Allah Sangat-Sangat Sayangkan Kita

Monday, April 16, 2012

" Allah SWT Menyayangi Hamba-Nya Melebihi Kasih Sayang Seorang Ibu
Terhadap Anaknya."



Bismillah. Bismillah. Bismillah.

“ Abang, banyakan perkara yang kita lalui sepanjang minggu ini,” Zaujati bersuara.

Saya berada bersebelahan dengannya, terdiam sejenak. Mengimbas beberapa perkara yang kami lalui bersama. Sesungguhnya, setiap perkara yang berlaku mempunyai ibrah, hikmah dan pengajaran buat hamba-hamba Allah SWT yang beriman.

Bermula jaulah kami ke Terengganu – menziarahi seorang sahabat saya yang dikesani menghidapi kancer di Kemaman, sehingga pulang ke Kelantan dan Allah SWT izin anak kami ditahan di wad untuk pembedahan kecil membuang nanah bisul di badannya. Semuannya, memberikan didikan yang berharga buat kami sekeluarga.

Saya terkedu ketika melihat sahabat saya, Mughirah menyambut kehadiran kami dengan wajah yang ceria. Pada awalnya, saya seolah-olah tidak mengenalinya. Berubah benar wajahnya. MasyaAllah. Namun, sahabat saya tabah dan gagah tekadnya. Beliau semangat berkongsi cerita tentang apa yang dilaluinya dan beliau redha dengan apa yang Allah SWT tetapkan kepadanya. Semoga Allah SWT kuatkannya.

Pengalaman kami di hospital, berkenalan dengan seorang kanak-kanak istimewa berusia 4 tahun - tidak boleh cakap dan jalan. Hanya boleh senyum dan menangis bagai seorang bayi. Allah SWT izin ibu jari kakinya terputus terkena rantai motor ayahnya. Namun, kami kagum melihat kesabaran dan kesungguhan ibu dan ayahnya berusaha meraih syurga dengan menjaga dia penuh kasih sayang dan perhatian.

Pengalaman zaujati di hospital, berkenalan dengan seorang bayi 7 bulan yang lahir tanpa kerongkong. Tidak boleh minum susu seperti bayi lain. Dia sentiasa menggunakan tiub untuk makan semenjak daripada hari pertama kelahiran. Kami kagum melihat ibu dan ayahnya yang sangat sabar dan tabah dengan ujian ALLAH itu.

Dan, pengalaman zaujati di hospital juga, berkenalan dengan seorang bayi 11 bulan yang lahir tanpa usus besar dan dubur. Dia terpaksa melalui pembedahan beberapa kali. Hospital sudah menjadi rumah keluarganya yang kedua. Kagum melihat ibunya yang sangat redha dengan keadaan anaknya sehinggakan masih boleh tersenyum ceria, dan berkongsi tazkirah dengan kita.

Subhanallah. Melihat diri dan anak kami yang diuji tidak seberapa, terasa angin keinsafan berhembus syahdu dalam hati. Sungguh ALLAH menguji hamba-hambaNya sesuai dengan tahap iman dan kemampuannya.

“ Itulah tarbiyah,” Ujar saya membuat kesimpulan.

“ Yang dinamakan tarbiyah atau tarbawi itu apabila semua perkara yang kita lalui mampu kita hubungkan dengan Allah SWT. Peristiwa itu menyentuh hati dan jiwa kita,” Tambah saya ketika dalam perjalanan pulang dari hospital.

“ Apa yang abang dapat daripada semua ini?,” Soal zaujati.

“ Satu sahaja, betapa sesungguhnya – Allah SWT sangat-sangat sayangkan kita semua. Kerana itu segala musibah, ujian dan dugaan hadir dalam kehidupan kita sebagai hamba-Nya.” Balas saya.

Ujian itu tarbiyah daripada Allah SWT.
Musibah itu juga didikan daripada Allah SWT.

Kesakitan, penderitaan, kepayahan dan segala bentuk ujian-ujian Allah SWT adalah jalan-jalan yang mampu mendekatkan kita kepada Allah SWT jika kita melihatnya dengan pandangan serta kaca mata keimanan.

Mak selalu mengingatkan kami :

“ Apabila Allah SWT berikan kesakitan kepada anak kecil kita, sebenarnya Allah SWT bukan hendak menguji anak kita tetapi Allah SWT ingin menguji keimanan, kesabaran dan sangka baik ayah dan ibunya.”

Perjalanan kami sebagai seorang abi dan ummi baru bermula. Anak kami ini baru 3 bulan. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari terutama daripada mak-mak dan abah kami. Kini, kekuatan, ketabahan, kesabaran dan kecekalan mereka membesarkan kami – menjadi inspirasi untuk membesar & mendidik anak kami ini.

Kami sentiasa belajar untuk respon dan bertindak balas dengan setiap ketentuan Allah SWT dengan jiwa dan hati yang dipenuhi dengan keredhaan dan kepasrahan kepada Allah SWT.

Kami masih belajar dan akan terus belajar. Dan, kami harus kuat kerana kami sentiasa yakin :- Allah SWT sangat-sangat sayangkan kami.

Abu Mukhlisah dan Ummu Mukhlisah
16 April 2012
Seusai discharge dari Wad Anggerik,
Hospital Raja Perempuan Fauziah,
Kota Bharu, Kelantan.

15 comments:

Qawiem Khairi April 16, 2012 at 8:50 AM  

Salam Abu Mukhlisah. Selamat menjadi Abu yang baik buat Mukhlisah. Suka dengan penyampaian sederhana macam ni.

Sebab secara tak langsung boleh juga belajar sikit-sikit tentang 'Abu'. ^^

yaqut hulaif April 16, 2012 at 12:37 PM  

Berbicara tentang kasih sayang, setiap hati pasti tersentuh, kita sayang di sini dunia, agar sayang juga sampai ke sana syurga. Syukran Abu Mukhlisah.

yaqut hulaif

BroHamzah April 16, 2012 at 9:03 PM  

Pelaut Rabbani

Wassalam, sekadarnya sahaja. Melihat orang lain menjadi Abi tidak sama dengan kita sendiri menjadi abi. Banyak yang dilihat, terselindung daripada pandangan mata. Kerana itu merasai sendiri lebih manis dan lazat.

Cepat-cepatlah menjadi Abu, ya Qawiem!

BroHamzah

BroHamzah April 16, 2012 at 9:05 PM  

yaqut hulaif

Alhamdulillah, ianya hadir daripada Allah SWT.
Semoga bermanfaat.

InsyaAllah.
BroHamzah

كمال خيري April 16, 2012 at 9:25 PM  

Tidak terkata,
tidak terbalas,
tidak terhitung,
betapa infinitinya pengorbanan ummi kepada anak2..
BarokAllahulaki.. T.T

BroHamzah April 16, 2012 at 9:41 PM  

Firdaus Salsabil


Itulah ummi kepada anak-anaknya.

BroHamzah

♥‿♥ Taufiq ♥ Sarah ♥‿♥ April 17, 2012 at 1:14 AM  

Perkongsian yang menyentuh hati saya, juga seorang ibu. Doakan ibu muda ini kuat & sabar melalui onak2 ujian di alam duniawi ini. Semoga Abu wa Ummu Mukhlisah juga turut tabah & sabar melalui titian demi titian ujian dari illahi. InsyaAllah. Amin.. :) Salam sayang buat bubu Mukhlisah. :)

BroHamzah April 17, 2012 at 3:25 AM  

Taufiq & Sarah

Semoga perkongsian ini menguatkan kita semua untuk melangkah menjadi ayah dan ibu.

BroHamzah

Pemimpi Tegar April 18, 2012 at 1:04 AM  

Salam ziarah.

Sang kura-kura itu berjaya kerana konsistennya dia dalam berjalan. Belajar dari kesungguhan sang kura-kura ! :D

BroHamzah April 18, 2012 at 1:09 AM  

Agunci

Wassalam.

Coretan yang simple, tetapi berbekas!
Syukran.

BroHamzah

musafir kehidupan April 18, 2012 at 7:00 AM  

Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada bro dan zaujati...Banyak kutip ibrah dari sini. MasyaAllah.

BroHamzah April 18, 2012 at 5:05 PM  

musafir kehidupan

Syukran atas titipannya. Semoga Allah SWT kurniakan kekuatan yang diredhai-Nya.

BroHamzah

ateyyyy April 19, 2012 at 9:23 AM  

setiap apa yang berlaku ujian dariNya.
nikmat kesenangan atau dugaan ujian.

Allah sayang hambaNya :)

BroHamzah April 19, 2012 at 9:33 PM  

ateyy

Syukran, semoga kita semua adalah hamba-Nya yang benar-benar taat & patuh!

BroHamzah

syhrmdzffr June 20, 2012 at 1:45 AM  

halusnya pena mengatur kata:')
subhanallah.
moga kasih sayang Allah melimpah ruah buat abu dan ummu mukhlisah.

doakan juga buat sahabat yang lain.
#attagabun-11,buat enta:)

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP