Pantai yang sungguh indah lagi mempesonakan.
Cerna Minda : Nyatakan solusi anda.
Oleh : BroHamzah
Salam penuh himmah buat semua para pembaca, semoga kalian semua berada dalam rahmat dan payungan keredhaan Allah SWT.
Semoga terus bertenaga, bersemangat, berwajah cerah ceria, tersenyum dan bahagia jiwanya. Tempuhilah kehidupan ini dengan ruh kehidupan yang sebenarnya.
Alhamdulillah, sepanjang minggu ini adalah minggu yang sangat menenangkan dan mendamaikan. Saya bersama zaujati (isteri) ke persisiran pantai berpasir putih yang terbentang luas, pemandangan yang sangat indah dan ia membawa tafakur diri yang sangat mengesani hati saya.
Ketika, saya berada di tepian pantai yang jernih dan langit yang membiru. Saya teringatkan satu teka-teki atau persoalan yang memerlukan ketajaman akal, rasional dan hujjah yang dalam untuk menyelesaikannya.
Saya ingin berkongsi satu persoalan yang pernah diajukan kepada saya suatu masa dahulu. Sedikit pengubah suaian dengan suasana dan situasi yang lebih relevan. Semoga ada manfaatnya. InsyaAllah.
Peristiwa yang meragut banyak nyawa
Persoalan dan situasinya
Ini situasinya, bacalah dengan penuh perhatian.
Bayangkan pada suatu hari, anda telah menaiki sebuah kapal pelancongan menuju ke sebuah pulau yang sangat terkenal di Eropah. Namun dengan izin Allah SWT, kapal tersebut telah dilanda ribut taufan yang sangat dahsyat dan ia menyebabkan kapal tersebut terumbang ambing dan akhirnya pecah kerana dihentam gelombang ombak yang bergelora di tengah-tengah lautan yang luas dan dalam itu.
Pulau yang sepi dan tidak berpenghuni.
Alhamdulillah, anda terselamat dari bencana tersebut dan terdampar di sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya. Dan, bersama dengan anda juga yang terselamat ada 3 orang penumpang iaitu seorang lelaki Jerman yang berusia 30 an berkerja sebagai seorang jurutera, seorang perempuan berbangsa Cina yang berumur awal 40an yang berkerja sebagai wartawan dan juga seorang lelaki Bangladesh yang sudah berusia berkerja sebagai tukang sapu sampah di dalam kapal tersebut.
Daripada ramai-ramai penumpang kapal tersebut – hanya 4 orang yang terselamat termasuk anda. Sungguh mencemaskan dan mendebarkan peristiwa yang menimpa anda dan rakan-rakan anda tadi. Dan kini, - terdampar disebuah pulau yang tidak berpenghuni, hutannya yang sangat tebal, dipenuhi pokok kelapa di sekelilingnya dan batu-batuan di persisiran pantainya.
Ketika, berjalan-jalan ditepi pantai selepas menemui 3 orang penumpang yang terselamat itu – anda menemui beberapa peralatan yang tersisa daripada kapal yang pecah iaitu 4 tali kasut, sebotol arak yang berisi, kepingan besi daripada kapal, kompas yang telah rosak, beg pakaian jenama travel time yang kosong dan beberapa keping pelampung yang masih elok untuk digunakan.
Masing-masing kebingungan, terkejut dan masih trauma. Anda juga masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku terhadap anda. Kini, persoalannya ialah apakah tindakan yang perlu anda dan 3 orang penumpang yang terselamat itu lakukan?
Nyatakan solusi yang wajar dan relevan untuk dilakukan dengan hujjah, analisis dan apa juga pandangan dengan pengalaman, ilmu dan pengetahuan yang anda anda.
Berikan jawapan anda, hujjah anda dan nyatakan kenapa anda membuat keputusan sedemikian. Boleh tinggalkan komentar di bawah ini. Dan kita lihat, jawapan sesama kita semua. InsyaAllah.
Menanti jawapan kalian semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
salam abg ali,
ramai x berani nk sambut cabaran nmpknya,
mereka sekadar membaca.
jd, izinkan ana mencuba..
balik kpd soalan iaitu apakah tindakan yg perlu kami lakukan?
ana akan usulkn cdgn kpd teman2 yg lain agar berjalan dan mencari sesuatu yg boleh dibuat makan atau tempat berteduh.
mungkn segala gerak kerja utk permulaan lebih kpd bekalan kehidupan dan keselamatan kami,
insyaAllah. jika ada umur yg panjang,
kami akan usaha utk mencari sesuatu yg boleh djdkn sampan atau rakit pula.
sbb salah seorg drpd kami jurutera.
ttg barang2 yg tersenarai di atas,
masih belum diketahui fungsinya,
mungkn slps kami gabungkn barang2 dari hutan nnt,
sikit sbyk mampu memberi manfaat.
itu shj sebagai idea awal.
dan permulaan. (",)
~ pelaut rabbani.
Wassalam, pelaut Rabbani
Seperti yang ana jangkakan - antalah orang yang akan menjawabnya. Alhamdulillah.
Assalamualaikum...
persoalan ini saya cuba jawab ya :)
berkenaan dengan persoalan ini,jika saya dalam situasi berikut perkara pertama yang dibuat ialah tenangkan diri dan pada masa yang sama berfikir secara rasional.Tiada faedahpun membiarkan diri terus diselubungi perasaan panik dan menyalahkan takdir sebab apa yang berlaku tidak boleh diubah lagi.Apa yang lebih penting untuk difikirkan ialah memacu akal fikiran untuk terus berjuang meneruskan kehudupan walaupun dalam serba kekurangan.
Kemudian,saya cuba untuk berkomunikasi dengan ketiga-tiga orang yang masih terselamat tersebut untuk berkumpul di satu kawasan.
selepas itu,kami bergerak bersama-sama mencari sumber makanan/bekalan air bersih dan lokasi tempat berteduh sementara sebab ini perkara asas dalam kehidupan.
Berkenaan dengan peralatan yang tersisa dari kapal, arak boleh diguna sebagai pemangkin untuk menyalakan api,sebab arak biasanya mengandungi alkohol yang mudah terbakar.minum arak pun tiada faedahnya kerana akan menghilangkan kewarasan akal.
Kompas yang rosak mungkin boleh diperbaiki.
Tali kasut,beg,kepingan besi,dan pelampung saya masih tidak menemukan apa manfaatnya kepada kami dalam situasi demikian...
Mungkin setelah meneroka segala sumber alam yang ada di hutan pulau tersebut, akan lebih banyak udea yang bernas mampu tercetus.Apa idea itu saya pun kurang pasti lagi :)
rasanya setakat itu saja..
x salah mencuba kan (^_^)
assalamualaikim w.b.t,
menarik..agak teruja utk menjawab^^
ok, straigt to the point,jika trlibat dgn situasi sebegini,sy psti sy akan mnjadi sgt2 panik dan tertekan.. so, sy akan ambil sdkt masa utk muhasabah diri kmbali mngingati Allah, Yang Mendtgkan musibah ini, mgkn ini adalah kifarah dosa..bersgka baik dgn musibah yg Allah dtgkn, krn Allah x pernah menzalimi hambaNya..
stlh itu, duduk bersama 3 org mgsa yg lain utk berbincg, krn mustahil utk sy survive seorg diri..km berbncang dan mencapai kata sepakat utk terus bertahan di pulau ini, dlm masa yg sama berusaha mendaptkn bantuan. setelah mencapai kata sepakat, kami akan bersama-sama menentukan bagaimana kmi boleh mencapai kedua-dua perkara di atas..
untuk bertahan di pulau ini, kmi perlu kpd:
1)perlidungan drpd bahaya; demi keselamatn, sudah tentu kami memerlukan senjata utk mempertahan kan diri. memandangka pulau ini terdapat byk batu-batuan,km akn mncari batu yg tajam dan sesuai utk diikat pada kayu , seterusnya boleh dijadikan senjata seperti tmbak.bgmana nak ikat? tali kasut kan ada..ataupun ambil dan raut lidi(yg msih belum kering) drpd pokok klpa.kalau tak boleh ikat, batu shj pun sdh memadai(mcm zaman paleolitik)..selain itu km perlukan tempat berlindung, jd, daun kelapa yg sgt byk di pulau ini bolehlah dianyam dan dijadikan khemah(boleh imagine x? sy boleh..mcm khemah askar gitu)
2)minuman dan makanan; seperti yg kita tahu, terdapat byk pokok kelapa di pulau ini..mustahillah jika drpd byk2 pokok, satupun tidak berbuah..jadi, air kelapa akan dijadikan minuman dan isinya boleh dimakan..(sedap!)..bagaimana nak kupas buah kelapa?hehe..senjata td kan ada.gunakan saja..x pun, kalau susah sgt nak pecahkan tempurungnya, hempuk la dkt batu2 yg ada..slain itu, boleh juga kalu nak tgkp ikan..guna ranting kayu sbgi pancing,ikat padanya tali kasut..utk mata kail, pecahkan kompas yg rosak tu dan ambil jarum kompas tsebut(kami x memerlukan kompas utk hidup)..ataupun blh gunakan beg pakaian utk mngkp ikan, letak umpan(boleh guna isi kelapa) di dlm beg,kemudian, masuk ke dlm air, insyaAllah byk ikan akan dtg dan dgn segera,naikkan beg @ tutup zipnya...(slalunya dkt pulau yg x berpenghuni, lautnya jernih dan di tempat cetek pun byk ikan. so,senang kot nak tgkp ikan..^^)
3)haba ; suhu pd waktu malam mungkin sgt sejuk dan gelap, jd km perlu kpd sumber haba dan cahaya iaitu api.. nak hidupkan api bagaimana? emm guna batu boleh kan?dan lebih baik nyalakan sejak waktu siang(boleh juga nak bakar ikan, atau nak buat air kelapa bakar?O_o) utk pastikan api sentiasa menyala, gunakan ranting kayu ataupun tempurung kelapa..boleh juga gunakan arak dan getah drpd pelampung bg menggalakkan api utk menyala dengan lebih marak..utk penetahuan, kami x memerlukan pelampung ,sbb bknnya kmi nak berenang ke pulau lain atau nak keluar dri pulau ini..lgpun bahaya, kerana mungkin laut bergelora..
Untuk mendapatkan bantuan,antara yg kmi boleh buat:
1)isyarat asap ; di sini juga, api sgt berguna, dan dgn adanya pokok klpa yg byk, memudahkan km utk menghasilkan asap yg byk..bgmn?
gunakan sabut kelapa utk menghasilkan asap yg sgt byk..(sy pernah cuba).
2)isyaat cahaya ; boleh gunakan kepingan logam utk memantulkan chy matahari pd waktu siang..
*insyaAllah, kedua-dua isyarat ini boleh menarik perhatian helikopter yg menjalankan operasai mencari mangsa, ataupun kapal2 nelayan..
*tidak lupa juga, apa2 usaha pun sentiasa bergantung kpd Allah, kalau boleh, buat solat hajat sama2.. (kalau mgsa yg lain muslim)..nak cri kiblat? kompas takde..hehe.. xpe, bintang ada.. matahari ada..
sekian, wassalam..
Salam alaik,ya rabb..baru mengenali blog ini :)
b'keinginan pula utk cuba m'jwb p'soalan diatas.
dlm situasi sedemikian sy akan cuba bertenang.sekiranya kerisauan itu ditmbh pastinya masalah lain akan timbul.
stlh menemui 3org mgsa lain,sy akan bawa berbincang utk berfikir dn bertndk bg meneruskn hidup dipulau itu.kerjasam pd masa ini amat penting.
mngenai brg yg ditemui,dinyatakn ada beg pakaian kosong,so masukkn segala peralatan itu terlebih dahulu dan akan difikirkn kemudian, tntg kegunaanny.Pastinya..ada kegunaan brg itu nnt.
Prkr penting yg harus kami fikirkn adalah tmpt yg selamat utk berteduh dn bermlm.pondok sementara mgkn kami boleh dirikn dgn bntuan 4 tali kasut tersebut utk mengikat.
stlh itu,kami akan cuba mncari sumber minuman dan mknn utk mngisi perut.pastinya yg jd pilihan buah klapa bdktn pantai itu dan kami boleh mnggunakn kepingan besi yg dijumpai utk membukanya.
mgkin juga akan masuk ke dlm hutan utk mncari sumber mknn dan bahan bakar lain,besi yg masih ada boleh dijadikan snjata.beg kosong,boleh digunakan utk menyimpan brg berguna yg dijumpai dlm hutan itu nanti.
arak itu pula,boleh digunakan utk mnyalakan api(mudah terbakar).api penting pd ketika ini.
fungsi pelampung dan kompas sy tak temui =_= tetapi bila difikirkn kompas tersebut mgkn tiada fungsinya lg dan pelampung itu boleh digunakn utk manfaat lain.pastinya idea lain akan wujud dlm fikiran bila dah stabil keadaan.
pd masa yg sama jg,kami akan berfikir cara untuk mendapatkan bantuan.Doa akan selalu dipohon.insyaAllah,bantuan pastinya dtg. :)
keterangan komentar yg lain lg menyeluruh :')bagus!
sy sekadar mencuba.Ditunggu jg keterangan yg lebih 'power' drpd admin. :)
wassalam
salam alaik...
dah lame nampak post terbaru ini,hanya sekadar baca tajuknya sahaja.
mungkin hari ini, alhamdulillah Allah kasi sense untuk klik the buttOn cernakan minda itu!
balik pada situasi yang diutarakan. tak dapat bayang sorang2 disana kerana tiada pengalaman tersendiri ini.
Namun semuanya bukanlah mustahil untuk terjadi.
sedikit pendapat apabila berada dalam situasi sebegitu, pasti sOlusi terbaek yang difikirkan.
dengan kemampuan teman2 baru yang hebat2 semuanya, pasti kami akan berbincang jln solusi yang tebaek untuk keluar dari pulau itu.
kepakaran yang ada boleh membuahkan bermacam2 idea dan barang2 yang dijumpai semuanya ada fungsi tersendiri.
sekadar ini dulu.
Salam,
Cikgu Azmi dah biasa buat game ni.... Jd Ana tau la skit2 mengenai ini.
Keptusan yg perlu diambil ialah
1. Mengambil segala langkah membuat tempt untuk berteduh.
2. Mencari makanan untuk survive.
3. Menunggu sehingga bantuan dtg.
Dulu Ana main game ni, ana amok keptusan utk berjalan lah, macam2. Tp sebenarnya, kita peril menunggu bantuan. Bukan berjalan. Ini Akan menyusahkan lagi proses pencarian.
Kegunaan brg2 tersebut
1. Tali kasut bleh dgunakn utk membuat khemah, panjat pokok, dn sebaginya. Kalu anda seorg ahli pengakap, anda pasti tahu keperluan tali. Bnyak benda boleh buat.
2. Arak digunakan utk memulakan API.
3. Besi digunakan utk memburu haiwan, sbg makanan.
4. Mimosa yg rosak x peril dibaiki sbb kita x pergi mana2. Jd kompas tu bleh dijadikan mata kail utk mmancing.
5. Ana x pasti jenama beg tu bgaimana. Jika besar, bleh digunakan buat khemah.
6. Pelampung bleh dgunakn sbg bantal. Mungkin bleh digunakan sbg kecemasan.
Prkara yg perlu selalu kita lakukan ialah
1. Sentiasa berada dikwsn lapang, Dan buat unggun API utk mintak bantuan.
2. Pastikan selalu menjaga hbgn dgn Allah. Doa bnyak2.
(itu pandangan sy)
Imran Khairman
Alhamdulillah, terima kasih atas pandangan anda yang bernas. Seorang yang analitik dan berfikiran kehadapan.
Syukran
Anonymous, terima kasih atas kesudian untuk menjawab soalan ini. Saya sendiri mengangguk-gangguk kepala apabila membaca solusi anda. Masih menghadamkan pandangan anda. Syukran
BroHamzah
JOm Membaca
Post a Comment