Menggilap setiap potensi yang ada. Untuk manfaat deen Islam.
Bismillah,
Sunnatulah alam ini ia mengalami perubahan dan akan terus
berubah. Begitu juga dengan kita sebagai manusia. Kita berubah dari suatu fasa
ke suatu fasa. Perubahan itu perlu dilalui. Jika tidak, kita akan mengalami
ketidaknormalan dalam kehidupan.
Tahun ini adalah tahun yang begitu mencabar
kewibawaan dan keupayaan diri saya. Kelihatan biasa-biasa sahaja. Tetapi,
banyak perubahan yang berlaku dalam hidup. Antara perkara yang mengubah saya :
Beralih fasa menjadi seorang ayah.
Perubahan bidang tugas dalam
kerjaya.
Perlu lebih giat berkongsi ilmu di
tempat kerja, kolej-kolej dan masjid.
Boleh dikatakan ia berlaku serentak. Ramai yang
menyatakan saya boleh lakukannya serentak. Saya cuba menerima dan gagahkan
diri. Melawan kelemahan, kekurangan dan ketidakupayaan diri. Namun, ada saat-saatnya : saya rebah
seketika.
Jatuh, saya
bangkit.
Terasa lemah,
pujuk diri.
Tidak tahu,
saya belajar.
Diuji, saya
kuatkan diri dengan bersabar.
Tersungkur,
terus tabahkan dengan solat & doa.
Dr Abdullah Sudin Ab Rahman, Tokoh yang disegani di bumi Serambi Makkah
Dan, semakin
meningkat usia – semakin banyak perkara yang saya pelajari. Namun, disebalik
ini hikmahnya saya semakin belajar pengalaman-pengalaman, santunan dan
ilmu-ilmu daripada syuyukh yang lebih berusia daripada saya.
Hari ini, semakin
banyak hikmah, himmah dan ibrah yang saya timba daripada seorang tokoh murabbi
– Dr Abdullah Sudin Ab Rahman. Bagi yang mengenali secara dekat, dia adalah
seorang yang berpandangan jauh, berwibawa dan punyai karismatik sebagai
pemimpin yang disegani.
“ Anta perlu cepat
membesar dan perlu cepat matang. Kena banyak belajar, belajar dan cepat
belajar. Tingkatkan potensi diri secara serius,” Itu nasihatnya saban waktu.
Melihat sendiri,
kesibukannya mengurus beberapa organisasi, memenuhi pelbagai tanggungjawab dan
amanah yang digalasnya, beliau tetap kuat dan bersabar dengan bermacam-macam
ujian dan cabaran yang timbul. Bagi
saya, bukan calang-calang orang yang mampu berbuat demikian. Tidak mengenal
kelelahan, kepenatan dan keletihan – beliau sentiasa optimis dengan kerja-kerja
yang beliau gerakan. Semoga Allah SWT rahmati beliau dalam setiap langkahan,
keputusan dan amanah yang dilaksanakannya.
Target saya semenjak
dulu ialah, sebelum berumur 30 tahun – saya hajat untuk bersama para tokoh
murabbi dan syuyukh selama yang boleh untuk mengutip mutiara hikmah mereka,
menyantuni kehidupan mereka serta belajar sebanyak boleh tentang “seni”
kehidupan yang tidak boleh dicari atau dibaca melalui mana-mana buku atau
karya-karya penulisan.
Kerana itu, masa muda
ini – saya peruntukan untuk “membina” kehidupan saya daripada “mengikut”
kehidupan yang ada. Ia kelihatan sukar, payah dan penuh cabaran. Tetapi, inilah
harga yang perlu dibayar agar saya cepat matang, dewasa dan berdikari.
Santai-santai
Sahaja
Hujung minggu ini,
saya bermusafir ke Kuala Kumpur. Ada
beberapa destinasi serta tugasan yang perlu disegerakan. Salah satunya ialah,
untuk mempertingkatkan potensi dan kemahiran yang ada dalam diri saya. Antara
kemanisan dan kelazatan dalam hidup ialah, saya mencabar diri untuk melakukan
suatu perkara yang tidak pernah terfikir untuk saya galasi dan lakukan. Saya
jadikan ia suatu cabaran buat diri!
Dan, seperti
tahun-tahun yang lepas saya tidak pernah melepaskan peluang berkunjung ke Pesta
Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Tahun ini, saya masih berniat yang sama.
Menghirup udara buku-buku yang sudah pasti membuatkan para pencinta buku teruja
seketika.
Di minda, terdapat
beberapa buah buku yang akan saya belikan. Walaupun, bajet tahun ini semakin
berkurang dan menurun – saya akan usahakan untuk mendapatkan diskaun dengan
kadar terbaik dan berbelanja dengan penuh hemah.
Zaujati selalu
mengusik : “ Bila lah buku abang nak ada di rak kedai buku atau pesta buku
ini?,”
Saya tersenyum.
Hendak berangan-angan, boleh. Nak bercita-cita pun boleh. Dalam hati, hanya
ingin berkongsi melalui dunia penulisan, jika medium cetakan buku juga mampu
merealisasi target audien insyaAllah - apa salahnya, meluaskan potensi ke arah
itu.
BroHamzah
26 April 2012
Bersiap Menempuh
Hujung Minggu Ini
Di Bandaraya Kota
Metropolitan – Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment