Walimatul Urus, meraikan pasangan pengantin baru.
Jaulah Walimatul Urus
Oleh : BroHamzah
Alhamdulillah, rasa benar-benar bersyukur kepada Allah SWT atas segala kurnia-Nya kepada saya. Terasa akan kekerdilan diri dan kedhaifan yang ada pada susuk diri ini. Allah SWT jualah yang Maha Kuasa dan Maha Kaya.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Minggu lepas, Allah SWT berikan kekuatan kepada saya (secara peribadi) untuk menghadiri kenduri walimatul urus sahabat-sahabat dan kenalan saya dan isteri. Sebenarnya, sebelum-belum ini saya begitu sukar untuk memenuhi jemputan dan undangan kenduri kerana menghadiri mesyuarat, jemputan berprogram dan sebagainya. Itulah kekangan yang ada, disamping tempat majlis undangan yang jauh. Namun, buat sekian kalinya – saya dapat meluangkan masa dan bertekad untuk menghadiri majlis kenduri sahabat-sahabat sepanjang cuti ini. Bagi – sahabat-sahabat yang lain, afwan kerana kelemahan diri ini.
Ahlan kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan, teman-teman dan para pembaca blog teduhan saya ini yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Bermula era baru dalam kehidupan anda. Ucapan saya :
“ Selamat pengantin baru dan semoga Allah rahmati dan berkati pembinaan baitul muslim anda semua.”
“Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.”
“ Welcome to our club, kelab orang-orang yang sudah berkahwin,” Bergurau seorang teman kepada sahabat saya yang baru selesai majlis akad nikah.
“ Apa perasaan?,” Soal saya.
“ Alhamdulillah, tenang sekali,” Jawab seorang sahabat yang baru selesai melafazkan akad nikah. Mendapat suatu amanah baru dalam kehidupannya.
Mendapat gelaran, pangkat dan panggilan baru. Gelaran “suami” yang hadir dengan suatu tanggungjawab dan bebanan amanah yang berat. Sebagai sorotan kembali, marilah sama-sama kita imbas semula satu perkongsian artikel saya di laman I Luv Islam.Com – Mudahnya menjadi seorang suami, sebagai renungan. InsyaAllah.
Ummu Atikah (sahabat baik isteri saya) dan suaminya, Harmizzi
2 Jun 2011
Pasir Tumbuh, Kelantan
Luqman Azizan dan zaujahnya, Fatimah Zanirah
4 Jun 2011
Tanjung Putus, Pulau Pinang
Imran Mazlan & Isterinya, Nur Shafiyyah Hasnan
4 Jun 2011
Sungai Petani, Kedah
Abang Hafiz Desa & Tasnim Ismail
5 Jun 2011
Kangar, Perlis
Ahmad Syaibani & Zaujahnya, Haslina
5 Jun 2011
Perak
( Saya tidak bersempat pergi, afwan Syai!)
Sekadar perkongsian buat semua, sama-sama bersiap sedia untuk mengharungi segala suka duka dan pahit manis kehidupan berumah tangga ini dengan keimanan, kesabaran, keteguhan, kepasrahan, kegembiraan dan kecekalan.
Teringat saya nasihat seorang murabbi saya :
“ Suami atau isteri adalah sumber pahala bagi kita, maka hargailah mereka disepanjang perjalanan kehidupan ini.”
Saya tertarik dengan nasihat muharikdaiee kepada pengantin dakwah. Katanya :
“ Perkahwinan adalah pembentukan satu synergy..”
Semoga Allah SWT menguat kita di atas landasan dan jalan deen Islam ini. Baitul Muslim yang dibina harus menjadi suatu sumber energi yang akan membekalkan tenaga yang berganda untuk kita terus melaksanakan ubudiyah kepada Allah SWT. InsyaAllah. Semoga Allah merahmati kita semua.
BroHamzah
Kota Bharu, Pengkalan Chepa
8 Jun 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
alhamdulillah...moga dapat melahirkan masyarakat muslim dgn adanya baitul muslim=)....akan terdidik jiwa2 fardhu muslim...
barakallahulakum!
masya ALLAH,nampak seronok sangat....soleh solehah..baitul muslim yang baru dibina moga ianya ke syurga...bercinta sampai syurga....
buat bro hamzah, masya ALLAH anda dan zaujah sngt cocok....comel zaujah brohamzah
jangan risau,saya ni muslimat:)
kagum dengn keindahan ciptaan ALLAH
salam abg ali,
tercari-cari juga ana gambar kak tikah dgn abg akmal.. (",)
albana T
Alhamdulillah, itulah asas dan impian dalam pembinaan Baitul Muslim.InsyaAllah
BroHamzah
A'si Abduh
Keindahan itu adalah ciptaan daripada Allah SWT.
BroHamzah
Pelaut Rabbani
Afwan, masa itu kami tidak bawa kamera.('',). Terlupa.
BroHamzah
Ok lepas ni jaulah ke johor plak :)
Blh bawa zaujah makan angin skali
Mohd Hafiz
InsyaAllah, mudahan ia menjadi kenyataan. Tunggu kad merah daripada anta sahaja.
BroHamzah
Post a Comment