Saranan untuk menggerakan BERSIH 5.0

Tuesday, June 28, 2011


Hati kita. Bersih atau Kotor?

Setiap hari, hati kita terdedah kepada "kepanasan" udara jahiliyah (menghirup bau-bau dosa, maksiat dan noda) yang akan menyairkan serta melunturkan keimanan kita kepada Allah SWT.

" Bayangkan, keimanan kita luntur!"

Suasananya panas, membahang dan mendidihkan - jiwa kita yang asalnya disimbahi ketenangan, kebahagiaan dan ketenteraman ruh iman kian hilang keasliannya. Hati dipenuhi dengan kegelisahan, ketidaktentuan dan bebanan jiwa yang memberatkan. Terkena kemudaratan jahiliyah.

" Hati kian hitam, kotor, jijik, kaku dan semakin gersang!."

Pedulikah kita tentang hakikat BERSIH hati yang perlu diservis setiap hari? Bahkan, soal ini jarang sekali mendapat keutamaan dalam agenda seharian manusia. Betulkan kenyataan ini?

Tuntutan BERSIH HATI (BERSIH). Lima penawar hati ( 5.0) yang akan menjernihkan semula nurani anda. Ia akan mencahayakan kembali cahaya putih di dalam jiwa anda.

Jom BERSIH HATI dengan 5 penawar hati! Inilah dia BERSIH 5.0. Tuntutan yang perlu digerakan dalam kehidupan kita setiap hati. Ayuh, HATI anda mempunyai hak yang harus ditunaikan sesegera mungkin.

BERSIH 5.0

[1] Bersahabat dan bergaul dengan orang-orang yang soleh.

[2] Sentiasa membaca Al-Quran dengan tadabur, khusyuk dan mengingsafi.

[3] Memelihara perut daripada makanan yang HARAM

[4] Melakukan solat malam (tahajud)

[5] Selalu berzikir dan berdoa kepada Allah SWT

Lima penawar hati ini, merupakan saranan oleh Imam Abul Laith al-Samarqandi, di dalam Kitab Tanbihul Ghafilin.

Semoga ia bermanfaat untuk kita semua. Ayuh, kita gerakan BERSIH 5.0!

Pesanan ikhlas daripada penaja :

BERSIH 5.0 @ BroHamzah

20 comments:

Senyumlah Selapangnya June 28, 2011 at 10:31 PM  

Salam 'alaik

Alhamdulillah me"refresh " lagi tahzir(peringatan) tentang hati walau baru lepas berbncang mengenainya dalam halaqah.

Moga kempen BERSIH 5.0 smpai akhir hayat.

Jazakallah akh.minta copy artikel ini, mudahan manfaat buat semua.barakallah

~Setanggi Syurga~ June 28, 2011 at 10:35 PM  

salam ust. Ali..
Alhamdulillah..artikel yg bermanfaat..
teringat pula lagu opick "tombo hati ada 5 perkara"..~lalalalala...^^

ana pon minta copy ust...

BroHamzah June 28, 2011 at 11:15 PM  

Bintu Ariffin

Walaikumusalam,

Alhamdullillah, halaqah yang muntijah. Membincangkan soal jiwa dan hati sentiasa. Dipersilakan untuk manfaat bersama.

BroHamzah

BroHamzah June 28, 2011 at 11:16 PM  

Setanggi Syurga

Walaikumusalam, Dipersilakan untuk manfaat semua.InsyaAllah.

BroHamzah

Muhammad Imran Khairman June 29, 2011 at 12:19 AM  

Assalamualaikum..
pinta dishare di blog ana..
perkongsian yang bermanfaat :)
syukran

BroHamzah June 29, 2011 at 12:43 AM  

Muhammad Imran Khairman

Walaikumusalam, dipersilakan. Semoga bermanfaat.
BroHamzah

Hamba Tuhan June 29, 2011 at 2:26 AM  

Assalamualaikum.....
syukran, nice sharing.....
Bersihkan hati kita selagi masih ada masa

BroHamzah June 29, 2011 at 2:34 AM  

Hamba Tuhan

Walaikumusalam, masa dan peluang - ia hanya sekali sahaja. Itulah kehidupan di dunia. Kesempatan yang tidak wajar diabaikan.

BroHamzah

Anonymous,  June 29, 2011 at 3:31 AM  

Alhamdulillah

Salam akhi, nak kopi untuk blog JC IIUM...

helmi

Qawiem Khairi June 29, 2011 at 6:43 AM  

salam abg ali,
ana terbayangkan himpunan 'bersih yg akan dibuat nnt,
rupa2nya bersih lain yg dimaksudkn,
tp betullah,
ana ada rasa lain skit dgn artikel kali ni,
mungkin sbb penjelasan melalui gambr kot. (",)

Nazihah,  June 29, 2011 at 7:17 AM  

ya..tepat sekali!

BroHamzah June 29, 2011 at 4:56 PM  

Anonymous aka helmi

Akhi, dipersilakan untuk sebaran dan kebaikan.InsyaAllah.

BroHamzah

BroHamzah June 29, 2011 at 4:57 PM  

Pelaut Rabbani

Wassalam, mengubah sedikit style persembahan perkongsian. Mungkin dengan gambar, ia membawa seribu maksud yang mendalam. Wallahu'alam

BroHamzah

BroHamzah June 29, 2011 at 5:04 PM  

Nazihah

Alhamdulillah. Inilah panduan yang diberikan dalam deen Islam.

BroHamzah

Pemilik Sekeping HAti July 1, 2011 at 12:50 AM  

salam abang ali>>lama tak jenguk nta!bahtera penulisan nta dah terlalu jauh belayr...Kagum ana!terinspirasi ana...

BroHamzah July 1, 2011 at 12:55 AM  

Saleem Wahab

Wassalam, ana tiada apa. Cuma kongsikan kalam-kalam para ulamak yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis.

Ianya untuk peringatan buat ana.
BroHamzah

Unknown July 1, 2011 at 5:44 AM  

Subahanallah terjeda dengan penjelasan.
Penjelasan yang mantap.
BERSIH yang sebenar BERSIH 5.0

p/s: Tanggapan awal ana, ingatkan 5.0 refer kepada solat 5 waktu yang perlu dijaga rapi terutamanya solat secara berjemaah. :)

BroHamzah July 1, 2011 at 11:20 AM  

Zawir Amin

BERSIH utama, ialah bersih jiwa dan hati. Tempat bertapaknya keimanan, keyakinan, kepercayaan dan pergantungan kepada Allah SWT. Inilah yang harus diperjuangkan zaman berzaman.

BroHamzah

infinitsyifa July 17, 2011 at 11:14 PM  

assalam..
BERSIH yang ini wajib disokong..
syukran atas peringatan..
Ayuh bersihkan hati..
Mohon share.. :)

BroHamzah July 18, 2011 at 1:46 AM  

infinitsyifa

Wassalam, Dipersilakan.
Semoga bermanfaat.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP