. Perkongsian ini mungkin biasa-biasa sahaja tetapi bagi kami sekeluarga ia sangat mengena dan mendalam saat ini.

Berbalik kepada soalan anta, insyaAllah - ana akan cuba usahakan berkongsi nanti. Doakan, semoga ianya bermanfaat buat kita semua.

Sekian,
BroHamzah

Anonymous,  April 7, 2012 at 12:02 AM  

Assalamualaikum wbt..
syukran atas pengisian yang benar2 berisi sehingga rasa terisi. rasa bersemangat.

sebut tentang semangat,saya teringatkan sebuah buku yang dikarang oleh Dr. Muhammad Ahmad Ismail Al-Muqaddim,bukunya bertajuk (kalau tak silap) Uluwwil Himmah. Saya berminat utk memiliki buku tu. Dah lama saya cari. anta adakan? Blh share tak kat mana saya boleh dapatkan buku tu,apa penerbitnya,siapa penterjemah. Kalau lah kat penang, ada tak?

Jasa baik tuan empunya buku utk berkongsi ilmu, saya ucapkan terima kasih.

Yang Mengharap,
Nafisa, Kedah.

BroHamzah April 7, 2012 at 6:14 PM  

Anonymous aka Nafisa

Walaikumusalam, semoga bermanfaat perkongsian yang tidak seberapa ini.

Ya, saya memiliki buku yang saudara/i nyatakan. Buku ini terbitkan oleh Robbani Press (Indonesia),diterjemah oleh Ahmad Sunarto. Saya tidak pasti ada di P.Pinang atau tidak. Namun, buku ini saya beli di Fajar Ilmu Baru Ent. ( Dulu dikenali dengan Perpustakaan Indonesia),Wisma Yakin, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Saya syorkan buku ini, kerana ianya sangat-sangat bermanfaat.InsyaAllah.

BroHamzah

Nafisa,  April 7, 2012 at 7:47 PM  

Jazakallahukhairan kathira saya ucapkan atas maklumat yang berguna itu. Saya akan cuba sedaya upaya mendapatkannya. Ramai yang recommend buku tu kerna kebagusan intinya yang mampu mengesani amal kita. Cuma, kalau boleh saya dapatkan mklumat tambahan lagi tentang buku tu..tajuknya masih uluwwul himmah atau juga diterjemah dlm bahasa melayu?kalau ya,apa tjuknya dlm bhs melayu.

Adalagi yng ingin saya tanya tentang buku.Minta maaf kerna byk bertanya. Kalau tak silap brohamzah ada koleksi rangkaian buku karangan syeikh Muhammad Ahmad Rasyid.AlMuntolaq,AlMasar,AlRaqaiq dan AlAwaiq.Adakah keempat-empat buku tersebut ada terjemahan dalam bahasa Melayu/Indonesia?Saya cuma ada AlMuntolaq (bahasa Malaysia) dan Awaiq (Bahasa Indonesia). Kalau ada terjemahan bagi buku yang lainnya, blh saya tahu di mana saya boleh dapatkannya, adakah di wisma yakin juga. Soalan lagi dari saya, brohamzah ada menulis dlm entri seblum ni iaitu buku Al-Masar(Khitab Dakwah)-apa maksud khitab dakwah?

Saya ucapkan berbyk2 terima kasih dgn bantuan brohamzah beri mklmt buku2 tersebut.Moga Allah ganjari dgn syurga..Amin..

Peminat buku
Nafisa,Kedah.

BroHamzah April 7, 2012 at 8:05 PM  

Nafisa

Syukran atas respon dan kecenderungan minat yang mendalam terhadap buku-buku sebegini. Berkaitan terjemahan bahasa Melayunya, kitab Uluwwul Himmah ialah Meraih Cita-cita dengan Semangat Membara. Warna buku ini ialah Oren.

Buku Muhammad Ahmad Rasyid, adalah buku-buku yang sangat berkualiti, dan mempunyai aura yang mampu menyentuh jiwa kita untuk bergerak. Kesemua siri buku beliau ada dijual di Wisma Yakin. InsyaAllah.

Al-Massar, - boleh juga difaham ertikan dengan "Garis Panduan." Tulisan yang tinggi mengenai dakwah di era keterbukaan.

Buku beliau yang benar-benar saya belek, baca dan hayati berulang-ulang ialah Al-Muntalaq. Kerana ia asas, dasar dan titik mula yang penting dalam gerak kerja dakwah.

Wallahu'alam. Mohon maaf atas keterbatasan info dan huraian.

BroHamzah

Anonymous,  April 7, 2012 at 11:16 PM  

syukran abg 'Ali...
mga Allah prmudhkn urusan nta sntiasa :)

lama x dgr kisah si kcil solehah 'Aliyah Mukhlisah... :) ...mga dia sihat2 sllu d smping kasih, sayang dn redha Allah, abi dn umminya...

~mnntinya prkongsian dari abg 'Ali... ^_^

Nafisa,  April 8, 2012 at 6:30 PM  

Baik, terima kasih.

BroHamzah April 8, 2012 at 7:29 PM  

Fathi Ridhuan

Syukran, alhamdulillah 'Aliyah Mukhlisah berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Semakin ceria dia sekarang ini. Sudah pandai respon, bercakap-cakap, senyum dan ketawa.

Untuk perkongsian itu,ana akan usahakan dengan kekangan waktu yang ada ini.

Syukran
BroHamzah

BroHamzah April 8, 2012 at 7:30 PM  

Nafisa

Alhamdulillah. Semoga ada manfaatnya.
BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP