Kita Ikut Tarbiyah, Untuk Apa?

Thursday, April 12, 2012


" Tarbiyah bukanlah segala-galanya,
tetapi segala-galanya dapat diraih dengan tarbiyah."

( Sheikh Mustafa Mashyur)

Taman syurga kami mengharum lagi. Haruman semakin mewangi.

“Orang Mukmin itu sentiasa merindu suasana iman dan ukhuwah. Dan merekalah yang berusaha membinanya.”

Murabbi memulakan madah pertemuan kami malam itu. Sambil mengungkapkan kalam-kalam nasihat dan peringatan buat santapan rohani kami.

“ Ke mana sahaja, antum pergi dan berhijrah nanti – teruskanlah proses tarbiyah yang telah antum ikuti dan jalani ini. Teruskan menikmati kemanisannya dan sebarkanlah kepada orang lain.”

Aku terdiam seketika. Tiba-tiba, terkeluar dari lidahku suatu soalan secara spontan.

“ Murabbi, kenapa kita perlu lalui semua ini?,” Soalku.

Murabbi merendahkan dadanya, lalu ditegakan badannya semula. Tenang sahaja.

“ Akhi, kita ikuti tarbiyah, supaya Allah SWT sayang kepada kita!,” Ungkapannya meresap ke hatiku.

Aku berhenti seketika, berfikir panjang.
________________________________

Apa itu tarbiyah? Apa yang kita faham tentangnnya?
Atau, - kita sebenarnya masih di pinggaran proses tarbiyah?

BroHamzah
20 Jamadilawwal 1433
12 April 2012
Bersiap Melangkau Sempadan Kelantan – Terengganu.
Misi Ziarah Merapat Ukhuwah.

10 comments:

INTAN NADZIRAH April 12, 2012 at 1:47 AM  

salam ustaz.ana sangat mengharapkan ada sambungan atau jawapan bagi persoalan yang ustaz tinggalkan.
kdg2 ana pun tertanya.

Qawiem Khairi April 12, 2012 at 1:47 AM  

Mula mendapat kekuatan baru saat bertandang di Laman ini. Allah sebaik-baik balasan. Moga Allah bagi ganjaran yang baik kepada abg Ali sekeluarga. ^^

NooR AzLen BinTi HaRoN April 12, 2012 at 3:22 AM  

assalammualaikum

Baru kelmarin menghadiri Daurah..

Ustazah mengupas ttg tajuk "Tarbiah Islam Dan MAdrasah Hassan AL Banna" diambil drp buku karya Dr Yusuf Al-Qadrawi.

Dapat sy kongsikan ilmu yg diperolehi,antaranya

ciri-ciri tarbiyah Ikhwanul Muslimin

i)Rabbani
ii)Syamil
iii)Serasi dan tawazun
iv)positif dan membina
v)persaudaraan dan kesetiakawanan
vI)Beridentiti dan berdikari

~PAksi tarbiah adalah hati yang HIDUP iaitu tempat letaknya IMAN.

Sebab itu tarbiah IM bertujuan menghidupkan hati supaya tidak mati,memperbaikinya sehingga ia tidak rosak dan memperhalusinya sehingga ia tidak menjadi kasar dan keras.

Dan doa yang dikongsikn oleh Ustazah

"Ya ALLAH,lindungilah hatiku daripada hati yang tidak khusyuk"

Jazakallahu khairan

Khaulah~ April 12, 2012 at 11:53 PM  

Assalam akhi ali..Lama ana tak singgah
alhamdulillah, kutip semangat disini, bina kekuatan semula. may Allah bless..
blh copy?

Anonymous,  April 13, 2012 at 8:10 AM  
This comment has been removed by the author.
Anonymous,  April 13, 2012 at 8:12 AM  

asslmkm abg 'Ali...
mnnati smbungan post yg strusnya...

"kami ingin dicintaiNya..." ^_^
wallahu a'alam...
mga sbaik2 blsn Dia dberikn kpad abg 'Ali skluarga... ^^

ROBHUNHAYATI April 15, 2012 at 10:47 PM  

syukran untuk perkongsian yang bermanfaat.. Barakallahufik...
masih lagi dalam proses tarbiyah... mentarbiyah hati dan diri sendiri kerana ada 2 puteri yang perlukan tarbiyah dariku yang bergelar ibu....Wallahu'alam...

BroHamzah April 16, 2012 at 9:12 PM  

Intan Nadzirah

Wassalam, jawapannya insyaAllah akan diketemui sendiri dengan pembacaan, pengalaman dan kesabaran kita dalam melalui kehidupan.

InsyaAllah, saya akan berkongsi dari semasa ke semasa.

BroHamzah

BroHamzah April 16, 2012 at 9:40 PM  

Pelaut Rabbani

Perkongsian perasaan untuk kita rasai bahawa, kehidupan ini benar-benar bermakna dengan keimanan.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP