Jika couple itu dibenarkan

Wednesday, September 1, 2010

Bercouple lah setelah bernikah, ia pasti indah - Ilustrasi oleh MuslimMultimedia

Jika couple itu dibenarkan

Oleh : BroHamzah

Pernah saya diajukan soalan berkaitan couple? Boleh atau tidak.

Malah pernah dalam suatu pembentangan di dalam satu kelas tutorial seorang pelajar perempuan dengan lantang menegaskan bahawa seseorang perlu melalui proses bercouple sebelum proses perkahwinan. Katanya, dasarnya cukup jelas iaitu untuk saling berkenalan dan mengenal hati budi.

“ Bagi saya, setiap pasangan perlu saling berkenalan dan budaya couple yang berlaku pada dewasa ini adalah satu perkara yang baik dan positif.” Katanya dengan berkeyakinan.

“ Betul tak ustaz?,” Katanya sambil menunjuk riak muka kepada saya.

Saya ketika duduk jauh di belakang ruang kelas sambil tersenyum. Dalam hati, Ya Allah kuatkan semangatku dan azamku ini.

Saya tersenyum tidak menjawab sehinggalah dia selesaikan membuat pembentangan. Kelas bersurai tanpa saya menjawab soalan itu.

Couple jika kita lihat maksudnya bermaksud pasangan. Atau lebih kepada berpasangan lelaki dan perempuan. Dan definisi mudah, istilah ini ialah pasangan lelaki dan perempuan yang sedang dilamun cinta dan perasaan kasih sayang yang sedang membuak-buak.

Keesokannya, saya masuk ke dalam kelas seperti biasa. Dan saya mulakan kelas seperti biasa dan memberi sedikit penjelasan berkaitan soalan pelajar perempuan.

“ Couple, tidak jadi masalah. Boleh sahaja.,” Ungkap saya.

“ Tetapi dengan syarat utama. Berkahwin dan bernikah!,”

“ Kita berpasangan setelah kita mempunyai ikatan yang sah iaitu ikatan perkahwinan. Tanpa ikatan ini, couple boleh menjauhkan kita kepada Allah SWT. Dan kesannya kita berdosa!.” Jelas saya.

“ Jika couple itu dibenarkan, dan dibolehkan. Rasulullah dan para sahabat adalah orang pertama yang akan melaksanakannya.”

“ Ada Rasulullah bercouple?”, Tanya saya. Sehingga begini, saya berhujjah dan menerangkan kepada para pelajar. Mereka senyum sinis, ketawa dan ada yang terdiam.

Saya dapat merasakan, seolah-olah saya bercakap kosong, kelakar dan tidak masuk akal. Pernah pelajar berkata, saya bercakap tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Mana boleh, berkahwin tetapi tidak bercinta, tidak pernah keluar bersama dan tidak mengenali antara satu sama lain. Dalam dunia ini, hanya orang-orang yang tidak berpijak di bumi nyata sahaja yang buat macam ini.

“ Salah satu sebab perceraian tinggi sebab tidak mengenali pasangan hidup, ustaz!,” Dia mula melebarkan hujjah.

“ Kamu ada bukti dan fakta?,” Tanya saya.

“ Setahu saya, ramai yang bercerai walaupun sudah bertahun bercouple, berdating. Katanya nak kenal hati budi. Tetapi, akhirnya perceraian juga menjadi jalan penyelesaian yang utama untuk menamatkan setiap permasalahan yang dihadapi,” Saya asak dengan soalan saya pula dan berserta contoh.

Dia terdiam. Membisu seketika.

Saya sebenarnya telah lama memberi penjelasan berkaitan isu ini. Namun, selalu sahaja diasak dengan soalan-soalan yang berbentuk sebegini. Soalan-soalan yang mengharapkan jawapan yang dapat menghalalkan budaya couple.

Adus. Penat dan letih.

Sejak dahulu lagi, saya mempunyai kesukaran untuk menyampaikan mesej kepada para pelajar dan kenalan saya bahawa bercouple sebelum bernikah adalah dilarang dan haram di dalam Islam. Banyak alasan dan halangan yang ditimbulkan dalam menghalalkan budaya couple dan berdating ini.

Diberi penjelasan berserta dalil Al-Quran dan As Sunnah. Terang lagi bersuluh. Namun, ia adalah sukar kerana para pelajar dididik dalam sistem pendidikan bukan untuk bersedia dan taat patuh kepada suruhan Al-Quran. Mereka tiada persediaan dan persiapan ke arah itu.

Jika, ada sesiapa yang mempunyai, jawapan yang sangat konkrit, berfakta, berdalil dan hujjah-hujjah logik lagi menyokong antara satu dan lain, maka berikan dan sampaikanlah kepada saya.

Membangunkan cinta yang sebenar

“ Tiada couple, sebelum bernikah.”

“ Sucikanlah pernikahan anda, nescaya barakah ia akan menyusulinya.”

Sejak dahulu, saya sentiasa diberikan didikan dengan ungkapan-ungkapan sebegitu. Hairan juga, benar-benar berlawanan dengan apa yang saya lihat disekeliling saya. Banyak persoalan timbul, namun Alhamdulillah setiap persoalan itu diberi jawapan dan perjelasan dengan baik serta didikan islamiyah yang mendepaninya.

Mindsetting kepada kehidupan berteman

Gerbang pernikahan dan perkahwinan adalah jalan untuk memproses diri untuk dekat dan hampir dengan Allah SWT. Ia adalah sesuatu yang suci. Orang yang suci ialah orang yang menjaga kesuciaannya dengan pernikahan dan ia juga memelihara pernikahan dengan kesucian.

Membuat pilihan untuk memelihara kesucian dan kebersihan dalam soal pernikahan serta pernikahan adalah sesuatu yang bijak dan tepat.

Anda memilih untuk tidak bercouple. Itu pilihan dan kehendak anda.

Jika anda memilih untuk memulakan titik mula pernikahan anda dan mengenali bakal pasangan hidup anda dengan bercouple dan berdating itu juga adalah pilihan anda.

Sebenarnya, anda sedang memilih dan membuat pemilihan itu adalah hak anda.

Tetapi, pastikan neraca pilihan anda itu dipandu dan didepani oleh nilai yang betul, sahih dan selari dengan tuntutan deen Islam. Ini adalah jaminan keselamatan kita dunia dan akhirat.

Tanyalah hati anda sendiri. Adakah dengan keluar berdua-duaan itu mententeramkan hati anda dan anda semakin dekat dengan Allah SWT.

Soalkan diri anda, andakah dengan ber”sms” setiap detik tanpa lupa itu adalah kebahagiaan sebenar yang anda cari dan rasa begitu tenang tanpa bebanan.

Tanya sahubari kecil anda, andakah diri rasa senang dan begitu bebas jiwa dengan berhubungan tanpa bernikah ini? Meluahkan cinta, perasaan dan segala rasa hati seluruhnya kepada seseorang yang begitu asing dan tiada apa-apa ikatan yang halal dalam hidup.

Atau jiwa kita sudah tumpul dengan erti dosa, pahala, nereka dan syurga?

Atau hati ini sudah berada dalam keimanan yang sangat minima sehingga maksiat dan dosa itu adalah perkara biasa dalam kehidupan.

Tepuk dada, Tanya iman diri.

Saya, memilih untuk tidak bercouple sebelum bernikah. Dan saya rasa aman, nyaman dan bahagia sebegini. Dan, saya yakin dengan janji-janji ALLAH SWT bahawa, dengan memelihara kesucian diri itu adalah jalan menuju kebahagiaan dan ketenangan jiwa yang sebenarnya.

Musibah hari ini

Lihat musibah dewasa ini, fenomena mengsampahkan manusia berlaku berhari-hari. Malah bulan Ramadhan ini terus tercemar dengan budaya-budaya yang tidak bertamadun ini.

Kesannya sangat membusukan keadaan masyarakat. Jijik, kotor dan memualkan. MasyaAllah, Allah memperlihatkan kepada kita satu bahana dan kesan bercouple yang sangat luar biasa.

Lihatlah dengan mata hati. Kini, saya semakin memahami kenapa pensyariatan Islam sangat menyeluruh, dan mengambil kira semua perkara. Di dalam Al-Quran, Allah SWT menegaskan agar menjauhi zina. Bukannya jangan berzina. Rupa-rupa segala bentuk pintu-pintu dan muqadimmah kepada zina telah dicegah dan dihalang oleh Islam.

Mungkin tidak keterlaluan saya katakan, couple itu adalah pintu kepada zina. Maaf, jika kasar dan lihat terlalu eksterim. Ia adalah hakikat dan inilah realitinya.

Bercouple itu adalah jalan menuju dosa. Ia adalah pintu ke arah memperbanyakan lagi dosa dan mengelapkan seluruh hati kita yang dahulunya bersih dan jernih.

Bercouple itu adalah langkah mengajak seseorang yang “konon”nya anda kasih ke pintu neraka jahaman tanpa anda sedari mahupun tidak.

Bercouple dalam istilah sekarang, sudah menjadi sesuatu yang biasa. Ramadhan benar-benar tercemar dengan budaya dan fenomena ini. Pelik dan sangat bertentangan dengan keindahan dan kecantikan agama Islam.

Pengalaman seorang teman

Pernah sayang bersembang dengan seorang teman yang dahulu mempunyai teman couple.

Katanya hidupnya tidak pernah tenang sepanjang mempunyai teman hidup sebegini. Sentiasa ada masalah. Sekejap nampak bahagia katanya, tetapi sebenarnya sengsara. Sekejap, merajuk kemudian perlu pujuk. Kekadang tension.

“ Terus terang ana kata kepada anta, sepanjang bercouple ana rasa berdosa, bersalah dan hati tidak pernah tenang. Kekadang, ana buat-buat macam bahagia ada teman couple sebab hendak ikut trend kawan-kawan. Tetapi kesannya, solat tidak khusyuk, masalah bertimpa-timpa dan malah akademik sentiasa down sahaja.” Luah hatinya.

“ Dan satu lagi, duit habis begitu sahaja. Kena belanja. Dan kekadang, ana rasa bodoh sahaja bagi duit kepada seseorang yang bukan ada ikatan sah atau halal dengan ana,” katanya tertunduk malu dan insaf.

Wallahu’alam. Sekadar mengingatkan diri dan mereka-mereka yang dahulunya selalu mengagungkan budaya yang tidak sihat dan membiakan dosa ini dalam masyarakat!

Syiar saya tetap sama. Anti- Couple dan perangi couple habis-habisan.


14 comments:

Anonymous,  September 1, 2010 at 6:37 PM  

SALAM...
mintak copy yea tuk kesedaran bersama...

zahra_wardah September 1, 2010 at 6:58 PM  

betul tu. anti-couple x brerti anti pernikahan. bercouple slps pernikahan, itu lebih membahagiakn :)

BroHamzah September 1, 2010 at 11:04 PM  

To zahra_wardah

Ya, bukanlah anti pernikahan. Saya ingin tegaskan bahawa couple yang tidak syari' itu harus dibanteras dan dihalang daripada menjadi budaya biasa di kalangan remaja pada hari ini.

Mohamad Fakhruddin Abdul Ghani September 2, 2010 at 9:02 AM  

Ustaz 'Ali Irfan yang dikasihi,
semestinya couple itu haram.
baru2 ini ada sahabat bertanyakan kepada saya,
"apakah dalil2 yang mengatakan couple itu haram?"
Saya menjawab dengan jawapan yang panjang lebar.
Dia bertanya kerana ingin menegur kawannya di sekolah.

Kemudian sahabat saya bertanya lagi, "Apakah bukti yang mengatakan couple itu boleh membawa kepada zina?"
Saya menjawab yang mana yang saya mampu jawab dan saya menyarankan dia bertanya kepada orang yang lebih arif.

Jadi, "Apakah bukti yang mengatakan couple itu boleh membawa kepada zina?"
Saya nak jawab, tapi tak tahu bagaiman nak beritahu sahabat saya.

Tolong ya!

Anonymous,  September 3, 2010 at 5:47 PM  

ana ada seorang kawan yg bercouple dan tinggal serumah dgn dia. Hari2 asyik dgr dia tinggikan suara dgn couple dia & kadang2 dia bgth ana kata stress ada couple tp dia still buat. Nk tahu sbb ape? Sbbnye dia kata dah terlajak jumpa mak ayahnya. Mak ayahnya pn kurang faham Islam jd dia biarkan saje anaknye. Dia x ada apa2 ikatan pun. Macam mana nk nasihati dia???

BroHamzah September 5, 2010 at 7:01 AM  

To Fakhrudin dan anonymous

InsyaAllah akan cuba dijawab dalam masa terdekat.
~ BroHamzah

Abu 'Ubaadah, Abdul Haliim MRARSRS September 5, 2010 at 9:29 PM  

couple itu sekalipun ia berniat untuk menikah...menikah itu ibadah kan...suatu perkara yg sangat baik....so, kita fikirkan, apakah musuh kebaikan? tentulah syaitan...syaitan tidak boleh melihat perkara kebaikan berlaku di kalangan kita...dia akan rosakkan hati kita sebelum berkahwin...bolehkah kita menghalang syaitan ini? sedangkan kita telah membuka pintu masuk untuk syaitan ini dengan kunci hawa nafsu kita...bila hati sudah rosak...kemudian berkahwin...sebuah rumahtangga yang rosak akan terbina...maka lebih banyak penceraian akibat rosaknya rumahtangga ini....sekian pandangan ana..

BroHamzah September 6, 2010 at 12:50 AM  

Syukran, saudara Abdul Halim atas pandangan anta. InsyaAllah. Ia turut menjelaskan secara nyata.Syukran

Hilal Asyraf September 6, 2010 at 6:23 PM  

http://ms.langitilahi.com/perkongsian-tiada-cinta-sebelum-nikah/

couple itu bukan cinta.

Saya pula meyakini begini:

Copule sebelum bernikah, memang tiada.
Tetapi cinta sebelum nikah, itu ada.

Dan saya hidup dengannya.

~seorang hamba...

Hilal Asyraf

BroHamzah September 6, 2010 at 8:47 PM  

Syukran Hilal Asyraf atas pencerahan anta.
Bahagianya merayakan cinta.

Anonymous,  September 8, 2010 at 10:14 AM  

sori..terbace entry nih..im not your followers..
sbagai org yg mmg x ckup ilmu..
ade bberape persoalan dari diri ni..

saye tidak pernah berkapel..
kerana bagi saye kapel itu melecehkan..
lagipun jika saye x jumpe lg dgn org yg dicintai..kenape perlu berkapel dgn ntah sape2..
tetapi saye ramai kawan laki
dan ada seorg kawan baik lelaki.
tetapi berdua2an,lepak tgk bola.gi bazar berdue. study sesame.lunch,dinner sesame.gi kelas sesame adalah perkara biase..
so cmne tu?
..saye x berkapel..saye berkwn..
jika saye tgglkan die..bknkah saye dah putuskn silaturrhim yg telah terbina..huhu..
lgpon die kwn baik saye..pasti saye sndiri akan sedey..

rindu_jihad September 25, 2010 at 3:12 AM  

salam..artikel yang menarik dan bagus untuk memberi kesedarankepada remaja2 kini..teruskan usaha anda..

Anonymous,  December 12, 2010 at 4:25 AM  

subhanallah, a nice entry... minta2 lebih ramai org yg "menghalalkan" couple ni sedar..
bkn setakat couple je xelok, tp hubungan yg berlebihan antara lelaki & p'puan.. astaghfirullah

-ur entry's fan-

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP