Revolusi Maidan Tahrir, Mesir bergolak?

Sunday, January 30, 2011


Kebangkitan Rakyat Mesir, satu era baru yang akan berlaku buat negeri Anbiya ini.


Revolusi Maidan Tahrir ( Medan Kemerdekaan) – Mesir bergolak?
Oleh : BroHamzah

Saya sebenarnya tidak tahu menyatakan apakah perasaan saya ketika ini. Perasaan apabila melihat apa yang sedang berlaku di Negara-negara Arab saat ini.

Sedih. Gembira. Teruja. Bersemangat. Kecewa. Atau apa?



Jalan-jalan di Mesir

Bermula dengan kebangkitan rakyat Tunisia yang akhirnya berjaya menumbangkan rejim Presidennya iaitu Presiden Zainal Abidin b. Ali yang telah memerintah lebih 24 tahun dengan era pemerintahan yang digambarkan sebagai zalim dan menindas. Sehingga beliau dan keluarga lari meninggalkan negera sendiri ke luar Negara. Bermula satu era yang menjadi tanda tanya dan persoalan banyak pihak? Selepas ini apa? What’s next?

Kebangkitan rakyat Tunisia, kelihatan memberikan satu cetusan ruh dan semangat baru untuk Negara-negara Arab yang lain, dan terkini yang sedang hangat diperkatakan ialah Mesir.

Mereka bangkit untuk berusaha melucutkan kuasa dan pemerintahan Presiden Husni Mubarak yang telah berkuasa lebih 30 tahun.

Suara mereka jelas : " Letak jawatan dan berambus daripada Mesir."

Itu yang saya faham. Wallahu'alam.

Selama beberapa hari, dunia luar terputus hubungan dengan Negara Mesir apabila pihak kerajaannya telah bertindak untuk menghalang sebarang perhubungan sama ada melalui telefon, internet dan sebagainya.


Demostrasi Rakyat - Mengulingkan Presiden Husni Mubarak yang telah memerintah Mesir selama 30 tahun


Di Maidan Tahrir - rakyat berkumpul

Saat itu, saya juga tertanya-tanya : Apa yang sebenarnya yang sedang berlaku di bumi anbiya Mesir. Saya perlukan maklumat, berita dan apa jua yang boleh memberikan gambaran yang sebenar. Sahabat-sahabat dan kenalan saya di sana – tidak dapat dihubungi. Saya agak resah, risau dan sedikit gelisah.

Risaukan keselamatan mereka. Saya dapati banyak info pagi ini, wallahu’alam benar atau tidak. Saya tidak mahu mengulasnya kerana tidak tahu ketepatan dan kesahihan beritanya. Wallahu’alam. Saya kongsikan gambar-gambar yang saya ambil daripada FB ini.

Salah satu bangunan yang dibakar dalam kebangkita dan protes rakyat Mesir



Suara rakyat Mesir - Amaran dan kemarahan untuk pemerintah



Penutup – Komentar seorang hamba

(1) Kerajaan yang menindas, zalim, kuku besi dan tidak berperikemanusiaan – serta tidak menjadikan Islam sebagai asas pemerintahan akan tumbang. Itu yang pasti.

(2) Marilah sama-sama kita doakan keselamatan, kesejahteraan dan kemudahan buat teman-teman, sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia yang menetap dan belajar di sana. Semoga Allah memayungi mereka dengan rahmat, perlindungan dan kasih sayang.

(3) Buat rakyat Mesir, perjuangan dan kebangkitan anda adalah sesuatu era perubahan yang telah lama terpendam di dada seluruh rakyat yang inginkan kemerdekaan dan kemenangan.

(4) Saya jarang sekali menulis berkaitan isu semasa luar negara dalam blog, kali ini terpanggil dalam nada pertanyaan dan inginkan kepastian agar sama-sama kita semua mengambil cakna dan tahu. Atau - ada dikala pembaca yang baru sedang akan hakikat ini?


Penjara Abu Zaabal yang terletak di Kaherah. Apa sebenarnya yang berlaku?


Suasana di penjara Abu Zaabal, Kaherah Mesir

13 comments:

peNer0ka keTenaNgan January 30, 2011 at 8:42 PM  

Assalamualaikum

Sedikit perkongsian. Talian telefon dah boleh dihubungi. Tapi talian internet masih lagi dipotong. Alhamdulillah, saya baru je lepas berborak melalui telefon dengan sahabat saya di Cairo. Mereka memang duduk dalam rumah je, tak keluar langsung. Alhamdulillah bekalan makanan sempat dibeli untuk stok selama 2,3 minggu tetapi mereka masih perlu berjimat cermat memandangkan ada kemungkinan rusuhan ini akan berlanjutan sehingga sebulan lebih. Situasi di luar rumah, mereka tak berapa tau sebab memang terputus hubungan terus. Kredit kne jimat untuk kegunaan kecemasan. Yang penjara tu pula, ramai banduan berjaya larikan diri. Dah ada sebahagian rumah pelajar kita yang berjaya dicerobohi perompak. Alhamdulillah, kawasan rumah sahabat saya setakat ni masih lagi selamat.

Sama-sama la kita doakan keselamatan mereka di sana.

BroHamzah January 30, 2011 at 10:11 PM  

1)- Peneroka Ketenangan

Walaikumusalam, alhamdulillah. Syukran atas makluman dan perkongsian saudara/i.

Sama-sama kita doakan untuk mereka dan rakyat Mesir. Mudahan Allah berikan yang terbaik.

BroHamzah

RuMaH TuA January 30, 2011 at 10:17 PM  

Doa dikirim buat sahabat2 di sana...
Amin~~~~

BroHamzah January 30, 2011 at 10:27 PM  

1)- Baitil a'tiqa

InsyaAllah - sama-sama buat mereka semua.
Solat Hajat & doa.

InsyaAllah
BroHamzah

Aliah Abdullah Sani January 31, 2011 at 2:28 AM  

salam ..abG Ali, mubarak 2 jahat ke??kire bahaya la keadaan akak2 n abg3 yang tengah belajar dekat mesir 2??moga Allah melindungi mereka

Anonymous,  January 31, 2011 at 6:48 AM  

Ana ada terbaca barangkali dlm Majmuk Rasa'il Imam Hasan al-Banna katanya bahawa suatu hari nanti akan ada terjadi kebangkitan rakyat Mesir setelah terjadi banyak penyelewengan dalam kerajaan Mesir, jika kerajaan Mesir tidak merubah kondisi yang teruk berlaku ketika itu. Itulah ungkapan yang meyakinkan daripada Seorang Imam . Nampaknya samada ramalan ataupun firasat, ianya telah menjadi kenyataan....

BroHamzah January 31, 2011 at 4:17 PM  

1)- Aliah Abdullah Sani

Wassalam,jahat? - Zalim.
Boleh cari info tentangnnya di internet. Keadaan sekarang ini agak bahaya. Wallahu'alam

Brohamzah

BroHamzah January 31, 2011 at 4:18 PM  

1)- Anonymous

Ya. Itulah firasat mukmin yang soleh. Memang benar pun, sesuatu yang zalim akan kecundang juga. Itu janji Allah SWT.

MasyaAllah.

BroHamzah

Anonymous,  January 31, 2011 at 11:50 PM  

Ya Allah bantulah para sahabat..
para pejuang di muka bumi mesir itu...
sesungguhnya Kau Maha Barkuasa..

BroHamzah February 1, 2011 at 12:51 AM  

1)- Anonymous

InsyaAllah, kita panjatkan doa untuk shbt-teman-2 dan rakan taulan di sana.

BroHamzah

Ariffah9 February 1, 2011 at 3:48 AM  

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

boleh lihat di blog itu.

:)

Qawiem Khairi February 1, 2011 at 5:28 AM  

Lama-kelamaan mereka akan tahu,
tahu akan pemerintahan yg menjerumus ke arah kemurkaan tidak akan selamat sama ada di dunia juga akhirat. Betul x abg irfan? (",)

BroHamzah February 1, 2011 at 5:57 PM  

1)- MQ

Betul dan sangat tepat. Ini adalah janji-janji Allah bagi mukmin muslim.

Kebenaran itu akan terus menerus menyinari dan bertapak dimuka bumi.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP