Abah is my hero
Abah, itulah panggilan saya buatnya.
Seorang yang sederhana, simple, cekal, tabah dan penyayang. Caring, itu adalah watak utamanya.
Abah, memiliki 10 orang anak. 10 anak yang berbeza setiap perangai, karektar dan watak. Kecekalan, kesabaran dan ketabahannya sungguh luar biasa. Terutamanya melayan tuntutan anak-anaknya. Abah berasal daripada keluarga yang susah. Namun, jiwanya inginkan sesuatu yang terbaik dalam kehidupannya.
" Orang mulia," Itulah jolokan yang selalu diberikan oleh adik abah ( adik bongsu - saya panggil Mak Su) kepada abah. Bukan mulia apa. Mulia kerana sikap dan sifat keluhurannya dalam menyantuni manusia. Tidak suka bermusuhan dengan sesiapa.
Abah, akan saya jadikan kehidupannya sebagai contoh untuk diikuti terutama dalam soal mendidik, menasihati, mengurus dan menjalani kehidupan bekeluarga. Saya menghormati abah saya, kerana beliau hidup dalam jiwa dan hati saya.
Terima kasih abah kerana mencontohkan sesuatu bersifat manual dalam kehidupan berkeluarga. Memudahkan saya untuk mengurus rumah tangga sendiri. Abah adalah seorang yang berpegang kepada prinsip. Sifat inilah yang membuatkan saya mengaguminya sejak dahulu.
Kini, saya mulai merasai betapa perit, sukar dan getirnya abah memelihara, membesarkan, menyara dan menjaga kami 10 adik-beradik yang kenakalannya dan ke"buasan"nya di tahap superb!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
macam kenal ja pak cik nie?hoho...
tambah-tambah jadi anak sulong, waktu mereka tiada. berjauhan meninggalkan kita, baru terasa macam mana mereka menjaga keluarga..w'alam..
shairazi sharizan
Kenal? Pernah jumpa ka, akhi? ('',)
Nta pun anak sulong, harus tahu membimbing, menjaga dan mendidik adik-adik.
BroHamzah
Assalamualaikum wbt.
Perkongsian abang ali kali ini sangat best, ringkas dan bermakna.
Saya juga anak sulung dan seorang saja prmpuan daripada 5 beradik.
Bila berjauhan dengan mak dan abah memang terasa sangat =(
wafa zinnirah 92
Antara hikmah berjauhan, akan timbulnya bibit kerinduan dan kasih sayang kepada kedua orang tua. Kerana itu, antara perkara yang diajar dan diaturkan oleh abah saya ialah menghantar anak-anak belajar jauh daripada mereka. Disamping, memantau jarak jauh. (MJJ)
BroHamzah
Nice entri. :). Kasih ayah tiada tandingannya . Kita xkan dpt rasai kesusahan insan lain slagi kita blum pernah mlakukan perkara yg sma. Jadinya sama2lah hargai ibu bapa kita slgi mreka masih ada . ^^,
Siti Arfah
Benar, hormati dan sayangilah ayah, abah dan abi kita.
BroHamzah
Post a Comment