Public Speaking - Medan Menjadi Khatib

Wednesday, January 26, 2011

Saya sangat fobio dengan alat ini - Gerun, takut dan gemuruh

Public Speaking – Medan menjadi khatib
Oleh : BroHamzah

“ Abang, macamana kita hendak latih diri supaya berkeyakinan bila bercakap di hadapan?,”

“ Saya ini pemalu sikit, segan kalau berdiri di hadapan orang ramai,”

“ Bercakap di hadapan, tidak mahu. Saya tidak boleh!,”

“ Ada tips supaya dapat bercakap di khalayak ramai dengan yakin dan lancar?,”

Itulah ragam yang selalu saya lihat apabila saya mengendalikan slot pengucapan awam atau public speaking. Kekadang tergelak saya lihat reaksi spontan dan gaya peserta yang berusaha dengan begitu keras untuk mempersembahkan kebolehan mereka berucap di hadapan orang ramai.

Apabila difikirkan dan diimbas kembali, saya dahulu juga adalah orang yang sangat anti dan tidak suka berucap di hadapan. Teringat, kisah-kisah awal apabila dipaksa berucap atau membentangkan sesuatu di hadapan kelas atau program – terketar-ketar, malu sangat-sangat dan gemuruh satu badan.

Peristiwa yang tidak boleh dilupakan

Semasa saya tingkatan 2 di sekolah menengah dahulu, saya telah diamanahkan untuk menjadi ketua kelas. Tingkatan 2 Al- Khawarizmi. Saya yang pemalu dan penyegan ini telah dilantik secara paksa rela oleh kawan-kawan satu kelas. Maka, saya akur dan pasrah sahaja. (‘’,)

Antara, tanggungjawab dan tugas ketua kelas ialah membuat pengumuman kepada ahli kelas di hadapan sebaik sahaja habis solat secara berjemaah di Musolla. Saya masih ingat, untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup – kawan-kawan meminta saya untuk membuat pengumuman di hadapan dengan menggunakan mikrofon.

Gullpp! . Dada saya berombak-ombak. Peluh mulai membasahi keringat.

Saya masih ingat, saya perlu buat pengumuman selepas solat Jumaat. Maka pagi itu, saya menghafal dengan begitu tekun dan bersungguh skripnya.

“ Assalamualaikum wabaramatuhi wabarakatuh, kepada semua pelajar tingkatan 2 Al-Khawarizmi antum dikehendaki berkumpul di dalam kelas selepas solat Jumaat.”

Saya hafal dan ulang dengan begitu serius. Tidak mahu sebarang kesilapan yang berlaku. Ini pertama kali aku buat pengumuman. Getus hati kecil saya.

Takut ada
Gembira ada
Cemas pun ada.
Pendek kata semuanya ada.

Dipendekan cerita, selepas solat Jumaat selesai. Saya ready, well prepared – tip top- orang kata dan bersiap sedia dengan penuh keyakinan. Tiba-tiba, seorang kawan saya mendekati saya dan berbisik kepada saya.

“ Ali, perjumpaan kelas kita tangguh selepas maghrib. Ada problem sikit. Jadi tak payah buat pengumuman time ini.” Katanya perlahan.

Fuhh.. Ketika itu lega seluruh jiwa saya. Segala keresahan dan kegelisahan hilang serta merta. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Alhamdulillah.

Selepas itu, saya tenangkan diri dan membuat sedikit mind setting untuk melaksanakan pengumuman selepas maghrib. – Fakta : Anda perlu ingat ini merupakan kali pertama saya akan membuat pengumuman. Peristiwa ini sangat penting buat saya ketika itu.

Maka, tiba saat selepas maghrib. Seperti yang dijanjikan saya perlu buat pengumuman untuk mengumpulkan kawan-kawan satu kelas.

Saya melangkah dengan penuh gaya dan cermat. Ada keyakinan yang sangat baik. Saya terperasaan sedikit. Microfon yang menjadi alat yang sangat-sangat menakutkan itu, saya capai dengan tenang.

Maka saya berdiri dengan wajah yang bersahaja. Saya lihat begitu ramai abang-abang, kawan-kawan dan adik-adik tingkatan satu dihadapan saya. Lalu saya gagahkan diri untuk bersuara.

“ Assalamualaikum warahmatuhi wabarakatuh”

“ Kepada semua pelajar tingkatan 2 Al-Khawarizmi antum dikehendaki berkumpul di dalam kelas selepas solat Jumaat.”

Wah, begitu lancar saya membuat pengumumam tanpa tersekat-sekat. Hati saya kembang bangga.Tetapi tiba-tiba suasana Musolla menjadi sepi seketika.

Tiba-tiba, mereka ketawa - memecahkan suasana maghrib yang bening itu. Saya hairan dan saat itu baru saya perasaan. Saya tersalah membuat pengumuman. Skrip yang saya buat untuk “ selepas solat jumaat” terkeluar tanpa disedari.

Muka saya kemerahan menahan malu. Tertunduk sendirian. Aduh, malunya aku. Ketika itu dalam hati memang saya sangat-sangat malu. Saya bertekad selepas ini, saya tidak akan berucap di hadapan lagi.

Kesannya, beberapa bulan selepas itu saya tidak mahu membuat pengumuman atau berucap di khalayak ramai. Peristiwa itu membuatkan saya fobia dan fobia.

Saya mengambil masa yang sangat lama untuk melupakan peristiwa ini. Dan – masih berbekas sehingga ke hari ini.

Itulah sedikit perkongsian berkaitan hal ini.

Pengucapan awam dan keyakinan diri

Saya tidak begitu petah berucap atau berkata-kata di khalayak ramai. Kerana sifat malu yang ada dalam diri serta keyakinan diri yang rendah – saya jarang berdiri di hadapan untuk memberikan pandangan atau gagasan idea saya. Perkara ini berterusan sehinggalah saya ke universiti. Dan, semua orang tahu saya ini sebegini.

Namun, dalam keadaan sebegini saya berazam dan bertekad untuk melatih diri untuk tampil kehadapan dan berani bersuara. Ketika itu, saya sangat-sangat yakin – antara cara untuk saya tingkatkan keyakinan diri saya adalah dengan public speaking!

Di dalam tempoh itu, semasa di universiti saya banyak terdedah dengan aktiviti-aktiviti yang memerlukan saya tampil ke hadapan. Membuat pembentangan assignment, mengendalikan mesyuarat, menjadi fasilitator dalam kursus atau kem, menyampaikan tazkirah ringkas dan sebagainya.

Semua ini memerlukan kemahiran komunikasi dan pengucapan awam. Dan tanpa saya sedari, saya telah melangkah setapak demi setapak memahirkan diri dalam perkara ini.

Suatu hari, saya membuka laman web Irfan Khairi, seorang jutawan internet yang terkenal. Saya terbaca artikel motivasinya mengenai public speaking. Katanya, ramai individu-individu yang berjaya dewasa ini yang sangat baik dan bagus public speakingnya. Dan – skill ini katanya – boleh dipelajari, diasah, digilap dan sesiapa sahaja boleh melakukannya.

Tiba-tiba, jiwa saya termotivasi dan saya rasa sangat teruja. Dan saat itu, saya berazam – saya perlu kuasai teknik pengucapan awam dengan baik. Dan detik itulah, saya merangka perancangan untuk memacu diri dalam bidang public speaking ini.

Bermula dengan penyampaian tazkirah, menjadi pengerusi majlis, menjadi panel forum dan kini saya berpeluang memberikan ceramah – semuanya adalah daripada kemahiran yang saya pelajari ini iaitu teknik public speaking.

Saya ingin mengajak anda semua untuk menerokai kemahiran ini. Ia adalah sesuatu yang sangat menarik, menghiburkan dan ia memberikan kita motivasi keyakinan diri yang sangat-sangat bagus.Malah, saya selalu termotivasi apabila melihat mereka-mereka yang sangat baik corak ceramah dan pengucapan awamnya. Bagi saya, public speaking adalah latihan untuk menjadi khatib, pemidato, pendebat dan jurucakap yang mampu mempengaruhi pendengarnya. Perkara ini sangat penting, kerana melalu medium lisan ini ia mampu menjadi medan dakwah kepada masyarakat dan ummah.

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" [1]

Kemahiran menyampai dan menyeru manusia dimiliki oleh semua penyeru kebenaran. Baginda, Rasulullah SAW sendiri mempunyai kemahiran ini. Para sahabat yang dididik oleh Rasulullah juga begitu. Para pejuang dan dai zaman ini kebanyakannya, berlatih dan meningkatkan keupayaan pengucapan awam mereka.

Dan, persoalannya – kita pula bagaimana?

Penutup – Komentar seorang hamba

(1)- Kikiskan sifat malu dan segan anda. Mulai saat ini, bina mind setting untuk berani ke hadapan. Yakinlah, akan tertingkat satu keyakinan diri anda apabila anda tampil kehadapan dan membuat pengucapan awam kepada sesiapa sahaja. InsyaAllah.

(2)- Dewasa ini, kita perlukan ramai khatib, juru cakap dan juru dakwah yang menguasai lapangan public speaking. – Masa hadapan, kita perlukan dai’ yang mampu berkata-kata dengan hati dan menyeru manusia kepada kebaikan secara kolektif. Dakwah bil lisan harus menjadi agenda utama dai’ masa kini.

(3)- Saya gembira apabila melihat ramai bakat-bakat muda yang begitu petah berkata-kata dan berkeyakinan apabila memberikan pendapat. Inilah yang kita mahukan. Bermula dari sini, kita boleh mulakan latihan pengucapan awam yang lebih tarbawi, mendidik dan menyentuh hati.

(4)- Mungkin selepas ini kita boleh berkongsi tentang teknik dan kaedah untuk meningkatkan penguasaan pengucapan awam atau public speaking ini. Anda boleh berkongsi nanti. InsyaAllah.

----------------------------------------

[1] Surah Fusillat (41) : 33

16 comments:

Nabil MJ January 26, 2011 at 6:03 PM  

salam.
Jazakallahu khair,
Perkongsian yang menarik.Ana sampai sekarang masih 'tak mampu' nak berucap di hadapan.Ketaq,cuak semua ada.

Yang ana risaukan,ana takut ana pandai 'berbicara/berpidato/bertazkirah etc.' di khalayak ramai tapi ana tak amalkan apa yang ana katakan tu.

Once we voiced out something to the public,people will start looking at us.'select' sikit ja nnti jadi fitnah semula.

Tu antara sbb ana prefer jadi 'underdog' ja.Sebab ana tahu ana ni jenis yang agak 'merapu'.huhu

Anyway,memang post nta ni bnyk manfaat.

budak gaza January 26, 2011 at 9:02 PM  

salam..sgt bermanfaat..

tarbiah mengajar saya untuk jadi lebih yakin..
sekarang da kurang rasa gementar, keyakinan da bertambah..

sampai satu masa, teacher pernah cakap..
u r the most confident person ketika public speaking..
mashaAllah..semua atas kehendaknya y mengatur segalanya dari y x reti nak berucap kpd yang reti berucap..positif..

thank u Allah..
nice ntry brohamzah..

BroHamzah January 26, 2011 at 9:04 PM  

1)- Ukur Kira

Alhmadulillah, syabas untuk anta.('',)
Apa pun, kita semua dalam proses utk memperbaiki diri dari 1 tahap ke tahap yang lebih baik.

Dalam soal ini, kita positifkan ia. Kita cuba sedaya mungkin untuk buat dan amalkan apa yang kita kata.

" Aku ada bagi nasihat perkara ini kepada shbt2, jadi aku perlu lakukannya juga seikhlas hati."

Jika nada optimis sebegini membumi dalam kehidupan kita, ana yakin - hidup ini sgt INDAH.

Anta pun semakin baik dlm public speaking sebenarnya. ('',)

Maju utk Islam

BroHamzah

BroHamzah January 26, 2011 at 9:08 PM  

1)- Srikandi nur islam.

Syukran atas coretan saudari. Ya, setuju. Tarbiyah yang melatih kita untuk lebih berkeyakinan dan kehadapan.

Dengan keimanan kepada Allah SWT, ia memberikan keyakinan yg luar biasa untuk kita mengerakan sesuatu.

Alhamdulillah : Kita akan terus gilap, asah dan tingkatkan potensi untuk Islam.

InsyaAllah

BroHamzah

Qawiem Khairi January 26, 2011 at 10:15 PM  

salam brohamzah..
haha.. klulah ana ada skali atas musolla tyem abg ali bg pengumuman tu, pasti ana antara org yg awal akan gelak. :D

ttp pengalaman mengajar segalanya,
keazaman memberani semuanya,
kesannya ; penympaian abg ali mampu memukau para pendengar.
mampu menyentuh hati insan. Subhanallah.

Tahniah. moga terus menggilap bakat terpendam ini. (",)

ingin menjd pemidato yg hebat spt brohamzah,
~ MQ ~

BroHamzah January 27, 2011 at 2:07 AM  

1)- MQ

Wassalam, sampai hati anta hendak gelakan ana. Tidak apa-

Ada Ubi Ada Batas
Ada Hari Boleh Balas

('',) Gurau.

Semoga Allah berikan kekuatan untuk kita istiqamah dengan apa yang kita sampaikan. Semua itu adalah pemberian Allah SWT yang harus diamalkan.

Syukran atas perkongsian anta. Syukran.

BroHamzah

.::: mr IQ :::. January 27, 2011 at 10:49 AM  

apabila ana baca penulisan ini, ana rasa seperti ditumbuk di hidung...

Adess..

mengena.... tepat plak tu...

itu yg menjadi masalah ana skrg... sampai ke hari ini ana masih tidak berani... takde semangat utk merubah diri...

mungkin itulah sebab ana buat blog... huhuhu (http://mr-iq.blogspot.com/2010/09/muqaddimah-kata2-tak-terkata.html)

BroHamzah January 27, 2011 at 3:10 PM  

1)- mr IQ

Artikel bukan untuk menumbuk anta.('',). Tetapi untuk membangkitkan rasa dan kesegeraan untuk kita semua merasakan ia sebahagian daripada elemen tarbiyah diri yang perlu ditingkatkan.

Menjadi orang yang pandai berkata-kata, tetapi tidak tergerak jiwa dan tersentuh hatinya dengan apa yang diperkatakan bukanlah TUJUAN utama tarbiyah ini.

Tetapi, kita inginkan individu yang menyampaikan sesuatu untuk dirasai dan diamalkan oleh dirinya dan orang lain.

Alhamdulillah, ana rasa itu tindakan PROAKTIF anta untuk bergerak menuju ke arah itu. Dengan menulis, then bergerak untuk berkata-kata. Apa pun lakukan melalui KEMAMPUAN kita. Setiap kita unik.

Syukran akhi atas coretannya.

BroHamzah

Anonymous,  January 27, 2011 at 7:13 PM  

salam..
artikel di ats sgt bermanfaat..terima ksh diats perkongsiannya..

saya pun masih tdk dpt nk ubah diri ini..
karena malu yg tdk bertempat mybbkan saya tdk berani dan takut nak suarakan pendapat sy..
macam mana ya mau buang perasaan malu yg tdk bertempat tu?sy dh cuba tp still sama je..

smoga apa yg saudara coretkan sy dpt praktikannya.dan bermanfaat utk semua..

BroHamzah January 27, 2011 at 8:20 PM  

1)- Anonymous

Salam kembali. Alhamdulillah atas perkongsian.- Ia adalah persepsi yang harus kita cuba dan usahakan untuk kikis.

Gunakan teknik Ansur maju. Beransur-ansur dan berperingkat-peringkat. Tetapi, ada kemajuan. InsyaAllah, boleh.

Katakan SAYA BOLEH, AKU MAMPU & InsyaAllah, sinar harapannya ada.

Saya dulu adalah pemalu dan selamanya pemalu. Tetapi, saya buang sifat pemalu tidak bertempat. Saya masih berusaha keras ke arah itu.

Semoga Allah redha dengan kita semua.

BroHamzah

flora_seven January 29, 2011 at 9:00 AM  

Alhamdulilllah,perkongsian yg bermanfaat dan menaikkan semangat.awal pengalaman saudara agak serupa dgn sy.malu yg menebal namun tetap berusaha utk yakin bercakap di khalayak ramai..bezanya sy memilih utk berada dlm dunia pendidikan bagi mengasah pengucapan dan menambahkan keyakinan.dan syukur, kini sy mmg tiada masalah utk bercakap di hadapan pelajar namun sayangnya msh belum ada keyakinan jitu utk memberi pengucapan awam seperti tazkirah,ceramah dsb kpd kelompok pendengar yg lbh ramai.
Seperti saudara,sy jg sedang berusaha keras utk itu..doakan sy mg suatu hari sy jg dpt bersuara utk islam dan menyumbang utk islam melalui pengucapan awam,inshaAllah.mg Allah redha.

Sebenarnya,sy sgt suka perkongsian saudara ini.orang yg berjaya adalah org yg bangkit drpd kegagalan dan saudara telah membuktikannya.mg sy jg turut jejak lgkah saudara.salam ukhwahfillah.:-)

BroHamzah January 30, 2011 at 3:09 AM  

1)- flora_seven

Alhamdulillah, tahniah. Syukran atas coretan perkongsian saudara yang sangat bermakna ini.

Saudara/i telah melakukan sesuatu yang sangat hebat untuk diri saudara. Bergerak untuk memajukan dan mempertingkatkan diri melalui pengucapan awam.

Saya yakin sudah tertingkat 1 keyakinan diri dalam diri saudara. Alhamdulillah, teruskan usaha memacu peningkatan diri.

Motto " Hari ini lebih baik daripada semalam harus digerakan."

Alhamdulillah, saya masih cuba dan mencuba. Ayuh kita gerakan wawasan ini.

BroHamzah

rahsiahati January 30, 2011 at 4:39 AM  

assalamualaikum bro hamzah.
entry yg sangat menarik minat sy.

ttg pengucapan awam ini, alhamdulillah, saya sangat meminati. sungguh permulaan untuk bidang ini sememangnya sangat menguji keberanian diri.
setelah beberapa tahun terlibat, alhamdulillah seudah menjadi minat dan keinginan.

satu tips bagi diri saya apabila berada di khalayak umum, (saya berasa bahagia untuk menyampaikan sesuatu kepada orang ramai)

sekadar perkongsian. doakan saya terus aktif dalam bidang ini..amin ya rabb. ^^

BroHamzah January 30, 2011 at 7:57 PM  

1)- kasturi jiwa

Walaikumusalam, saudara/i deen yang budiman

Syukran atas coretan di ruangan ini. Alhamdulillah, anda adalah orang yang diberikan kesempatan dan kekuatan yang sgt baik utk proses peningkatan diri. MasyaAllah.

Terima kasih atas tip itu dan saya sangat setuju. MEMBERIKAN SESUATU/ MEYAMPAIKAN IA MEMBERIKAN KEBAHAGIAAN KEPADA JIWA.

InsyaAllah semoga Allah redha saudara/i

BroHamzah

ibnu Nasruddeen,  January 31, 2011 at 6:53 AM  

Assalamualaikum Bro Hamzah...

Alhamdulillah ats perkongsian diatas...sgt3 bermanafaat...mmg kalau tgk pd ana sndri pn mmg bnyk klmhan lg2 dri sgi hubungan @ interaksi ne...

mmg perlu bnyk diperbaiki lg sbbnya kita pn pd msa hdpan mkin bnyk perkara dn tngungjwb y akn dipikul...

bagaimana kalau ana msh mcm ne saja kalau tiada perubahan...kita hendak memimpin msykt dan merupakan 1 target y bssr 2...ne pn ana xthu nk ckp pa...hehe...tp apa y ana hrpkn nta bro hamzah trs la mmbimbing kami smua la khususnya ana sndri...insya Alllah...

syukra ats perkongsian...smoga Allah mmberkati kita smua...

BroHamzah January 31, 2011 at 7:44 PM  

1)- ibnu Nsruddeen

Walaikumusalam,

Alhamdulillah terima kasih atas sokongan dan dokongan. Seharusnya kita turun ke medan untuk melaksanakan segala teori yang kita dapat. Contoh mudahkan, jika kita belajar berenang dari buku insyaAllah kita boleh khatamkan buku itu dengan mudah.Tetapi, kita belum tentukan pandai berenang jika kita tidak terjun ke sungai atau pantai untuk BERENANG.

Begitu juga dengan berinteraksi dan berkomunikasi di khalayk ramai. Perlu ada 1 pengalaman sebagai pemangkin awal. Tahniah kepada anta kerana ada usaha kerana itu.

Syabas- sama-2 kita menjayakan wawasan ini.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP