Tipudaya cinta dan barah couple

Monday, September 6, 2010

Pemilihan ditangan anda.InsyaAllah , keindahan dan keberkatan menanti anda ~ Ilustrasi oleh MuslimMultimedia

Tipudaya cinta dan barah couple

Oleh : BroHamzah

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana memberi kesempatan kepada saya untuk terus menghirup udara Ramadhan sehingga ke saat penghujungnya. Waktu barakahnya dan rahmatnya masih berbaki untuk terus kita sama-sama melakukan pecutan dan meningkatkan amalan soleh.

Alhamdulillah juga, semalam saya sempat berterawih yang diimamkan oleh seorang sheikh dari Mesir. Sheikh Abdur Rahman, beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar Mahad Tahfiz Sains Tumpat. Seorang hafiz dan bacaan beliau sangat merdu dan menyentuh kalbu saya. MasyaAllah.

Semalam selepas solat terawih di Masjid Telipot saya keluar bersama beberapa orang sahabat untuk makan ringan di waktu malam. Keluar bersembang-sembang sebelum pulang cuti berhari raya. Dan antara topic berbincangkan yang kami bincangkan ialah berkaitan dengan isu masalah cinta yang tidak syari’ yang kini kian menjadi-menjadi dan wabak ini semakin luar biasa penularannya. Ia bukan melanda individu-indidvidu yang kami tidak kenal, malah sangat kami kenali dan akrab. Kekadang rasa sedih dan melemahkan jiwa kami apabila memikirkan dosa-dosa ini dilakukan oleh individu yang menjadi harapan dan orang yang tidak kami sangka.

Bukan intipati perbincangan kami yang ingin saya ketengahkan di sini. Cuma, ingin saya jadikan artikel saya ini menjurus kepada beberapa persoalan yang timbul semenjak saya coretkan artikel berkaitan “Jika couple itu dibenarkan.” Ada beberapa soalan diajukan, dan saya fikir saya bukanlah orang yang benar-benar arif untuk menjawab dan di sini ia adalah perkongsian daripada individu yang tidak berilmu seperti saya. Harapnya, sedikit sebanyak ia bermanfaat untuk kita semua.

Beberapa soalan yang kunjung tiba

Soalan pertama daripada seorang sahabat saya.

Ustaz 'Ali Irfan yang dikasihi, semestinya couple itu haram.


Baru-baru ini ada sahabat bertanyakan kepada saya,


"Apakah dalil-dalil yang mengatakan couple itu haram?"

Saya menjawab dengan jawapan yang panjang lebar.

Dia bertanya kerana ingin menegur kawannya di sekolah.

Kemudian sahabat saya bertanya lagi, "Apakah bukti yang mengatakan couple itu boleh membawa kepada zina?"

Saya menjawab yang mana yang saya mampu jawab dan saya menyarankan dia bertanya kepada orang yang lebih arif.

Jadi, "Apakah bukti yang mengatakan couple itu boleh membawa kepada zina?"

Saya nak jawab, tapi tak tahu bagaiman nak beritahu sahabat saya.

Tolong ya!


Perkongsian jawapan

Perkongsian untuk soalan ini. Saya tersenyum, Alhamdulillah ada individu-individu yang mahu dan berhasrat untuk melaksanakan kemarufan. Inilah bibit-bibit kebahagiaan yang kian menyinari kehidupan. Bagi menjawab persoalan ini, ada beberapa artikel yang saya kira sangat sesuai dan menjawab persoalan yang diutarakan.

Artikel “ Benarkah itu cinta?” Oleh Cikgu Azmi Bahari.


Artikel “ Gelap dalam limpahan cahaya” oleh Ustaz Pahrol Mohd Joi.


Artikel “ Menolak Zina dengan mujahadah, bukan karamah” oleh Ustaz Hasrizal Mohd Jamil.


Artikel “ Couple = cinta?. Saya kata tidak.” Oleh Saudara Hilal Asyraf.


Artikel “ Bahaya Nafsu Lelaki.” Oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.


InsyaAllah, ambil masa untuk membaca setiap artikel diatas dengan hati yang terbuka dan memahami isi kandungan agar setiap yang dikongsikan memberi manfaat kepada kita semua. Kesimpulan, para pembaca boleh lakukan sendiri. InsyaAllah.

Soalan seterusnya

Ana ada seorang kawan yg bercouple dan tinggal serumah dgn dia. Hari-hari asyik dengar dia tinggikan suara dengan couple dia & kadang-kadang dia bagitau ana kata stress ada couple tapi dia still buat. Nak tahu sebab apa ? Sebabnya dia kata dah terlajak jumpa mak ayahnya. Mak ayahnya pn kurang faham Islam jadi dia biarkan saja anaknya. Dia tidak ada apa-apa ikatan pun. Macam mana nak nasihati dia?

Perkongsian.

Alhamdulillah, begitu bagus niat saudara untuk mengajak kearah kebenaran. Syukur kepada Allah SWT kerana memberi perasaan begitu kepada saudara.

Alangkah awal untuk menasihati seseorang ialah kita benar-benar mengenalinya dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT. Inilah kata kunci membina hubungan dan jambatan hati dengan sesiapa sahaja dalam kita mengharmonikan sesebuah perhubungan persahabatan. Saya yakin ia akan menjadi penyebab yang kuat untuk memudahkan lidah kita menasihatinya dan doa menjadikan hatinya lembut menerima nasihat kita.

Berdoalah dan gunakanlah kaedah yang berhikmah serta bijak sana dalam menasihati. Semoga Allah permudahkan.InsyaAllah.

Perasaan gusar dan sedih

Itu beberapa perkongsian ringkas dalam menjawab persoalan yang diajukan oleh beberapa individu yang peka tentang isu ini. Semalam, semasa bersembang-sembang dengan sahabat-sahabat saya, kami sangat-sangat bimbang dengan keadaan masyarakat yang sangat tenat ini.

Paling membimbangkan ialah salah faham berkaitan cinta yang sangat jauh penyimpangannya. Malah ramai yang tertipu dengan cinta yang bertunjangkan nafsu dan menjadikan ia sebagai tunggangan dalam mengemudi perasaan cinta mereka. Inilah yang merosakan ramai anak-anak remaja pada hari ini.

Budaya couple kini kian membarah. Sangat-sangat membarah. Masyarakat menerimanya sebagai salah satu kaedah untuk berkenalan awal dalam membina rumah tangga. Setiap pasangan perlu keluar bersama, makan bersama, sehingga semuanya bersama-sama. Lafaz cinta, luahan perasaan dan sebagainya dilakukan bersama-sama seolah-olah sudah berkahwin. Dan akhirnya tiada lagi nikmatnya dan erti sebuah perkahwinan apabila lafaz ijab dan kabul dilafazkan pada hari kebahagiaan pasangan pengantin.

Gerakan Anti Couple secara besaran

Saya membayangkan perlu diwujudkan satu gerakan anti couple secara besaran yang harus dilakukan oleh pihak pemerintah dan ia digerakan secara bersepadu. Setiap media masa saling banhu membahu dan saling bantu membantu untuk membanterasnya. Bayangkan di televisyen terdapat iklan dan amaran berslogan “ Anda Couple, Anda Menuju Neraka!.” “ Jauhi couple, anda selamat!.” “ Bercouple, anda menempah tiket kehancuran.”

Namun, saya sedar ia hanyalah ilusi dan mimpi yang tidak berpijak di bumi nyata. Ia tidak semudah itu. Tidak mudah.

“ Bukan mudah hendak fahamkan anak-anak remaja tentang cinta bercouple ini, mereka dah hanyut dalam cinta palsu. Kita cakap berbuih pun tak masuk dalam jiwa.” Kata seorang pak cik memberi pandangan.

“ Kita kenakan buat seminar kefahaman cinta yang berlandaskan syariat. Perlu beri ilmu seterang-terangnya agar remaja dan anak muda mudi faham,” Cadangan seorang teman.

“ Ilmu tentang cinta perlu dan disasarkan kepada beberapa golongan. Untuk yang tidak tahu, supaya mereka tahu. Untuk yang sudah tahu, agar kesedaran mereka lebih tertingkat. Dan untuk yang dan tahu dan memiliki kesedaran agar bangkit bersama-sama memerangi permasalahan secara bersama,” lontaran idea seorang sahabat saya.

Kerana kami sayangkan anda

Duhai, adik-adik remaja.

Kerana sayangkan kalian maka ingin saya mengajak untuk kita perhalusi setiap luahan dan perasaan kasih itu kena pada tempatnya.

Janganlah kerana cinta bertunjangkan nafsu, kalian membelakangkan hukum hakam Allah SWT dan menjerumuskan diri dengan noda-noda dosa dan maksiat.

Kerana mengikut tuntutan hawa nafsu, kalian sanggup melakukan dosa-dosa yang akan mengeruhkan wajah keimanan kalian dan menghitamkan wajah kalian yang asalnya bersih dan suci.

Ketahuilah, bercouple, berdating, berpasangan sebelum ikatan sah dan apa jua istilah kini adalah HARAM dan ia menjauhkan hati kepada Allah SWT.

Lawanan nafsu kalian dengan mujahadah, binalah keimanan yang mantap, dekatilah Allah SWT , sibukan diri dengan amalan soleh dan kerja-kerja membangunkan ketamadunan. InsyaAllah, kalian mampu mengawal tuntutan nafsu durjana.

Kerana sayangkan diri ini

Dan sayang kan kalian

Serta cintakan ummah ini

Marilah kita kibarkan syiar dan slogan :

“ Kami anti-couple dan berpasangan sebelum nikah!.”

Semoga Ramadhan ini mampu memberi kekuatan kepada kita untuk menyalurkan cinta kepada sang pencinta yang layak dicintai.InsyaAllah

3 comments:

Hilal Asyraf September 6, 2010 at 6:27 PM  

Pada saya, cinta sebelum nikah itu ada.

http://ms.langitilahi.com/perkongsian-tiada-cinta-sebelum-nikah/

~seorang hamba...

hilal Asyraf

BroHamzah September 6, 2010 at 8:27 PM  

Cinta yang anta maksudkan tu adalah versi asli yang suci, jernih dan mulus.

Cinta versi couple inilah yang cuba kita betulkan sehingga ia menjadi cinta yang sebenarnya.

Anonymous,  September 14, 2010 at 7:58 AM  

izinkn sy bertya, kalu dh sukakan seseorg tuh, adakah perlu dibuang perasaan tuh?..plez xplain abg ali irfan..tq

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP