Dunia adalah pentas ujian

Thursday, June 23, 2011

Dunia adalah pentas ujian


Salam sejahtera dan penuh keimanan buat semua yang sentiasa berteduh di teratak maya saya ini. Syukran atas komentar, jejak ziarah dan sebagainya. Kunjungan kalian amat-amat dihargai.

Seminggu berlalu, Allah SWT memberikan ibrah dan teguran yang sangat berguna buat saya. Seminggu ini jualah ia hadir dengan mode muhasabah yang banyak menyentap jiwa dan hati saya.

Alhamdulillah. Saya gagahi jari-jemari untuk berkongsi bersama kalian tentang suatu hakikat dunia. Terimalah seadaanya daripada insan yang kerdil ini.

Himmah : Roda kehidupan yang ligat berputar!
Oleh : BroHamzah
http://langitilahi.com

Kehidupan kita ini umpama roda. Kehidupan yang berjalan umpama roda yang berputar. Roda yang berbentuk bulatan dan ia boleh berpusing dan berputar-putar. Bayangkan bentuk roda yang bulat itu. Tentunya anda dapat membayangkannya bukan?

Roda, ia berbentuk bulat. Posisi atas dan posisi bawah yang akan berubah pada bila-bila masa sahaja andai putaran roda itu digerakan. Ada saatnya, kita boleh berada di atas dan ada ketikanya kita boleh berada dibawah.

Selalunya, berada di atas itu membawa gambaran yang baik, positif dan menyenangkan.
Dan, dibawah itu adalah simbolik sudut buruk, negatif dan menyusahkan!

Itulah hakikat kehidupan yang fana’ ini. Ada masanya kita benar-benar bersemangat, bertenaga dan punyai perasaan yang bergelora. Ya saat yang akan membuatkan kita mampu mengukir senyuman kegembiraan dan seronok menikmati kesenangan kehidupan.
Dan,ada juga saat yang sangat melemahkan, diselubungi kelesuan yang berpanjangan dan jiwa yang hambar yang bersangatan. Dan saat itu, air mata kita mudah bercucuran tanpa kita sendiri sedari. Riak wajah yang terbentuk adalah wajah yang penuh kesunggulan, hilang segala seri keceriaan dan masam yang durjana.

Putaran Roda kehidupan

Pernahkah kita merasai pelbagai nikmat yang melimpah ruah dan segala kemudahan dalam kehidupan ? Rezeki yang tidak putus-putus, kesenangan yang mendamaikan dan kelapangan yang melegakan.

Allah SWT lahirkan kita dalam keluarga yang senang, kaya raya dan berharta. Kita mampu memiliki kereta yang cantik, rumah yang luas, kenalan hidup yang ramai dan empayar kekayaan yang besar.

Jika kita berasal daripada keluarga yang sederhana, kita mampu hidup dengan aman, bahagia dan tenteram. Terasa akan syurga dunia itu milik kita.

Kita diberikan kemudahan biasiswa atau pinjaman untuk melanjutkan pelajaran. Kewangan yang stabil dan kukuh serta ekonomi keluarga yang sentiasa “steady”. Setiap hari riang ria dan sentiasa happy sepanjang masa.

Disekeliling kita, terdapat ramai rakan, sahabat dan kenalan. Ada rakan yang dapat menghiburkan dan teman gelak ketawa yang sporting.

Setiap urusan kita begitu mudah dan sentiasa mengikuti apa sahaja perancangan yang disusun dan direncanakan. Semuanya sentiasa bereh!

Namun, langit membiru indah tidak selalunya cerah. Awan yang putih, ringan dan cerah akan bergantian dengan pergerakan awan yang berat lagi hitam.

Roda kehidupan tidak sentiasa berposisi dipuncak sahaja.
Kita akan diuji dengan penangan putaran kehidupan.

Lalu, Allah SWT menguji kita dengan sedikit musibah, dugaan, peringatan dan teguran .

Allah SWT menguji kita dengan kematian insan yang tersayang. Berlakunya musibah kemalangan, bencana alam seperti kebakaran, tanah runtuh, ribut taufam, tsunami dan banjir. Barang-barang kepunyaan semuanya musnah, rosak dan tidak dapat dimiliki semula.

Ujian, dugaan dan musibah tiba bersilih ganti. Kesakitan, keperitan, kemiskinan, kepapaan, kegagalan, kekalahan dan kekecewaan. Ketika itu, nurani kecil kita tertanya-tanya, kenapa dan mengapa?

Mengapa ujian yang seberat ini hadir dalam kehidupan kita? Bukankah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang?

“ Air mata kita sudah kering untuk memandang dan meratapinya.”

Kita ditinggalkan oleh rakan-rakan yang pernah membantu, menyokong dan menguatkan kita. Saat kita jatuh, semuanya berpaling tadah dan memutuskan persaudaraan dengan kita. Lebih parah, ada sahabat yang konon “akrab” , menikam kita daripada belakang.

“ Tusukannya lebih dalaman dan penuh bisa yang merbahaya”.

Selain itu, segala urusan yang dihajati tidak kesampaian, segala urusan yang dirancang tidak menjadi dan cita-cita yang diidamkan musnah dipertengahan jalan.

“ Pandangan mata tersirna dari segala cahaya pengharapan.”

Pernahkah anda mengalami dan melaluinya?

Sejujurnya, saya kini berada dalam posisi kehidupan yang membuatkan saya terdiam seketika.
Posisi bawah.

Saya ketika ini benar-benar terduduk memuhasabahkan diri. Merenungi segala apa yang terjadi kepada diri saya dalam tempoh seminggu dua ini. Saat diberikan ujian berbentuk “peringatan” daripada Allah SWT.

Tidak perlulah saya kongsikan apa musibahnya, cuma cukuplah saya katakan ia sangat-sangat menguji keteguhan jiwa dan ketenangan hati saya.

“ Aku perlu kuat dan tabah!”
“ Allah SWT tidak pernah silap dengan takdir-Nya!”
“ Banyakan berdoa, bermunajat dan beristighfar kepada-Nya!,”

Saya bermonolog sendiri dan memberikan kata-kata dalaman dan semangat buat diri. Saya sendiri gagahkan diri untuk mengerakan jari-jemari untuk berkongsi bersama-sama kalian. Mudahan-mudahan ada manfaat untuk kita renungi.

Saya sedari suatu hakikat.

Benar.

Manusia ini apabila berhadapan dengan kesulitan, kepayahan, kesukaran dan musibah yang menggeruhkan ketenteraman jiwa – ia umpama anak-anak kecil yang hilang pedoman dan tempat pergantungan.

Terkapai-kapai mencari tempat berpaut dan menagih simpati insan di sekeliling. Bahkan, timbul di dalam diri pelbagai perasaan yang belum pernah dirasainya.

Kesedihan, air mata dan kemurungan

Suatu saat, air mata saya ini bercucuran jua akhirnya. Terasa akan kepedihan, kesunyian dan kesepian. Hibaan, esakan dan tangisan itu membuatkan saya benar-benar kerdil, kecil dan penuh kehinaan.

Benar, saya ini tiada apa-apa. Semua yang berlaku adalah suratan takdir yang Maha Pencipta. Allah SWT yang berhak dan mempunyai kuasa atas segala suratan ketentuaan-Nya. Mengapa perlu saya bersedih, memencil diri dan bersendirian?

Saya terus-menerus menguatkan diri. Mereframekan minda untuk kembali bertenaga, beremosi stabil dan memohon ampunan, rahmat serta kasih sayang daripada-Nya.

“ Ya Allah, jadikanlah aku redha menerima semua keputusanMu sehingga aku memahami bahawa semua (nikmat atau musibah) yang telah Engkau tetapkan akan mengenai diriku, pasti tidak meleset dariku, dan semua (nikmat atau musibah) yang Engkau tetapkan akan pasti meleset dariku, pasti tidak akan mengenaiku.”

Saya bersyukur, saya punyai Rabb untuk diluahkan segala perasaan, cetusan dan pergolakan jiwa yang dirasai.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Artikel penuh Perkongsian ini boleh dilayari di Langit Ilahi.Com

9 comments:

Anonymous,  June 23, 2011 at 1:50 AM  

sekadar berkongsi sms daripada seorang sahabat,

bila engkau memandang segalanya daripada Tuhanmu yang mencipta segalanya,yang menimpakan ujian,yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.

bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu,retaknya hatimu,tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. :)

BroHamzah June 23, 2011 at 2:13 AM  

Anonymous,

MasyaAllah syukran atas titipan yang menyentuh nurani ini.

BroHamzah

Anonymous,  June 23, 2011 at 9:13 AM  

..ketenangan itu milik hati2 yg beriman,
agar bercambah benih hikmah dlm perlakuan,
org yg bnyk mnderita,
jiwanya akn memaksa org yg dtimpa kesusahan
agar selalu mngingati Allah,
..bertuahlah saat iman diuji kerna jika sabar n tabah mnghadapinya,
pasti ada kmenangan yg menanti..insyaallah

BroHamzah June 23, 2011 at 4:18 PM  

Anonymous

Syukran atas kalam yang menguatkan. Syukran
BroHamzah

Niena Muhammad June 23, 2011 at 7:38 PM  

MasyaAllah, syukran ya akhi..
hanya padaNya tmpat kte mengadu..
cuba akses web milik Langit Ilahi.. tpi xdpt

BroHamzah June 23, 2011 at 7:49 PM  

niena shopping2u

LI sedang dalam proses upgrade, semoga Allah permudahkan.

BroHamzah

hamba Ilahi June 24, 2011 at 12:09 AM  

assalamualaikum..
di saat kita kelemahan
hanya Allah yang boleh menguatkan..
semangnya kasih sayang Allah itu tidak bertepi dan amat luas..

moga ustaz tabah menghadapi dugaan
ana berpegang pada tiga perkataan ini

tenang~sabar~tabah :)

manusia itu bila dicelupkan sekali didalam syurga, hilang rasa derita di dunia

insyaAllah
amin~

hamba Ilahi June 24, 2011 at 12:30 AM  

http://www.youtube.com/watch?v=0G6eFCVkLLU

sekadar perkongsian
insyaAllah
amin~

BroHamzah June 27, 2011 at 2:40 AM  

hamba Ilahi


Syukran atas titipan dan link videonya, alhamdulillah. Kalian menguatkan dan memberikan tiupan semangat. Syukran

Alhamdulillah
BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP